Advertisement
ak47suk1

WABAK DAN MAKSIAT DALAM BIDAYAH WAL NIHAYAH

Apr 9th, 2020
73
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 4.87 KB | None | 0 0
  1. WABAK DAN MAKSIAT DALAM BIDAYAH WAL NIHAYAH..
  2. Ketika Ummat Islam diuji dengan wabak Covid-19, Ketika Ummat Islam menantikan malam Nisfu Sya'ban untuk memohon pertolongan dan keampunan Allah.. Ada Menteri dari kalangan Kerajaan 95% Melayu Muslim mengajak Ummat Islamnya sama sama bertiktok..
  3. Hebat gambaran Kerajaan yang diimpikan seorang Mufti dari Utara yang dikatakan sebagai Anugerah Allah dengan Pemimpinnya yang pandai mengalunkan bacaan doa, lalu dibarisi Ulama yang hebat...Seakan Kerajaan ini nanti , tidak akan ada cacat celanya..
  4. Perkara yang tak pernah kita lihat walaupun ketika pemerintah PH, ketika mana Kerajaan sebelum ini difitnah ianya dikuasai kelompok Kafir.. disindir dengan slogan Rahmatan Lil Kafirin..
  5. hatta ketika itu timbalan menteri pendidikan datangnya dari DAP,YB teo Nie Cheng yang dicerca kalangan Ulama dan Mufti, tidak pula tercapai akalnya untuk untuk menyeru Ummat Islam dan anak muda bertiktok....
  6. Malangnya kerajaan melayu Islam yang menjadi dambaan Mufti Utara ini menggalakkan pula kerja kerja maksiat ini.. lebih teruk ia datang dari Wazirnya yg muslim.. menyentuh pula wizarah pendidikan Tinggi yang bertanggung jawab membentuk generasi muda cerdik pandai hari ini....
  7. Ini mengingatkan aku apa yang disentuh dalam Kitab Bidayah Wal Nihayah (البداية والنهاية‎) karangan Ibnu Katsir.. dimana Khalifah di zaman itu, Khalifah Muqtaadi.. ketika negara dan wilayah Islam diuji dengan wabak, Khalifah memerintahkan Amal makruf sehingga memsunahkan alatan hiburan...
  8. 2- WABAK DAN MAKSIAT (BIDAYAH WAL NIHAYAH)
  9. Disebutkan di dalam Kitab Bidayah Wal Nihayah.(البداية والنهاية‎)
  10. ..
  11. قال ابن كثير -رحمه الله- ثم دخلت سنة 478هـ
  12. Berkata Ibnu Katsir rahimullah, Bila masuknya tahun 478 Hijrah..
  13. "في المحرم منها زُلزلت أرجان فهلك خلق كثير من الروم ومواشيهم ، وفيها كثرت الأمراض بالحمى والطاعون بالعراق والحجاز والشام ، وأعقب ذلك موت الفجأة ، ثم ماتت الوحوش في البرية ، ثم تلاه موت البهائم حتى عزت الألبان واللحمان.
  14. Ketika masuk bulan Muharram, ketika itu banyak dari bekalan makanan dan binatang ternakan musnah.. Banyaknya Penyakit,Demam dan Thaun melanda wilayah Iraq,Hijjaz dan Syam yang menyebabkan ramai yang mati.. Begitu juga dengan ternakan yang menhasilkan susu dan daging turut mati..
  15. وفي ربيع الأول هاجت ريح سوداء وسفت رملا وتساقطت أشجار كثيرة من النخيل وغيرها ، ووقعت صواعق في البلاد حتى ظن الناس أن القيامة قد قامت ..
  16. Manakala masuk pula Rabiul Awwal.. Datangnya angin debu hitam,ribut pasir ke kampungan mereka..menyebabkan dahan pokok mati daun jatuh berguguran... dentuman Kilat sambar menyambar..Penduduk negeri ini ketakutan menyangkakan ianya adalah hari hari terakhir dan Qiyamat berlaku dihadapan mereka...
  17. فخرج توقيع الخليفة المقتدي بأمر الله بتجديد الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر في كل محلة والأمر بإلزام أهل الذمة بالغيار وكسر الملاهي وإراقة الخمور وإخراج أهل الفساد ."
  18. " Di masa itu..datanglah Khalifah Al Muqtadi Billah mengeluarkan perintah kepada seluruh gabenor(wazir) dan Umat Islam pada umumnya setelah berikhtiyar dan mengarahkan agar menegakkan perkara amal Ma’ruf dan sama-sama memerangi kemungkaran di setiap desa dan kota, kemudian menghancurkan tempat-tempat maksiat, membuang khamr(arak Hineken) dan mengeluarkan para ahli maksiat besar dari negeri itu.."
  19. Setelah itu datanglah Pertolongan Allah maka hilang wabak..,,
  20. - البداية والنهاية - لإبن كثير - جزء 16 - ص93
  21. ( Bidayah Wal Nihayah Jilid 16, MS 93)
  22. 3- KELOMPOK YANG MEMPERALATKAN AGAMA..
  23. Apakah kita lihat..dalam tempoh hanya sebulan mereka memerintah, Allah Zahirkan kerosakan dan wajah sebenar mereka.. inilah kelompok Ashabiyah dan Ulama Su' yang memperalatkan Agama hanya untuk berkuasa...
  24. Lebih menghairankan mereka dari kelompok Islamiiyyin.yang dulu kuat menentangnya, sudah ada suara suara yang menyokongnya.. Ulama dan Mufti yg hebat dengan fitnahnya, hari ini diam beribu bahasa...
  25. Inilah yang Sheikh ramadhan Al Bhuti kata, Kelompok Islamiyyin yang menggunakan dalil agama, hukum Syariah sebagai alat mencapai cita cita politik depa..Berkata Sheikh said Ramadhan di dalam Khutbahnya..
  26. يتخذون من شرائع الله وأحكامه خادماً لإيصالهم إلى مبتغياتهم السياسية المختلفة.
  27. Mereka ini(Kelompok Islamiyyin) menjadikan hukum dan Syariat Allah , sebagai Khadam(Alat) bagi mencapai pelbagai tujuan tujuan Politik.."
  28. Akhukum Fillah..
  29. Tazkirah Nisfu Sya'ban
  30. 9 April 2020
  31. Ipohmali
  32.  
  33. https://www.facebook.com/pemudapas.tamanmeru/posts/3056417237713379
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement