Advertisement
ak47suk1

diskusi wahhabi

Feb 20th, 2016
223
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 2.46 KB | None | 0 0
  1. [1] Alhamdulillah selesai diskusi ilmiah di LHDN Miri. 2 Jam tidak cukup untuk membuktikan kesesatan Wahhabi. Kerana terlalu banyak bukti mereka telah mengkafirkan dan menyesatkan ulama' Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan bahasa lembut "bukan daripada Ahl al-Sunnah" "bukan akidah muslim" "terpengaruh dengan akidah takwil asyaairah" yang menjadi pegangan majoriti Imam Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.
  2.  
  3. [2] Terima kasih warga LHDN Miri. Maaf kerana terlebih masa tadi. Itu baru sikit tu. Kalau senaraikan semua kesesatan akidah dan pemahaman hukum-hakam Wahhabi nescaya Sungai Neil pun akan kering sebagai dakwat. Belum lagi harga darah umat Islam, kanak-kanaknya, ulamanya, ahli keluarga Nabinya, orang tua, orang muda yang dibunuh demi merealisasikan "mimpi bodoh" mereka (سفهاء الأحلام).
  4.  
  5. [3] Memang tak kasi chance tadi. Semua nama Wahhabi Malaysia, Mufti tak mufti semua saya sebut supaya umat Islam terselamat daripada fitnah mereka. Sekurang-kurangnya saya sudah berlepas diri daripada tanggungjawab menyatakan yang benar itu benar dan yang bathil itu bathil. Mengtahzir manusia daripada Ahl al-Mubtadi' Wahhabi adalah kewajipan kepada setiap individu muslim kerana ia bukan hanya melibatkan soal ranting dalam agama bahkan soal akidah dan usul agama.
  6.  
  7. [4] Alhamdulillah di Sarawak Wahhabi tidak kuat. Walaupun ada cubaan melobi kuasa kerajaan untuk mendapatkan kerusi empuk oleh agamawan Wahhabi yang hubb al-dunia (gilakan dunia) dan hubb al-jah (gilakan kedudukan). Sarawak negeri yang kaya dengan adat dan budaya. Wahhabi anti adat dan budaya maka mereka tidak dilihat satu aliran yang baik untuk masyarakat berbilang kaum dan budaya.
  8.  
  9. [5] Saya ingat kalau Islam datang dengan fahaman Wahhabi sudah pasti tidak ada manusia yang akan memilih Islam kerana Wahhabi akan memusnahkan segala-galanya sekalipun Allah dan Rasul tidak menegahnya. Dalam lipatan sejarah Islam khilafah islamiah tidak pernah dikuasai oleh Wahhabi tetapi sebaliknya Wahhabi punca kejatuhan kerajaan Turki Islamiah yang sehingga ke hari ini tidak lagi wujud khilafah Islamiah.
  10.  
  11. [6] In Sha Allah siri seterusnya selepas ini. Bentenglah Islam daripada sudut mana yang kalian dapat. Jangan biarkan kecelaruan akidah dan manhaj Wahhabi terus tersebar di kalangan Umat Islam Malaysia yang akan diwarisi oleh anak cucu kita. Apa yang kita lakukan hari ini adalah untuk masa depan mereka sepertimana para ulama dahulu telah bersungguh-sungguh membentengnya untuk kita.
  12.  
  13. Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  14. Senadin Miri Sarawak
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement