SHARE
TWEET

fitnah wahhabi 2

ak47suk1 May 6th, 2016 (edited) 59 Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
  1. 1. Abu Naufal adalah pendokong tegar aliran Wahhabi. Walaupun ramai yang menasihati saya untuk ban dia daripada page ini, tetapi saya mengambil pendekatan untuk berdiskusi. Pernah sebelum ini diskusi saya denganya berjela-jela hampir beratusan komentar.
  2.  
  3. 2. Saya tidak ban kerana dia masih lagi membawa hujjah-hujjah Wahhabi yang dia pelajari kemudian saya menjawab dengan disiplin ilmu dan huraian para ulama kita. Sebelum ini dia mengaku murid kepada Dr Maza dan Dr Rozaimi. Saya hanya ban Wahhabi yang menggunakan bahasa kurang ajar dan tidak melambangkan adab seorang muslim atau komentar yang bertujuan provokasi semata-mata.
  4.  
  5. 3. Hari ini, Abu Naufal menuduh saya menipu. Maka saya buktikan daripada kitab Rasul Dahri (bukan Rasul yang sebenar dan sekarang dipenjarakan kerana membawa fahaman yang bercanggah dengan akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah iaitu aliran Wahhabi Madkhali yang mengkafirkan jemaah Islam dan ulama 'Asyaairah)
  6.  
  7. 4. Ini membuktikan apa yang saya tulis berasas dan berbukti bukan fitnah atau tuduhan kosong. Bahkan jika kita meneliti kitab-kitab Wahhabi dan website yang berbahasa arab, kita dapati secara jelas mereka mempertahankan akidah Allah bertempat. Bahkan mengkafirkan mereka yang tidak beriman Allah bertempat di langit. Ini asas akidah mereka.
  8.  
  9. 5. Saya masih menunggu jawapan daripada Abu Naufal di atas tuduhan dia terhadap saya. Saya tidak keberatan untuk memaafkannya jika dia memohon maaf di atas fitnahnya terhadap saya.
  10.  
  11. 6. Saya sudah biasa dengan fitnah Wahhabi tatkala mereka tidak mampu berhujjah maka mereka akan menuduh lawannya menipu, memfitnah, syiah, jahmiyyah dan sebagainya. Bahkan mereka tidak segan silu memfitnah para ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah yang menjadi panutan ummah sebagai syiah, jahmiyyah, ahlul bid'ah dan sebagainya.
  12.  
  13. 7. Strategi fitnah ini menjadi usul di dalam manhaj Wahhabi kerana dengan fitnah sahajalah mereka dapat menjauhkan umat Islam daripada para ulama kita dan mengeluarkan mereka daripada akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah dan mengkafirkan umat Islam kemudian menghalalkan darah sepertimana yang dilakukan oleh pengasas gerakan mereka iaitu Muhammad Bin Abdul Wahhab. Boleh rujuk sejarah gerakan Muhammad bin Abdul Wahhab di dalam kitab as-Showaa'iq al-Ilahiyyah fi al-Radd 'ala al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Sulaiman bin Abdul Wahhab dan kitab fitnah al-Wahhabiyyah oleh Mufti Mekah ketika itu iaitu Sheikh Ahmad Zaini Dahlan رحمهم الله تعالى
  14.  
  15. 8. Semoga Allah memelihara kita daripada fitnah tanduk syaitan yang dinyatakan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم keluar daripada Najd tempat lahirnya mussalaimah al-Kazzab dan pendusta agama.
  16.  
  17. Saudaramu,
  18. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  19. Universiti Al-Azhar Mesir
  20. Jumaat, 6 Mei 2016
  21. Kota Bharu, Kelantan.
RAW Paste Data
We use cookies for various purposes including analytics. By continuing to use Pastebin, you agree to our use of cookies as described in the Cookies Policy. OK, I Understand
Not a member of Pastebin yet?
Sign Up, it unlocks many cool features!
 
Top