Advertisement
ak47suk1

mustahil Allah di langit

Feb 14th, 2016
103
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 5.79 KB | None | 0 0
  1. {Soalan}
  2. Kenapa mustahil Allah bertempat di langit atau di arash?
  3.  
  4. {Jawapan}
  5.  
  6. [1] Sebab Dia Allah yang Tidak berhajat kepada sesuatupun selain zatNya. Selain Allah (ما سوى الله) adalah makhluk.
  7.  
  8. Dalil selain Allah makhluk ;
  9.  
  10. اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
  11.  
  12. "Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya."{al-Zumar:62}
  13.  
  14. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
  15.  
  16. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan bagi sekalian alam (ما سوى الله). {al-Fatihah:1}
  17.  
  18. [2] Sebab langit makhluk Allah. Adanya langit, ada permulaan. Ada Allah bersifat qadim lagi Azali (Tiada permulaan).
  19.  
  20. Dalil langit makhluk;
  21.  
  22. اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ
  23.  
  24. "Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi". {al-Tholaq:12}
  25.  
  26. Dalil Allah tidak ada permulaan (bersifat qadim lagi azali) ;
  27.  
  28. هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
  29.  
  30. "Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". {al-Hadid:3}
  31.  
  32. [3] Arash juga makhluk. Dalil arash makhluk ;
  33.  
  34. وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
  35.  
  36. "Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." {al-Taubah:129}
  37.  
  38. [3] Sebab melazimkan Allah menetap pada satu tempat. Membataskan atau Allah diliputi dengan langit dan arash. Melazimkan Allah lemah. Hakikatnya Allah jualah yang meliputi akan sesuatu bukan sesuatu yang meliputi Allah.
  39.  
  40. Dalil Allah meliputi sesuatu dengan ilmu dan kekuasan;
  41.  
  42. وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ مُّحِيطًا
  43.  
  44. "Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu." {al-Nisa':126}
  45.  
  46. [4] Sebab melazimkan Allah berhajat (memerlukan) makhluk. Melazimkan Allah lemah. Maka mustahil Allah lemah berdalilkan ayat ini;
  47.  
  48. وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
  49.  
  50. "Dan sesiapa yang kufur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk". {ali Imran:97}.
  51.  
  52. [5] Sebab adaNya Allah tidak ada sesuatu bersamaNya. Jika ada bersama Allah maka kedua-duanya adalah Tuhan. Maka ini mustahil seperti penafian Allah di dalam ayat berikut ;
  53.  
  54. لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ
  55.  
  56. Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.{al-Anbiya':22}.
  57.  
  58. [6] Khulasoh untuk mengenali Allah sudah termaktub di dalam surah al-Ikhlas di mana Allah sendiri telah mengsifatkan zatNya dengan muhkamah (jelas). Ini akan dapat difahami bagi sesiapa yang diberikan hidayah dan taufiq oleh Allah سبحانه وتعالى
  59.  
  60. بسم الله الرحمن الرحيم
  61.  
  62. قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
  63.  
  64. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; {1}
  65.  
  66. اللَّهُ الصَّمَدُ
  67.  
  68. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; {2}
  69.  
  70. لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
  71.  
  72. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; {3}
  73.  
  74. وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
  75.  
  76. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". {4}
  77.  
  78. [7] Inilah akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah yang jelas lagi ahkam sesuai dengan firman Allah yang muhkamah ;
  79.  
  80. لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
  81.  
  82. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.{al-Syura:11}
  83.  
  84. [8] Mengapa kita memilih ayat yang mutasyaabihah (menyamakan Allah dengan makhluk) sedangkan di sana ada ayat yang muhkamah (terang lagi jelas). Dikhuatiri kita termasuk di dalam ancaman kesesatan dan mencari fitnah kepada Islam. Firman Allah ;
  85.  
  86. فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ
  87.  
  88. "Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah". {ali Imran:7}
  89.  
  90. Selepas ayat di atas, Allah mengajarkan kita satu doa. Semoga dapat kita amalkan. Mudah-mudahan Allah tetapkan hati kita di atas akidah yang benar.
  91.  
  92. رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
  93.  
  94. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. {ali Imran:8}
  95.  
  96. Allahul Musta'an..
  97.  
  98. Tulisan Asal,
  99. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  100. BA (Hons) Usuluddin Akidah dan Falsafah
  101. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement