SHARE
TWEET

JAMU OOO JAMU!!!

ak47suk1 Apr 21st, 2017 76 Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
  1. JAMU OOO JAMU!!!
  2.  
  3. Siapa tidak mengenali PARACETAMOL. Ramai orang berpendapat inilah raja kepada segala ubat. Sakit apa-apa mesti terpa Paracetamol dulu. Betul ke tidak ubat itu untuk sakit itu pun belum tentu.
  4.  
  5. Tetapi tahukah kita yang setiap kali kita dapatkan Paracetamol, walaupun di dalam bentuk sirap, memang di dalam kotak, akan ada kertas yang dilipat-lipat jadi kecil dengan tulis Bahasa Inggeris yang kita malas pun mahu ambil pusing. Ditambah lagi dengan tulisannya yang sangatlah cinonetnya. Siapa pun yang akan baca. Bukan setakat Paracetamol, semua UBAT BERDAFTAR dengan Kementerian Kesihatan akan mempunyai kepingan kertas tersebut.
  6.  
  7. Kertas itu PENTING!!! Namanya kertas INFORMASI PRODUK.
  8.  
  9. Kalau kita lihat untuk ubat Paracetamol, di ayat pertama pun sudah ditulis berapa berat kandungan paracetamol di dalam sirap tersebut. Terang-terangan ditulis untuk setial 5ml, terdapat 120mg paracetamol. Agak-agak lah kan, JAMU ke, contohnya ada tak tulis komposisi bahan di botol ubat. Saya sengaja guna Paracetamol kerana ubat ini semua orang kenal. Kalau ubat lain, lain lah komposisinya.
  10.  
  11. Lagi? Di situ tertulis indikasi iaitu ubat itu untuk apa dan dos yang bersesuaian untuk diberikan kepada pesakit. Dos kita dapat selepas ujian klinikal yang bertahun-tahun dan melalui banyak peringkat yang dilakukan ke atas MANUSIA sebelum ia lulus untuk dipasarkan. Kita tahu yang paracetamol tidak boleh diberi lebih dari 60mg per kg berat badan untuk 1 hari. Bukan setakat ujian di dalam makmal, guna ke atas beberapa ekor tikus, kemudian terus keluar jurnal dan pihak tidak bertanggungjawab menjadikan ia sumber rujukan untuk menunjukkan keberkesanannya! Kita bukan tikus la. Kita ni manusia! Apa yang boleh digunakan ke atas tikus belum tentu sesuai untuk kita. Dos pun belum tentu betul pun.
  12.  
  13. Untuk keluarkan ubat paracetamol, kilang tersebut mesti melalui proses penilaian dan pemantauan yang ketat sangat-sangat untuk memastikan tiada pencemaran pada kualiti ubat persebut. Bukannya ambil pokok belakang rumah, tumbuk-tumbuk, kisar-kisar, masak-masak terus dipekkan dalam botol yang belum tentu pun mencapai taraf piawaian antarabangsa. Sanggup ke kita telan produk yang macam tu? Saya pernah tengok orang jual jamu konon-konon berasaskan ibu kunyit, letak dalam botol kitar semula, lepas itu jual. Huh. Kunyit itu pasti ke dibasuh bersih itu satu hal. Kualitinya sama saja ke untuk setiap produksi? Masyarakat kita ini aneh, ada yang terus teguk saja produk begitu hanya semata-mata tukang jual kata.
  14.  
  15. Di kertas informasi produk, akan tertulis, ubat itu tidak boleh dimakan dengan ubat yang lain jenis apa. Kalau pesakit tu ada masalah hati katakan, paracetamol mesti diambil dengan berhati-hati. Ada juga disebut dengan jelas, kalau ambil paracetamol jenis ini, segala bentuk paracetamol yang lain mesti dielakkan untuk menjamin tidak akan terlebih dos. Bukan asal boleh saja. Produk konon-konon herba tidak melalui kajian klinikal yang begini! Jadi makan sajalah kan, dos pun agak-agak, interaksi dengan ubat lain itu sendiri nantilah tanggung. Sebab itu kita pelik kalau pesakit tiba-tiba buah pinggang rosak rupa-rupanya dalam produk itu ada bahan aktif yang boleh mengganggu fungsi buah pinggang. Yang paling malang bila kita TERTIPU, penjual mendaftarkan sebagai MAKANAN tetapi testimoni, mak ai, semua penyakit boleh baik. Siap kalau kanser tahap 4 pun baik dengan produk bawah kategori MAKANAN! Padahal untuk didaftarkan sebagai ubat, boleh terkencing pengeluar mahu mengikut segala syarat-syarat ditetapkan.
  16.  
  17. Kita tengok, sekiranya pesakit mengambil terlebih dos, siap tertulis cara dan rawatan yang perly dilakukan untuk pesakit. Begitu terperinci. Kalau jamu beli dengan makcik belakang rumah, atau pun di kedai-kedai yang menjual segala produk nak cantik, nak putih dan nak kuat itu, agak-agak ada atau tidak, informasi yang sama. Apa-apa pun jadi, tanggunglah sendiri kan. Penjual dah selamat beli beg tangan Louis Vuitton dengan hasil kenaifan kita sebagai pengguna yang tidak cerdik.
  18.  
  19. Selagi mana kita makan makanan berkhasiat, yang lengkap dengan nutrisi seperti dicadangkan oleh pakar pemakanan, kita tidak perlukan jamu atau produk-produk sebegini. Ini tidak, makan seolah-olah untuk 10 hari akan datang, kemudian makan jamu atau produk makanan tambahan untuk menyucikan balik dosa makan tidak ingat dunia itu. Tidak bersenam, hidup sedentari itu semua menempah kecelakaan.
  20.  
  21. Kita mesti ingat, pengeluar jamu, produk herba dan sebagainya, mereka hanya mahu mengaut keuntungan walau macam mana sekali pun mereka selitkan ayat-ayat berbaur islamik. Semata-mata nak penuhkan poket, mereka tidak lupa buruk-burukkan sekali doktor dan ahli farmasi. Apalah salah kami pun saya tidak pasti, yang buatkan mereka benci sangat dengan kami.
  22.  
  23. Tetapi, mereka tidak akan bertanggungjawab sekiranya komplikasi terjadi. Awal-awal mereka angkat bendera putih. Kami yang mulanya dikutuk itulah, pesakit datang juga menjengah. Kenapa tidak dicari penjual tadi??? Biar mereka bertanggungjawab!
  24.  
  25. Mahu berusaha pun, biarlah di landasan ilmu yang betul. Ini tidak, asal boleh sahaja. Penjual menanam tebu di tepi bibir pun percaya. Dia nak menjual, mestilah dicerita bulan bintang. Apalah mahu jadi dengan masyarakat kita ini...
  26.  
  27. Dr. Rusyainie Ramli
  28. Saya tidak makan jamu pun. Saya sudah hampir masuk umur 4 siri. Makan jamu berlori-lori pun kalau, berat punggung mahu bergerak, makan ikut suka nafsu, baik simpan duit untuk sakit nanti ya.
RAW Paste Data
We use cookies for various purposes including analytics. By continuing to use Pastebin, you agree to our use of cookies as described in the Cookies Policy. OK, I Understand
 
Top