Not a member of Pastebin yet?
Sign Up,
it unlocks many cool features!
- {Lapang dada versi Sunni}
- Qunut subuh adalah khilaf muktabar di kalangan Imam-Imam Mazahib. Imam Syafie memfatwakannya sunat. Secara praktikal Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie dan fatwa rasmi negara berdasarkan Mazhab Syafie kecuali di sana ada keperluan dan maslahah untuk ikhtilaf kepada mazhab yang lain.
- Mazhab Syafie telah diamalkan di Tanah Melayu seawal Islam bertapak di negara kita. Kita tidak mengatakan orang yang tidak baca qunut mengikut mazhab lain bid'ah atau sesat. Kita ke Mekah tidak pernah memaksa Imam Mekah untuk baca qunut kerana kita tahu ia sunat yang tidak membatalkan solat. Masjid India di negara kita bermazhab Hanafi juga bebas mengikut mazhab mereka.
- {Lapang dada versi Wahhabi}
- Qunut subuh khilaf. Pandangan Syafie lemah. Kami paksa semua Imam tidak baca qunut subuh di masjid dan surau. Kami buat tatacara ibadah untuk menghalangi Imam daripada baca qunut. Kami juga mengatakan qunut subuh bid'ah (baca sesat) kerana Nabi tidak buat sepertimana fatwa Syafie. Kami bukan Wahhabi. Kami tak perlekeh Syafie. Kami hormat orang lain. Jom berdamai.
- # Qiaskan pada perkara-perkara yang lain. Sebab itu saya katakan jika Wahhabi mengajak untuk berlapang dada itu adalah "talian hayat beralaskan pendustaan" supaya mereka dilihat meraikan perbezaan. Jika tidak kemungkinan mereka boleh diambil tindakan undang-undang menganggu keamanan dan keselamatan negara.
- # Hakikatnya, jika Wahhabi berlapang dada maka Wahhabi itu sendiri tidak akan wujud di dalam dunia Islam kerana sejarah Wahhabi membuktikan kewujudan mereka bepaksikan kekerasan dan tiada toleransi di dalam menerima pandangan orang lain. Bahkan mereka memerangi umat Islam yang dianggap bid'ah, syirik dan kafir.
- # Kita katakan, Wahhabi bukan dikenali kerana tidak membaca qunut subuh tetapi Wahhabi dikenali apabila mereka mengatakan hanya pandangan mereka sahaja yang sunnah dan selain mereka lemah atau tidak betul dengan sunnah (Bid'ah).
- # Kita mohon Wahhabi sila keluar dari Malaysia kalau tidak suka dengan praktikal ibadah berdasarkan Mazhab Syafie yang telah lama dipraktikkan di negara kita. Sejarah Malaysia telah membuktikan keamanan negara semenjak awal sehingga ke hari ini. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia perbalahan mazhab sehinggalah lahirnya Mufti dan Ustaz Wahhabi di Malaysia.
- # Kita mohon kepada kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab mengekang dan menghalang Wahhabi daripada terus berleluasa apalagi memegang jawatan penting di dalam negara. Kita tidak mahu apa yang berlaku di negara arab akan berlaku di Malaysia kerana kecuaian kita menangani isu ini. Cegah sebelum parah. Renung-renungkan dan selamat beramal.
- Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
- Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
- Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment