Advertisement
ak47suk1

Sunnah baca Yasin malam jumaat

Feb 26th, 2016
102
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 9.97 KB | None | 0 0
  1. Sunnah baca Yasin malam jumaat
  2.  
  3. { Perkataan Wahhabi}
  4.  
  5. Membaca yasin malam jumaat bid’ah dholalah (sesat) kerana Nabi tak buat. Orang kita suka buat apa yang Nabi tak buat.
  6.  
  7. {Saya menjawab}
  8.  
  9. # Sekurang-kurangnya 4 sunnah yang diamalkan ketikamana kita berkumpul di masjid untuk membaca yasin atau mana-mana surah daripada Al-Quran atau berzikir kepada Allah SWT.
  10.  
  11. # Jika Wahhabi mengatakan ini hadith umum maka kita jawab, mereka juga membid’ahkan amalan baca yasin malam jumaat dengan hadith umum “setiap bid’ah adalah sesat” dan tidak ada di sana dalil khusus yang melarang dengan kata “jangan kamu khususkan surah-surah tertentu pada malam-malam tertentu”. Ini selari dengan firman Allah ;
  12.  
  13. وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا
  14.  
  15. Dan apa jua yang didatangkan oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah dan apa jua yang dilarangnya akan kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. {al-Hasyr:7}
  16.  
  17. #Peringatan! Ayat ini menjadi dalil bahawa apa yang tidak ditegah oleh Rasulullah TIDAK HARAM. Kerana Islam telah sempurna mana mungkin ada perkara yang diharamkan di dalam agama tidak dinyatakan oleh Nabi SAW?
  18.  
  19. # Wahhabi mengatakan apa yang Nabi tak buat kita tidak boleh buat. Kita katakan perkataan mereka bersalahan dengan firman Allah tadi di mana Allah tidak mengatakan “Apa yang ditinggalkan Rasul maka tidak boleh buat” tetapi Allah menggunakan perkataan TEGAH/LARANG.
  20.  
  21. # Jika Wahhabi mengatakan tidak boleh mengkhususkan amalan maka kami katakan Nabi telah mengajar kita mengkhususkan amalan. Dalilnya seperti berikut;
  22.  
  23. # Al-Bukhari meriwayatkan hadits dari Abdullah bin Umar:
  24.  
  25. كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبًا وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَفْعَلُهُ
  26.  
  27. “Nabi SAW selalu mendatangi masjid Quba setiap hari sabtu baik dengan berjalan kaki maupun dengan mengendarai kendaraan, sedangkan Abdullah selalu melakukannya.” (HR. Imam al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari I/398 hadits 1174)
  28.  
  29. # Dalam mengomentari hadits ini al-Hafidz Ibnu Hajar berkata:
  30.  
  31. الحديث على اختلاف طرقه دلالة على جواز تخصيص بعض الأيام ببعض الأعمال الصالحة والمداومة على ذلك ، وفيه أن النهي عن شد الرحال لغير المساجد الثلاثة ليس على التحريم
  32.  
  33. “Hadits ini dengan sekian jalur yang berbeza menunjukkan akan diperbolehkan menjadikan hari-hari tertentu untuk sebuah ritual yang baik dan istiqamah. Hadits ini juga menerangkan bahwa larangan bepergian ke selain tiga masjid (Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa, dan Masjid Nabawi tidak haram). (al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari III/69, Dar al-Fikr Beirut)
  34.  
  35. # Sebab itu kita katakan, bid’ah di sisi Wahhabi melampui sehingga terkena pada sunnah Nabi SAW sendiri. Mereka membid’ahkan sesuatu yang ada di dalam sunnah samada sunnah perbuatan, perkataan atau taqrir Nabi SAW.
  36.  
  37. # Justeru setiap bid’ah yang dicanangkan oleh Wahhabi belum tentu benar ia bid’ah dholalah yang tidak ada asal di dalam agama. Hendaklah kita menimbang dengan neraca ilmu takut-takut kita mendustakan sunnah Nabi di atas nama sunnah dan bid’ah.
  38.  
  39. {1} Kelebihan hari jumaat itu sendiri dan doa mustajab ;
  40.  
  41. # Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda ;
  42.  
  43. أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : » خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ « رواه مسلم
  44.  
  45. “Hari terbaik di mana pada hari itu matahari terbit adalah hari Jumat. Pada hari itu Adam diciptakan, dimasukkan syurga serta dikeluarkan darinya. Dan kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat”. (Riwayat Muslim)
  46.  
  47. # Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW pernah bersabda ;
  48.  
  49. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَالَ : « فِيهِ سَاعَةٌ لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ » وَأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا
  50.  
  51. “Sesungguhnya pada hari Jumat terdapat waktu mustajab bila seorang hamba muslim melaksanakan solat dan memohon sesuatu kepada Allah pada waktu itu, niscaya Allah akan mengabulkannya. Rasululllah mengisyaratkan dengan tangan beliau sebagai gambaran akan sedikitnya waktu itu” (H.R Muttafaqun Alaih)
  52.  
  53. {2} Kelebihan Surah Yasin
  54.  
  55. وَيس قَلْبُ الْقُرْآنِ لَا يَقْرَؤُهَا رَجُلٌ يُرِيدُ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَالدَّارَ الْآخِرَةَ إِلَّا غُفِرَ لَهُ وَاقْرَءُوهَا عَلَى مَوْتَاكُمْ
  56.  
  57. “Surah Yasin adalah qalbul Qur’an (jantung atau hati al-Qur’an), tidaklah seseorang yang membacanya kerana mengharap keredhaan Allah dan negeri akhirat (Syurga), melainkan akan diampunkan dosanya. Dengan itu, bacakanlah ia kepada orang yang akan mati di antara kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Nasaa’i) Hadith ini dinilai lemah (bukan maudu’) oleh ad-Daruqutni dan jumhur ulama berpandangan boleh beramal untuk fadhail a’maal. Bahkan di sana banyak riwayat-riwayat yang lain menguatkan di antara satu sama lain.
  58.  
  59. {3} Kelebihan majlis zikir dan membaca Al-Quran yakni Surah Yasin adalah sebaik-baik zikir.
  60.  
  61. # Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu dia berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang berkeliling di jalan-jalan untuk mencari ahli zikir. Apabila mereka mendapati suatu kaum sedang mengingati Allah ‘Azza wa Jalla, mereka saling memanggil: “Ke marilah, penuhilah hajat kalian!” Maka mereka mengelilingi kaum tadi dengan sayap-sayap mereka sampai ke langit dunia.
  62.  
  63. Maka Tuhan mereka bertanya –dan Dia lebih Mengetahui- : “Apa yang dikatakan oleh hamba-hambaKu?” Mereka (Para Malaikat) menjawab: “Mereka bertasbih kepadaMu, membesarkanMu, memujiMu, dan mengagungkanMu.”
  64.  
  65. Maka Allah bertanya: “Adakah mereka melihatKu?” Mereka (Para Malaikat) menjawab: “Tidak, demi Allah mereka tidak melihatMu.” Lalu Allah bertanya: “Bagaimana jika mereka melihatKu?!” Mereka (Para Malaikat) menjawab: “Jika mereka melihatMu nescaya mereka akan lebih giat beribadah kepadaMu, akan lebih mengagungkanMu, dan lebih banyak bertasbih kepadaMu.” Lalu Allah bertanya: “Apa yang mereka minta?” Mereka (Para Malaikat) menjawab: “Mereka meminta daripadaMu Syurga.” Allah bertanya: “Adakah mereka melihatnya?” Para Malaikat menjawab: “Tidak demi Allah wahai Tuhanku, mereka belum melihatnya.” Allah bertanya: “Maka bagaimana jika mereka melihatnya?!” Para Malaikat menjawab: “Jika mereka melihatnya nescaya mereka lebih sangat mendambanya, lebih sangat memintanya, dan lebih senang kepadanya.” Allah bertanya: “Lalu dari apa mereka meminta perlindungan?” Para Malaikat menjawab: “Mereka meminta perlindungan dari api Neraka.” Allah bertanya: “Adakah mereka melihatnya?” Para Malaikat menjawab: “Tidak demi Allah mereka belum pernah melihatnya.” Allah bertanya: “Bagaimana jika mereka melihatnya?!” Para Malaikat menjawab: “Jika mereka melihatnya tentu lebih hebat mereka lari menjauhinya dan lebih hebat ketakutan padanya.” Lalu Allah berfirman: “Saksikanlah oleh kalian bahawa Aku telah mengampuni mereka.” Satu daripada Malaikat itu berkata: “Di tengah-tengah mereka ada si Fulan, dia bukan daripada mereka, sesungguhnya dia datang hanya kerana satu hajat (keperluan).” Allah berkata: “Mereka itu adalah kelompok yang tidak akan rugi siapa pun yang ikut duduk bersama mereka.” (Muttafaq ‘Alaih)
  66.  
  67. # Hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bermaksud ;
  68.  
  69. Sesiapa yang menyebutku dalam satu kumpulan (al-mala`), Aku akan menyebutnya di dalam satu kumpulan yang lebih baik darinya. (Syarah Sahih Muslim, Jilid 17, hal.182)
  70.  
  71. {4} Kelebihan berkumpul di masjid dan membaca Al-Quran.
  72.  
  73. # Sabda Nabi SAW dan inilah dalil terkuat menunjukkan kelebihan berkumpul di masjid dan membaca Al-Quran. Surah Yasin termasuk Al-Quran.
  74.  
  75. مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِيْ بَيِتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُوْنَ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ
  76.  
  77. “Apabila suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Qur’an dan saling bertadarus bersama-sama, niscaya akan turun ketenangan atas mereka, rahmat Allah akan meliputi mereka, para malaikat akan melindungi mereka dan Allah menyebut mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisi-Nya. (HR. Muslim).
  78.  
  79. # Jika Wahhabi mengatakan merekalah pejuang sunnah, jadi kita minta mereka tunjukkan kepada kita apa amalan mereka untuk mengamalkan apa yang tersebut di dalam hadith-hadith sahih di atas.
  80.  
  81. Pejuang Sunnah yang dibid’ahkan Wahhabi,
  82. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  83. Usuluddin Akidah dan Falsafah
  84. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement