SHARE
TWEET

One Community The Series: Episode 8 - Modus Operandi

ak47suk1 Jan 28th, 2017 107 Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
  1. One Community The Series: Episode 8 - Modus Operandi
  2.  
  3. 1. Mangsa dicari melalui kenalan di kolej atau universiti, rakan sekerja atau secara rambang dengan menggunakan aplikasi media social.
  4.  
  5. 2. Untuk mewujudkan kemersaan, mangsa diajak sertai social activity seperti bermain bowling atau tengok movie (pun mangsa bayar sendiri).
  6.  
  7. 3. Seterusnya mangsa ditawarkan voucher bernilai RM 50 secara percuma untuk menjalankan treatment menggunakan Elife di One Community Energize Centre. Helah yang digunakan ialah mangsa adalah bertuah kerana diberi peluang untuk cuba mesin Elife secara percuma. Ini bertujuan untuk mewujudkan keadaan bahawa mangsa telah terhutang budi,
  8.  
  9. 4. Selalunya mangsa dibawa ke Energize Centre oleh pencacai One Community dengan menggunakan kereta mewah untuk tujuan memperdaya. Mangsa tidak digalakkan bawa kenderaan sendiri supaya mangsa senang dikurung dan diperdaya sampai pukul 2 atau 3 pagi.
  10.  
  11. 5. Sampai sahaja di Energize Centre, mangsa akan terpegun dengan macai-macai One Community yang memakai jacket dan kasut berkilat. Mereka ini ialah Agency Manager (AM). Yang pelik, malam-malam buta masih ada orang kerja dengan pakai coat dan tie.
  12.  
  13. 6. Sebelum buat treatment, ada lagi satu helah untuk meyakinkan mangsa, iaitu mangsa perlu tanda tangan insurance dengan polisi bernilai 3 juta jika terjadi apa-apa semasa melakukan treatment Elife.
  14.  
  15. 7. Semasa treatment, macai-macai One Community akan menceritakan kepada mangsa mengenai “kejayaan” mereka.
  16.  
  17. 8. Selepas treatment, mangsa dibawa ke kedai Mamak. Mangsa akan dikelilingi oleh pencacai One Community yang berfungsi sebagai Yes Man. Pencacai One Community sama sekali tidak akui bahawa business mereka ialah MLM. Ada term lain yang mereka guna, iaitu Micro Macro Business System. Downline pula ialah business partner.
  18.  
  19. 9. Di kedai Mamak, salah seorang pencacai One Community akan menjadi juru cakap dan keluarkan ayat yang sama, bahawa mangsa sangat beruntung bertemu dengan mereka dan the introducer sanggup bersusah payah memberi voucher percuma. Sesi ini boleh berlarutan sampai pukul 2 atau 3 pagi.
  20.  
  21. 10. Proses memerangkap semasa di kedai Mamak ialah memaksa mangsa membeli voucher treatment Elife bernilai RM 250. Jika mangsa dah bayar beliau akan bergelar Agent. Pelbagai maklumat yang kami terima bagaimana pencacai One Community memujuk mangsa untuk bergelar Agent, antaranya ialah memaksa mangsa keluarkan duit di ATM machine. Link:
  22.  
  23. https://www.facebook.com/pswatch1/photos/a.1084831468194463.1073741828.1084310118246598/1559889990688606/?type=3&theater
  24.  
  25. 11. Selepas bergelar Agent, mangsa akan dipujuk untuk mendapat pangkat Senior Agent (SA). Untuk bergelar SA, mangsa perlu membayar RM 3400.
  26.  
  27. 12. Ada program brainwash bagi mangsa yang akan menjadi SA. Biasanya mangsa diberi task untuk mengumpul dana RM 3,400 dalam masa dua hari. Jika tiada duit simpanan, mangsa dipaksa berhutang dengan saudara mara dan kenalan.
  28.  
  29. 13. Pangkat seterusnya ialah Agency Manager (AM) yang mana mangsa perlu membayar RM 28,000 dan perolehi useless product Elife ataupun mangsa buat apa-apa sale yang bernilai RM 28,000.
  30.  
  31. 14. Ketika inilah mangsa akan dipaksa berhutang dengan lebih banyak. Pencacai One Community biasanya tahu latar belakang mangsa. Jika ibu bapa atau adik beradik mangsa adalah penjawat awam, macai-macai One Community memaksa mangsa menyuruh ibu bapa atau adik beradik membuat pinjaman. Ada pencacai One Community yang sanggup ikut mangsa pulang ke kampung untuk memujuk ibu bapa mangsa membayar RM 28,000.
  32.  
  33. 15. Jika mangsa tidak berjaya mengumpul dana RM 28,000, beliau akan diperli dan dihina oleh pencacai One Community. Macam-macam kata cacian dan makian dari pencacai, antaranya ialah rendah IQ, berfikiran tertutup, tak nak kaya dan berjaya, tak mahu berjasa kepada ibu bapa dan katak di bawah tempurung.
  34.  
  35. 16. Bila sudah bergelar AM, mangsa boleh bergaya dengan coat dan tie di One Community Centre. Semestinya mangsa kini bukan lagi mangsa, tetapi telah menjadi One Community Monster.
  36.  
  37. 17. Oleh kerana telah kehilangan RM 28,000, investment tersebut sebagai motivasi untuk AM mencari mangsa seterusnya supaya dapat pulangan. Pangkat seterusnya yang dikejar oleh AM ialah Acting District Manager, ADM.
  38.  
  39. 18. Untuk bergelar ADM, mangsa perlu mencari 5 downline yang sanggup membuat investment RM 28,000. Pelbagai taktik dan helah digunakan untuk memerangkap mangsa seterusnya. Antaranya ialah memandang hina kepada makan gaji dan kelulusan akademik.
  40.  
  41. 19. Apabila berjaya bergelar ADM, target seterusnya ialah District Manager, DM. Untuk bergelar DM mangsa perlu mencari 8 lagi downline. Semestinya aktiviti penipuan dan pembohongan akan berlaku seperti yang sebelumnya.
  42.  
  43. 20. Pencacai One Community telahpun mengalami process brainwash oleh Steven Yeam atau Nasreeq Aris untuk terus kekal dalam One Community walaupun terpaksa minum air suam dan makan mee Maggi.
  44.  
  45. 21. Pada pandangan mata, AM, ADM dan DM sentiasa bergaya dengan jaket dan kasut berkilat, hakikatnya poket kosong. Income hanya ada bila dapat perangkap mangsa.
  46.  
  47. 22. Pelbagai masalah dan karenah timbul kesan dari One Community. Ibu bapa menanggung hutang bulanan sebab tertipu dengan mesin Elife. Adik-adik tidak bertegur sapa sebab si kakak dan abang tidak sanggup buat pinjaman. Ramai juga yang belajar di IPTA sekerat jalan sebab taksub nak jadi jutawan.
  48.  
  49. 23. One Community bukan sahaja satu scam, malah kesannya lebih jauh dari kerugian wang ringgit. Ramai yang telah kehilangan masa depan demi nak bagi Steven Yeam kenyang.
  50.  
  51. 24. Kini pasaran untuk Elife sudah tepu, that’s why Steven Yeam mencipta scam baru YiiMY.
  52.  
  53. 25. Dalam episode seterusnya kami akan bongkar kelemahan YiiMY yang mana peranan #YiiMY adalah sama seperti useless Elife Machine, iaitu instrument kepada money game.
  54.  
  55. #MOH
  56. #ENJ
  57.  
  58. CC: KPDNKK-Laman Rasmi
  59.  
  60. >>> AB
RAW Paste Data
We use cookies for various purposes including analytics. By continuing to use Pastebin, you agree to our use of cookies as described in the Cookies Policy. OK, I Understand
Not a member of Pastebin yet?
Sign Up, it unlocks many cool features!
 
Top