Advertisement
ak47suk1

ijmak ulama

Jan 25th, 2016
108
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.27 KB | None | 0 0
  1. [Dengan Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Mahasuci Allah daripada bertempat dan menyerupai makhluk]
  2.  
  3. 1) Di antara kekeliruan Wahhabi mereka mengatakan hanya ijmak para sahabat sahaja diterima di dalam Islam dan cuba menafikan keberadaan ijmak para ulama’ Islam di dalam menentukan hukum syara’.
  4.  
  5. 2) Untuk membuktikan kekeliruan ini, kiita lihat definisi ijmak yang telah digariskan oleh para ulama ahlul sunnah wal jama’ah.
  6.  
  7. وَإِمَّا الْإِجْمَاع فَهُوَ اتِّفَاق عُلَمَاء الْعَصْر على حكم الْحَادِثَة ونعني بالعلماء الْفُقَهَاء ونعني بالحادثة الْحَادِثَة الشَّرْعِيَّة
  8. وَإِجْمَاع هَذِه الْأمة حجَّة دون غَيرهَا لقَوْله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم لاتجتمع أمتِي على ضَلَالَة وَالشَّرْع ورد بعصمة هَذِه الْأمة
  9.  
  10. 3) Adapun ijmak ialah kesepakatan ulama’ semasa di atas hukum yang baru dan kami maksudkan dengan ulama’ fuqaha’ (ulama’ fekah) dan kami maksudkan perkara baru ialah perkara baru yang syar’ie. Ijmak umat Islam satu hujjah kerana Sabda Nabi SAW “Tidak berkumpul umat aku di atas satu kesesatan dan telah datang pada syara’ dengan kemaksuman umat ini (Islam) (al-Waraqaat, Imam Haramain Abu al-Ma’ali al-Juwaini : 24)
  11.  
  12. اتفاق مجتهدي عصر من أمة محمَّد - صلى الله عليه وسلم - على أمر شرعي
  13.  
  14. 4) Ijmak ialah kesepakatan (mana-mana) ulama’ mujtahid pada (mana-mana) zaman daripada umat Muhammad SAW di atas urusan syara’.
  15. (al-Wajiz fi usul al-Fiqh al-Islami, Muhammad Mustofa al-Zuhaili : 227)
  16.  
  17. اتفاق المجتهدين من هذه الأمة في عصر بعد وفاة النبي صلى الله عليه وسلم على أمر ديني
  18.  
  19. 5) Ijmak ialah kesepakat ulama mujtahid daripada umat Islam pada satu masa selepas kewafatan Nabi SAW di atas urusan agama. (al-Ijma’ fi al-Syariat al-Islamiah, Rusydi Ulyan :65)
  20.  
  21. وهذا مذهب جمهور العلماء وهو أن الإجماع المحتج به غير مختص بإجماع الصحابة، بل إجماع أهل كل عصر حجة، قاله الآمدي في الإحكام 2/ 230، وانظر البرهان 1/ 720، التلخيص 3/ 53، المعتمد 2/ 483، المستصفى 1/ 185، المحصول 2/ 1/283، إرشاد الفحول ص 81، أصول السرخسي 1/ 313، شرح العضد 2/ 34، العدة 4/ 1090، نزهة الخاطر 1/ 372
  22.  
  23. 6) Dan ini mazhab majoriti para ulama iaitu sesungguhnya ijmak yang dijadikan hujjah bukan khusus dengan ijmak Para Sahabat bahkan ijmak ahli (ulama’) setiap zaman adalah satu hujjah.
  24.  
  25. 7) Maka dengan dengan definisi para ulama’ yang telah dinyatakan di atas, membuktikan bahawa golongan Wahhabi tidak berjalan di atas disiplin ilmu yang benar di dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah bahkan mereka hanya mengambil pandangan para ulama’ yang sesuai dengan ideologi mereka sahaja. Ini bertujuan menutup pandangan masyarakat di mana mereka pada hakikatnya tidak bermazhab dan tidak mengikuti jalan para ulama’ kita.
  26.  
  27. Pejuang Al-Quran dan As-Sunnah,
  28.  
  29. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  30. BA (Hons) Usuluddin Akidah dan Falsafah
  31. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement