Advertisement
ak47suk1

Tazkirah Dhuha Ramadhan 29 April 2020

Apr 29th, 2020
122
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 14.06 KB | None | 0 0
  1. ROHINGYA : ANTARA KETUANAN BANI MELAYU, BANI ISRAEL DAN BANI IBLIS...
  2. Dalam Sejarah Islam tidak ada istilah Ketuanan Bangsa, apalagi slogan ketuanan seperti ketuanan bani Melayu.. melainkan sifat ini datang dan wujud dikalangan masyarakat Bani Israel dan ketuanan bani Iblis... itu sebabnya Almarhum Tok Guru Nik Aziz cukup membenci semangat Ashabiyah dan slogan ketuanan Melayu ini...
  3. Dalam sejarah Kenabian terakhir.. Sebelum Nabi Muhammad SAW dilahirkan ke Dunia..Sebahagian masyarakat Yahudi dari daerah asalnya di Syam, menuju Yatsrib (nama asal Bagi kota Madinah),
  4. Tujuan mereka berhijrah ke Madinah untuk menyambut kehadiran Nabi terakhir yang disangka kan dari kalangan mereka iaitu Bani Israel sepertimana yang tercatat dalam Kitab Taurat.. Abu Aliyah menyebutkan bahswa diantara doa orang yahudi itu,
  5. اللهم ابعث هذا النبي الذي نجده مكتوبًا عندنا حتى نعذب المشركين ونقتلهم ”
  6. Ya Allah, utuskanlah Nabi yang telah disebutkan kisahnya dalam taurat ini, sehingga kami bisa menghukum orang-orang musyrik itu, dan membantai mereka.”
  7. (Tafsir Ibnu Katsir, 1/326)
  8. Setelah lahirnya Nabiﷺ, Mengapa mereka tidak mahu beriman ? apakah kerana kelompok ini tidak beriman dengan kitab kitab mereka dan tunduk kepada wahyu Allah ? tidak..sepertimana Iblis yang menolak Adam yang dijadikan dari Tanah, dan Nabi Muhammad ﷺ tidak diterima kelompok Yahudi kerana Nabi itu tidak datang dari kalangan bani Israel..
  9. 2. SIFAT KETUANAN DAN ASHABIYAH BANI ISRAEL..
  10. Sebagaimana kelompok yang datang ke tanah melayu, berasimilasi dengan masyarakat Melayu..lalu ramai dikalangan mereka..hatta datang dari kalangan agamawan, Berlumba lumba untuk menjad pejuang Melayu.. Bila mereka memeluk Islam.. Mereka akan berubah dan cuba jadi Melayu lebih dari melayu..
  11. Ada dikalangan Cina dan India lebih Melayu dari Melayu..Biarpun akar kata nama mereka Wong atau Tee.. malah ada India lebih melayu dari Melayu walaupun akar kata mereka Naina, Vinoth dan Mydin ..malah ada dikalangan Arab malabari menuntut hak bumiputera disebabkan kemuliaan atas nama bumiputera dan Melayu itu didambakan..Sehinggakan hari ini ada kelompok Rohingya berjuang atas nama Melayu lalu malu untuk mengakui mereka itu berasal dari Kabilah Rohingya..
  12. Kenapa semua ini terjadi ? asimilasi ini berlaku atas sebab Politik.. iaitu bercita cita menguasai Politik dan memperolehi kuasa dalam satu satu masyarakat.. lalu mengharapkan kemuliaan dari sebab kemuliaan Melayu itu..
  13. atas sebab apa Ashabiyah dan Ketuanan Melayu ini ?sebagaimana disebutkan dalam Kita Rahiq Makhtum akan sifat Yahudi Syam yang berhijrah ke Mekah dan Madinah ketika itu mereka berasimilasi dan berlumba menjadi Arab...
  14. Dalam Kitab ar-Rahiq al-Makhtum diterangkan tentang asal Yahudi di Madinah,
  15. وكانوا في الحقيقة عبرانيين، ولكن بعد الانسحاب إلى الحجاز اصطبغوا بالصبغة العربية في الزى واللغة والحضارة، حتى صارت أسماؤهم وأسماء قبائلهم عربية، وحتى قامت بينهم وبين العرب علاقة الزواج والصهر، إلا أنهم احتفظوا بعصبيتهم الجنسية، ولم يندمجوا في العرب قطعًا، بل كانوا يفتخرون بجنسيتهم الإسرائيلية
  16. “ Pada hakikatnya mereka adalah ibrani, namun setelah mereka berpindah ke daerah Hijaz (wilayah Madinah dan Mekah), mereka meleburkan cara hidup berasimilasi dengan budaya arab,bermula dari cara berpakaian, bahasa, sampai tradisi dan kebudayaan. Hingga nama mereka dan nama kabilah mereka kearab-araban. ..sehingga terjadi hubungan pernikahan antara yahudi dengan masyarakat arab...
  17. Dan apa sifat utama dikalangan Yahudi membezakan mereka dari Masyarakat Arab pada ketika itu, disebutkan di dalam Kitab Rahiq Al-Makhtum lagi..
  18. إلا أنهم احتفظوا بعصبيتهم الجنسية، ولم يندمجوا في العرب قطعًا، بل كانوا يفتخرون بجنسيتهم الإسرائيلية
  19. " Melainakan mereka masih menjaga fanatisme(Ketaksuban) kebangsaan, dan tidak boleh bersatu dengan masyarakat arab. Bahkan mereka membanggakan diri mereka sebagai keturunan Israil”.."
  20. (ar-Rahiq al-Makhtum, 139)...
  21. Begitu juga kita di Malaysia ini, Biarpun kita berbangga dengan pelbagai budaya bangsa dan Agama..berasimilasi dalam masyarakat.. ada satu sifat yang kita tidak dapat dibuang dalam masyarakat, merasakan kita lebih mulia dari selainnya..
  22. Inilah sifat ketuanan Bani Israel yang mebuatkan mereka menolak kenabian Nabi Muhammad ﷺ.. Kerana Allah menjadikan Nabi terakhir itu bukan dari kalangan mereka tetapi bani Hashim.. mereka merasakan mereka lebih mulia dan patut diutamakan berbanding keturunan yang lain..
  23. 3. ASHABIYAH BERASAL DARI KETUANAN IBLIS
  24. Sebenarnya membesarkan Diri, Sombong atas nama bangsa dan jenis mereka ini terlebih dulu diceritakan di dalam Quran tentang sifat Iblis.. Iblis sesat bukan kerana mereka tidak tunduk kepada Allah, Sesungguhnya mereka beribadat kepada Allah beribu tahun lamanya..Bukan juga sebab mereka Tidak Alim, hatta mereka jauh lebih Alim dari Mufti dan menteri Agama.....
  25. tetapi disebabkan kesombongan mereka enggan tunduk kepada perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam.. kerana apa ? kerana sifat Istakbara atau Al-Kibr(membesarkan Diri)
  26. dalam sesetengah riwayat.. Iblis ini jawatan terakhir nya lebih tinggi dari jawatan Mufti hatta Menteri Agama.. dikenal sebagai Sayyidul Malaikat (Penghulu atau Pemimpin Malaikat) mahupun Khozinul Jannah (Bendahara Syurga)..itu pun masuk dalam perangkap Ashabiyah hanya kerana kedengkian, rasa besar diri (al Kibr) dan memperjuangkan Ketuanan bani Api dengan merasa mulia dari bani tanah..
  27. قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ
  28. "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?
  29. قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
  30. " Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah"...
  31. Al-Araf ayat 12
  32. 4. ASHABIYAH DAN SERUAN JAHILIYAH..
  33. Dalam pada sejarah Penyatuan Ansar dan Muhajirin, Pernah juga berlaku pergaduan dan seruan ashabiyah... berlakunya ada domba aas nama suku kaum..Pernah Terjadi di zaman Nabi ﷺ, Perbalahan diantara kaum Ansar dan Muhajirin, lalu mereka menyeru kepada kelompok mereka.. Yang Ansar menyeru kepadkelompok Ansar, manakala Kelompok Muhajirin menyeru kepada kelompok mereka..
  34. Lalu Nabi ﷺ Berkata..
  35. مَا بَالُ دَعْوَى جَاهِلِيَّةٍ...
  36. ‘Masih belum selesaikan seruan jahiliyyah itu ?’
  37. قَالُوا: يَا رَسُولَ الله! كَسَعَ رَجُلٌ مِنَ المُهَاجِرِينَ رَجُلاً مِنَ الأَنصَارِ..
  38. Maka berkata kaum Ansar , Ya Rasulullah..,‘ seorang Muhajirin telah menolak seorang Ansar’..
  39. Lalu Nabi ﷺ Bersabda..
  40. دَعُوهَا، فَإِنَّهَا مُنْتِنَةٌ...
  41. ‘ Tinggalkanlah (seruan tersebut) kerana itu perbuatan busuk/Jijik... ”
  42. ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
  43. Nabi sendiri membayangkan, seruan Ashabiyah, Perkauman itu perkara yang menjijikan, seperti sesuatu yang berbau busuk.. entah mengapa hari ini ada agamawan, Ulama sendiri menyeru kepada seruan seruan Ashabiyah..
  44. Ini yang Nabi kata " Rayah Ummiyah رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ " iaitu barang siapa yang mati dibawah " Panji Buta" , Matinya mereka adalah mati Jahiliyah.. Mula Ali al-Qari di dalam Mirqah al-Mafatih menisbahkan maksud Al Ummiyah itu dengan kesombongan (al-kibr) dan kesesatan (ad-dhalal)...”
  45. 5. SERUAN KEBENCIAN MENCELA KABILAH
  46. Hari ini kita dikejutkan sekali lagi seruan seruan kebencian kaum, kali ini melibatkan etnik Rohingya.. begitu sedihnya kita membaca komen atas kejahilan sesetengah dari kita penghinaan, kata kata Nista dengan istilah Perogol,Pengotor, Pemalas, Pendatang keluar dari mulut seorang Muslim..hatta dari kalangan asatizah dan agamawan, Dimana Sifat kemanusiaan kamu ?
  47. Kita boleh bicara soal Maslahah mahupun pada sudut Mafsadah melibatkan negara kita, atas nama pekrja asing mahupun pelarian..Bagaimana kita nak uruskan pendatang dan pelarian begitu juga pekerja asing, Apakah kita mahu terima atau hantar pulang..apakah kita mahu membebaskan mereka bekerja atau adanya sekatan.. mahupun cara menguruskan penempatan mereka seperti mana yang dilakukan Singapura..itu adalah ijtihad pemerintah..tetapi apa perlu kita membenci dan menghina bangsa mereka ?
  48. Inilah antara sifat yang dilarang oleh nabi.. Iaitu mencela seseorang dengan menyandarkan Kabilahnya.. Sebagaimana hadis Nabi..
  49. Rasulullah ﷺ bersabda:
  50. إن أعظم الناس فرية لرجل هاجى رجلا فهجا القبيلة بأسرها
  51. "Pembohong yang paling besar/teruk adalah seorang lelaki yang ketika dia ingin mencela seseorang, lalu dia mencela seluruh kabilahnya."
  52. Sunan Ibn Majah
  53. 6. PENYAKIT MELAYU BERASA MULIA
  54. Antara penyakit dan kelemahan Melayu yang kalau kita sebut dan sentuh.. sudah pasti akan membuatkan ramai dari kalangan bani melayu akan bingkas bangkitkan dan marah.. Sebagaimana kalangan ummat melayu marah bila Ulama mereka dikritik, ia dianggap sebagai penghinaan..
  55. Bagaimana kalau bangsa lain menyifatkan Melayu ini pemalas sebagaimana teguran Tun Mahathir, siapa yang begitu marah ? sudah tentunya ianya datang dari kalangan puak Ashabiyah ini.. mengapa ? mereka merasakan diri mereka mulia..
  56. Hatta kalau diukur statistik jenayah, Apakah layak kemiskinan melayu ditanah air sendiri, dengan jenayah rogol, dadah, Sumbang Mahram yang didominasi kaalngan Bani Melayu apa perasaan kita jika dari statistik ini ada bangsa simpulkan Melayu ini bangsat di negara sendiri ?
  57. Pandangan kita pasti berbeza kalau kita mengukur pada pandangan sudut dan neraca yang lebih Adil.. ia pasti berbeza kalau kita melihat semua jenayah ini kesan dari sudut sosio Budaya dan keadaan yang membelenggu kelompok miskin dan tidak berpendidikan kebanyakan masyarakat Melayu, begitu jugalah Kabilah Rohingya..
  58. apakah kita dari kalangan melayu terasa pedih dihati dengan tuduhan tuduan ini walaupun ianya satu fakta dan kebenaran ? sudah pasti.. jadi apakah kita ingat kelompok Rohingya, Cina dan India tidak punya perasaan yang sama bila mereka dihina ?
  59. makna Asahabiyah dan fanatik kesukuan Golongan ini mereka menilai tanpa mengambil kira samaada ianya benar atau salah, Zalim atau tidak.. mereka hanya melihat kepada suku dan kaum mereka.. Inilah antara Sifat Ashabiyah yang Ibnu Mandzur dalam kitab Lisanul Arab, dia berkata,
  60. يدعو الرجل إلى نصرة عصبته والتألب معهم على من يناوئهم ظالمين كانوا أو مظلومين
  61. “Seruan seseorang untuk membela keluarga/kelompok dari siapa pun yang menyerang mereka. Tanpa mempedulikan keluarganya melakukan kezaliman atau menjadi pihak yang terzalimi.
  62. (Ibn Mandzur, Lisan al-‘Arab, I/606)
  63. 7. CINTA TANAH AIR BUKAN ASHABIYAH
  64. Ramai antara kita silap faham akan makna Asahabiyah..mereka menyangkakan Ashabiyah itu kita tak perlu sayangkan bangsa dan tanah air sendiri.. Sedang apa yang kita tentang ? Bukan sebab kecintaan kepada kaum dan bangsa, sebabnya ia fitrah bagi manusia.. tetapi sifat kebencian dan Zalim biar siapapun pelakunya..
  65. .Imam An Nasaa’ie meriwayatkan sebuah hadis dari Abbad bin Katsir al-Syamiy dari seorang perempuan yang bernama Qusailah, dia berkata, “Aku pernah mendengar ayahku berkata, “
  66. سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ ...
  67. “Saya bertanya kepada Nabi , lalu dia berkata, “ Ya Rasulullah apakah termasuk Ashabiyyah, seorang laki-laki yang mencintai kaumnya ? Lalu jawab Nabi ﷺ..
  68. قَالَ : لَا.. وَلَكِنْ مِنْ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْمِ...
  69. Nabi berkata, “Tidak. ..Tetapi, termasuk ‘ashabiyah adalah seorang laki laki menolong kaumnya dalam kezaliman”..
  70. Kerana Nabi ﷺ pernah mengungkapkan kecintaannya kepada tanah air kelahirannya mekah.. Sebagaimana Hadis nabi..
  71. ما أطيبكِ من بلد، وأحبَّكِ إليَّ، ولولا أن قومي أخرجوني منكِ ما سكنتُ غيركِ
  72. “Wahai Makkah.. tidak ada negeri yang lebih baik dan lebih kucintai dari pada engkau. Andai kaumku tidak mengusirku darimu, aku tidak akan pernah tinggal di negeri lain.”
  73. ( Riwayat At Tirmidzi)
  74. 8. TOLAK POLITIK KEBENCIAN
  75. Marilah sama sama kita menolak politik kebencian.. menolak Asahabiyah, Menolak kebencian atas sebab mereka ini orang asing (xenophobia), Kebencian atas sebab kita berbeza bangsa dan Agama.. Kerana ini dilarang keras oleh Nabi ﷺ.. Kerana ianya adalah seruan Jahiliyah..malah ianya jijik..
  76. Ketika berlaku serangan di Masjid An-Nuur keatas minoriti muslim di christchurch New Zealand disebabkan kebencian kelompok Ashabiyah kulit putih(White Supremacy)..
  77. ketika majlis solidariti rakyat new Zealand bersama Ummat Islam.. ketika itu PM New Zealand, Jacinda Ardern Membacakan Hadis Nabi ﷺ , dan di akhir dengan menyebut " We are One ".. Apakah kita faham maksud hadis yang dibaca.. Jacinda memetik hadis Nabi ﷺ dengan katanya..
  78. "The believers in their mutual kindness, compassion and sympathy are just like one body. When one of the limbs suffers.."
  79. Merujuk Kitab riyadus shalihin, ia adalah Hadis Sahih Bukhari.. ia datang dengan matan dan lafaz dari Nu'man Bin Basyir dengan katanya..
  80. مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم، مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى..
  81. Perumpamaan antara orang-orang mukmin dalam kasih sayang mereka bagaikan sebuah jasad apabila salah satu anggota tubuh ada yang sakit maka anggota tubuh yang lain juga merasakan sakit..
  82. dan di dalam Quran, firman Allah.. ia disentuh dalam ayat 10 surah Al Hujurat..
  83. إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ ...
  84. Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara...
  85. Ipohmali
  86. Tazkirah Dhuha Ramadhan
  87. 29 April 2020
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement