Advertisement
ak47suk1

Rakus Hendak Berkuasa; Fitnah Yang di Balikkan Pada Si Penuduh.

Aug 19th, 2021
233
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.37 KB | None | 0 0
  1. Rakus Hendak Berkuasa; Fitnah Yang di Balikkan Pada Si Penuduh.
  2.  
  3. https://www.facebook.com/mohdmukhlis/posts/10158298863838317
  4.  
  5. Yang mula-mula sekali tuduh Anwar rakus nak berkuasa ini datang dari Mutfi Utara, waktu 2019 lagi. Lepas itu dia berkhianat dengan ilmu dan suruh Tun Mahathir berkhianat pula dengan perjanjian.
  6. Bila ramai yang kritik, dia kata dia tak sebutpun nama Anwar; ( spesis Guru Hadi fitnah tak sebut nama) tapi Allah tahu apa yang tersembunyi dalam hati manusia.
  7. Lepas itu dia tuduh lagi kata kalau Anwar jadi PM dia akan lepaskan mereka yang ada kes mahkamah walaupun tak ada bukti langsung yang Anwar pernah berkata sedemikian.
  8. Hari itu saya sendiri telah membaca doa Saad bin Abi Waqas bila di fitnah dan di aminkan oleh rakan-rakan sekalian.
  9. Hari ini Allah sendiri telah mengangkat darjat orang-orang yang sabar.
  10. GPS sendiri sahkan yang Anwar tak ada pun hubungi dia untuk berkuasa.
  11. "Semua pemimpin menghubungi saya kecuali Anwar Ibrahim " - Datuk Patinggi Abang Johari.
  12. Jelas sekali tohmahan mereka yang kata Anwar sanggup langgar prinsip untuk berkuasa adalah sangkaan buruk mereka semata-mata. Kalau Anwar gila kuasa, mesti dia orang pertama yang call GPS, deal timbal balas dengan jaminan sokongan.
  13. Dalam twitter space semalam, saya tak ingat siapa tah yang cerita dia ada berjumpa dengan Anwar hari isnin, pastu Kak Wan ada sekali. Dia tengok Anwar macam relaks aje siap main dengan cucu lagi. Padahal kita tengok geng-geng UMNO, Bersatu dan PAS duk gila mesyuarat dari pagi sampai ke malam hanya takut hilang kuasa.
  14. Dia tanya Kak Wan, Anwar macam tak risau aje. Tahu apa Kak Wan jawap? Kak Wan jawap dengan lebih kurang macam ini
  15. "Kalau itu takdir Allah, pasti akan dapat juga, kalau Allah tak bagi, tak akan dapat juga"
  16. Ini mengingatkan saya kisah masa mereka yang berkhianat ini bermesyuarat di Shereton dari pagi sampai malam, sedangkan Anwar duk ralid dengan majlis zakir , saya sebut apa masa tu:
  17. "Tengok orang yang qanaah, benda kalau berjuang untuk rakyat dia sentiasa akan tenang. Ada jawatan dia bersyukur, tak ada jawatan pun dia bersyukur sebab terlepas dari beban tanggungjawap."
  18. Qanaah ini adalah sifat sentiasa cukup dengan apa yang kita ada. Lawan Qanaah adalah tamak haloba. Tamak haloba ini yang jadi punca segala kerosakan di Malaysia. Yang tamak gila nak jadi PM walaupun lemah, tamak haloba nak berkuasa semula walaupun kalah PRU, tamak haloba nak jadi menteri walahal negeri sendiri air karat.
  19. Tidak mengapalah, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya; kita terima sahajalah Qada dan Qadar Allah.
  20. Macam saya duk ulang dari awal tahun lepas lagi, kalau nak dapat kuasa, kita kena ambil semula sama ada bersama dengan kleptokrat, pengkhianat ataupun lalang dan terpaksa gadai prinsip.
  21. PH dah berusaha untuk berkuasa di samping menjaga prinsip, selebihnya kita serah pada Yang Maha Mengetahui hati-hati manusia.
  22. Renungkan hadis di bawah ini, bagaimana ajaibnya seorang mukmin itu.
  23. “Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin. Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan. Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya adalah kebaikan. Apabila kebaikan dialaminya, maka dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila keburukan menimpanya, dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)
  24. Pesan pada anak-anak kita nanti, jangan berkhianat pada janji kalau tidak murka Allah pasti akan menjelma.
  25. WAllahualam.
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement