SHARE
TWEET

ZAKIR NAIK VS AL QURAN DAN HADITH SAHIH

ak47suk1 Jun 18th, 2016 (edited) 72 Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
  1. ZAKIR NAIK VS AL QURAN DAN HADITH SAHIH
  2.  
  3. 1) Seorang pendakwah tidak sepatutnya berbohong dan berani mengatakan tiada langsung dalam ayat al Quran dan hadith mengenai tawassul
  4.  
  5. Lihat video Zakir Naik mengenai tawassul - https://www.youtube.com/watch?v=1HZ3MCywWhI&nohtml5=False
  6.  
  7. 2) Minit 0.27 Mana-mana ulamak katakan mesti sertakan bukti.
  8.  
  9. - Nah sekarang kami menyiasat adakah apa yang dikatakan zakir naik benar ataupun tidak. Ada bukti atau tidak.
  10.  
  11. 3) Minit 1:36 – Zakir Naik mengatakan dalam al Quran tak lebih dari 25 tempat surah al Baqarah dan Surah ali Imran, beberapa tempat iaitu wasilah (tawassul) HARAM.
  12.  
  13. JAWAPAN KAMI
  14.  
  15. - Tidak disebutkan ayat apa dan nombor berapa. (TIADA BUKTI !)
  16. - Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah telah menemui Zakir Naik bertanyakan juga perkara ini - https://www.youtube.com/watch?v=LTlnCpUnxIE
  17.  
  18. AYAT ALQURAN MENGENAI TAWASSUL :
  19.  
  20. ALlah menyebutkan kata wasilah di dalam kitab suciNya yang mulia di dalam 2 ayat. Pada ayat pertama ALlah menurunkan perintah melakukannya. ALlah berfirman yang bererti :
  21.  
  22. "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada ALlah subahanahu wata'ala dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya (Al Maidah :35)
  23.  
  24. Pada ayat yang kedua, ALlah memuji orang-orang yang bertawasul kepadaNya dalam doa seruan mereka. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :
  25.  
  26. Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan (wasilah) kepada Tuhan mereka, siapakah di antara mereka yang lebih dekat (kepada ALlah) dan mengharapkan rahmatNya dan takut akan azabNya. Sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang amat (harus) ditakuti" (Al Isra' : 57)
  27.  
  28. HADITH SAHIH :
  29.  
  30. Kisah meminta hujan di sisi maqam Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam pada zaman khalifah saidina Umar bin Khattab radiyaLlahu 'anhu. Diriwayatkan dari Malik al Dar radiyaLlahu 'anhu, dia adalah bendahara Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu, dia berkata; ..kekeringan (kemarau) teruk telah melanda kehidupan manusia di zaman Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu. Lalu seorang lelaki datang ke maqam Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam dan berkata :
  31.  
  32. "Wahai RasuluLlah (sallaLLahu 'alaihi wasallam) mintakan hujan untuk umatmu kerana mereka sungguh telah binasa (menderita)." Rupa-rupanya RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah menjumpainya dalam mimpi dan bersabda, "Datanglah kepada Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu dan sampaikan salamku kepadanya dan beritahukan bahawa mereka akan dilimpahkan hujan. Katakan kepadanya : Maka hendaklah kamu bijaksana, bijaksana (cerdas dan tepat dalam membuat keputusan).' Lelaki itu datang kepada Saidina Umar radiyaLLahu 'anhu dan menyampaikan kepadanya perihal itu. Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu berkata, "Ya Tuhanku, aku tidak lalai (iaitu selalu bersungguh-sungguh) kecuali apa yang aku tidak mampu,"
  33.  
  34. (Hadith riwayat Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, vol 6, hlm 356; dan Ibnul Abdul Barr, Al Isti'ab, vol 3, hlm 1149)
  35.  
  36. Hadith ini sohih; dinyatakan sohih oleh Al Hafizh Ibnu Hajar al Asqalani dengan tegas dalam perkataannya, "Dan Ibnu Abi Syaibah radiyaLLahu 'anhu meriwayatkan dengan sanad sohih dari riwayat Saleh Al Samman dari Malik Al Dar radiyaLLahu 'anhu dia berkata;
  37.  
  38. "Kekeringan (kemarau) teruk telah melanda kehidupan manusia di zaman Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu. Lalu ada seorang lelaki datang ke maqam Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam dan berkata: "Wahai RasuluLlah mintakan hujan untuk umatmu kerana mereka sungguh telah binasa (menderita). Rupa-rupanya RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah menjumpainya di dalam mimpi dan bersabda, "Datanglah kepada Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu...", hadith selengkapnya..."
  39.  
  40. Daripada Saif radiyaLLahu 'anhu di dalm kitab "Al Futuh" meriwayatkan bahawa orang yang bermimpi tersebut adalah Bilal bin Harits Al mUzani radiyaLLahu 'anhu, salah seorang Sahabat Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam .. - (Al HAfizh Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 2, hlm 495 dan 496)
  41.  
  42. Rangkuman jawapan di sini :
  43.  
  44. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/356980537700427
  45.  
  46. SALAFUSSOLEH DAN ALIM ULAMAK YANG BERTAWASSUL :
  47.  
  48. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/859390294126113/?type=1&theater
  49.  
  50. 4) Zakir Naik kata dalam dunia anda tak boleh minta, jika minta terus minta pada Allah.
  51.  
  52. Minit 2:55 – Zakir Naik gunakan logik akal - di mahkamah, Allah Maha Mengetahui tanpa perlu kepada peguam.
  53.  
  54. JAWAPAN KAMI :
  55.  
  56. - Buat apa ada mahkamah untuk bicarakan kes jenayah ? , Mengapa Dr ini tidak terus minta kepada Allah menghakimi tanpa perlu ada mahkamah ciptaan manusia. Anologi ciptaan Zakir Naik sangat berbelit untuk mengaitkan dengan tawassul.
  57.  
  58. - Padahal tawassul (cara berdoa) dan kelebihan Allah berikan kepada hambaNya yang terpilih sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia terdiri dari para anbiya’, orang soleh dan alim juga adalah pemberian dari Allah Yang Maha Mengetahui dan Dialah juga yang memakbulkan doa hambaNya.
  59.  
  60. 5) Zakir Naik kata boleh pula meminta doa dari orang yang hidup ?.
  61.  
  62. JAWAPAN KAMI :
  63.  
  64. - Padahal tiada beza, bila meminta orang yang hidup doakan sama juga sebenarnya kita telah menggunakan PERANTARA, mengapa tidak minta terus kepada Allah ?. Yang penting adalah i'tiqad bahawa Allah lah yang berkuasa memakbulkan doa, tawassul hanya satu bentuk cara berdoa dan ia telah diamalkan oleh salafussoleh dan alim ulamak zaman berzaman.
  65.  
  66. 6) Zakir Naik mengatakan TIDAK BOLEH minta orang mati mendoakan.
  67.  
  68. JAWAPAN KAMI :
  69.  
  70. HADITH SAHIH
  71.  
  72. Hadith "Bantulah wahai para hamba ALLah subhanahu wa ta'ala" Diriwayatkan dari Saidina Ibnu Abbas radiyaLLahu 'anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda :
  73.  
  74. "sesungguhnya ALLah subahanahu wa ta'ala mempunyai para malaikat di bumi selain para malaikah hafazhah. Mereka menulis setiap apa yang terjatuh dari pangkal pohon. Maka, jika salah seorang kalian tertimpa kesulitan (tersesat jalan) di tengah hutan, hendaklah ia menyeru: "Bantulah, wahai para hamba ALLah subahanahu wa ta'ala...
  75.  
  76. (Hadith riwayat Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, vol 6 hlm 91; Baihaqi, Syu'ab Al Iman, vol I hlm 183; dan disebutkan oleh Al Haithami di dalam kitab Majma' Az Zawaid, vol 1, hlm 132).
  77.  
  78. Al Hafizh Al Haithami memberikan pendapat (pandangan) terhadap sanadnya. "Hadith ini telah diriwayatkan oleh Thobrani dan para tokoh periwayatnya adalah orang-orang thiqah (terpercaya). (Al Haithami, Majma' az Zawaid, vol 10, 132)
  79.  
  80. Dalam hadith ini terdapat dalil yang menunjukkan tentang meminta pertolongan kepada makhluk-makhluk yang tidak boleh kita lihat, seperti para malaikat. ALLah subahanahu wa ta'ala menjadikan mereka SEBAB dalam membantu kita dan kita boleh bertawassul dengan mereka kepada Tuhan kita dalam mencapai tujuan. Tidaklah jauh jika nak dibandingkan dengan para malaikat ini roh-roh orang yang soleh, kerana roh-roh mereka adalah jasad-jasad nurani yang tetap ada di alamnya sendiri. - Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor
  81.  
  82. - Imam Ahmad bin Hanbal bertawassul kepada Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam [rujuk fatwa Ibnu Taimiyyah - dalam fatwanya 1/140 dan juga dalam Al-Insaf fi Ma`rifat Al-Rajih min Al-Khilaf `ala mazhab al-Imam al-Mubajjal Ahmad ibn Hanbal oleh Ala' al-Din al-Mardawi 3:456]
  83.  
  84. - Imam asy Syafie sendiri bertabarruk di sisi kubur Imam Abu Hanifah, dan dengan izin Allah doanya dimakbulkan Allah. - kitab Manqib Abu Hanifah juz 2 halmana 199, juga disebutkan dalam kitab al-Khairat al-Hisaan, Ibnu Hajar al-Haitsami dalam konteks berhujjah pada halaman 69.
  85.  
  86. - Imam Malik - Seperti yang disebutkan oleh Al Allamah Ibn Hajar dalam Al Jauhar al Munazhzham dan Al Asqolani dalam Al Mawahib al Laduniyyah, dan As Samhudi dalam Khulashah al Wafa' dan al Qadhi Iyadh dalam asy Syifa' dengan sanad yang sahih dan selain dari mereka pun menyebutkan perkara yang sama.
  87.  
  88. Dan ramai lagi alim ulamak muktabar mengamalkannya. Mereka hakikatnya meminta kepada Allah dan bertawassul adalah satu cara untuk berdoa kepada ALlah.
  89.  
  90. 7) Zakir Naik - Mengaitkan bertawassul seperti itu adalah syirik. Tawassul baginya sama seperti menyembah Nabi ?
  91.  
  92. JAWAPAN KAMI :
  93.  
  94. Peringatan keras daripada Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam melarang mengkafir dan mensyirikkan saudara seIslam tanpa hak :
  95.  
  96. Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :
  97.  
  98. "Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "
  99.  
  100. Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :
  101.  
  102. Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.
  103.  
  104. (Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).
  105.  
  106. Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :
  107.  
  108. "Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."
  109.  
  110. *Memang benarlah peringatan Ulamak India dan Pakistan tentang bahaya ajaran Zakir Naik.
  111.  
  112. Seorang pendakwah kerjanya bukan mengIslamkan yang belum memeluk Islam dan kemudian MENGKAFIRkan saudara seIslam. MengIslamkan orang yang bukan Islam itu baik, tetapi mengkafirkan saudara seIslam itu jenayah yang berat di sisi Allah dan RasulNya.
  113.  
  114. Sebab itu pentingnya duduk bersama para alim ulamak dalam majlis ilmu, jangan memandai-mandai dalam mengeluarkan hukum.
  115.  
  116. Ramai sebenarnya yang menjalankan tugas dakwah di Malaysia dan seantero dunia serta mengIslamkan ribuan yang belum memeluk Islam tanpa perlu memandai-mandai keluarkan hukum serta mengkafirkan saudara seIslam . Mereka tidak terkenal pada pandangan manusia, tetapi terkenal di sisi Allah.
RAW Paste Data
We use cookies for various purposes including analytics. By continuing to use Pastebin, you agree to our use of cookies as described in the Cookies Policy. OK, I Understand
Not a member of Pastebin yet?
Sign Up, it unlocks many cool features!
 
Top