SHARE
TWEET

10 INFO UTAMA DALAM BICARA KHAS RTM BERSAMA MENTERI PENDIDIK

ak47suk1 Jul 29th, 2018 68 Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
  1. 10 INFO UTAMA DALAM BICARA KHAS RTM BERSAMA MENTERI PENDIDIKAN
  2.  
  3. Ketika menteri disoal mengenai polemik "kasut hitam" dan maklum-balas rata-rata masyarakat Malaysia, beliau cuma tersenyum dan melihat maklum-balas yang negatif itu melalui kacamata yang positif.
  4.  
  5. Kata beliau, ini menunjukkan masyarakat cakna dengan kerja beliau dan beliau kena terus bekerja. 'Firefighting' pada waktu ini biasa dalam proses menemukan rentak bekerja.
  6.  
  7. Begitulah Dr Maszlee yang saya kenali. Beliau sendiri tidak suka memberikan berita buruk. Sebab itu jika kita tonton sampai habis program Bicara Khas yang dikelolakan oleh Tuan Sayed Munawar di RTM itu, beliau minta maaf atas kekurangan yang ada.
  8.  
  9. Tapi masyarakat kita hanya mampu menonton video berdurasi 15 saat berbanding 50 minit. Selama 1 jam lebih Bicara Minda dengan Sinar Harian tempoh hari, yang 30 saat tentang "kasut hitam" juga yang tular. Sedangkan gagasan-gagasan lain yang dikongsikan semuanya diketepikan.
  10.  
  11. Begitu juga dengan 58 minit durasi Bicara Khas bersama RTM ini. Lebih daripada 10 perkara yang sedang dan akan dilakukan daripada hal-hal yang besar sampailah hal-hal yang kecil diceritakan.
  12.  
  13. Memang saya tak nafikan adanya berita buruk iaitu MyBrain ditangguhkan buat sementara waktu. Saya anggarkan ditangguh sehingga pembentangan bajet. Dan perkataan "tangguh" sangatlah berbeza dengan perkataan "batal" dan "mansuh".
  14.  
  15. Tapi begitulah, parti Islam ke tak Islam ke, selagi boleh hentam, hentam. Dan tak lupa juga, manifesto menjadi liabiliti. Manifesto untuk membebaskan media memberi kesan buruk apabila media hanya mahu tularkan 1% perkara daripada 90% idea besar yang lain. Media sangat berkesan untuk bentukkan cara fikir dan respon masyarakat. Apa boleh buat.
  16.  
  17. Kerja mendidik memang perit dan mengambil masa. Apabila masyarakat hanya mampu menonton video pendek namun tidak ada stamina untuk menonton video yang panjang, atau untuk duduk dan dengar dengan teliti, begitu juga stamina untuk baca berita penuh bukan kepala tajuk sahaja, menunjukkan bahawa pendidikan yang ada di tahap yang membimbangkan.
  18.  
  19. Saya kongsikan di sini 10 input penting yang dibahaskan menteri di Bicara Khas tempoh hari. Ini dikira sudah saya ringkaskan seringkas-ringkasnya.
  20.  
  21. 1. Pendidikan bermatlamatkan kebahagiaan. Menteri berkongsi tentang objektif pendidikan dan politik; iaitu kebahagiaan seperti mana disebutkan oleh tokoh-tokoh besar seperti Al-Ghazali dan Al-Farabi. Idea ini akan diserap masuk sebagai gagasan idea pendidikan yang baru.
  22.  
  23. 2. Pendidikan akan membuka lebih banyak peluang kepada golongan marginal seperti OKU dan penduduk luar bandar dengan memanfaatkan dunia sains dan teknologi.
  24.  
  25. 3. Kali ini pendidikan akan lebih banyak melibatkan keterlibatan sektor-sektor swasta dalam kerja-kerja memberikan perkhidmatan dan latihan industri, sekali gus membantu banyak terhadap penyediaan prasarana.
  26.  
  27. 4. Universiti sebagai medan intelektualisme terbuka. Pelajar dan ahli akademik tak usah lagi rasa takut dan tersekat, dan boleh merangka banyak aktiviti-aktiviti intelektual semester baru nanti.
  28.  
  29. 5. Pensisteman semula kes guru duka lara. Semua kes sedang diteliti satu persatu. Banyak guru minta pindah dari kawasan yang sangat kurang guru. Ketidakseimbangan berlaku kerana selama ini sistem kabel sangat kuat diamalkan.
  30.  
  31. 6. Ke arah satu sistem pra-universiti. Selama ini kita ada tiga sistem pra-universiti. Satu sistem pra-universiti sedang dirangka untuk dilaksanakan.
  32.  
  33. 7. MyBrain ditangguhkan buat sementara waktu. Penting kerana penstrukturan semula secara total sedang berjalan. Ditangguhkan buat sementara waktu bukan dibatalkan dan dimansuhkan.
  34.  
  35. 8. Fokus sekolah rendah selepas ini ialah pembinaan karakter dan pembentukan nilai-nilai murni, bukan ranking dan peperiksaan.
  36.  
  37. 9. Mengukuhkan lagi STEM bersepadu.
  38.  
  39. 10. Malaysia disasarkan menjadi negara membaca 2030. Menteri sendiri menjadi pengerusi kempen membaca besar-besaran dan beliau menyarankan ibu-bapa dan guru sama-sama mewujudkan keinginan membaca ini bermula dari peringkat paling penting iaitu di rumah.
  40.  
  41. Saya harap dengan dapat berita penuh ini, walaupun sudah tentu akan ada yang komen tanpa baca sampai habis pun, dapatlah dibincangkan secara menyeluruh dan kalau nak kritik, kritik sebagai orang yang memahami, bukan kritik 'tin kosong'.
  42.  
  43. Hafizul Faiz
  44. 28 Julai 2018
RAW Paste Data
We use cookies for various purposes including analytics. By continuing to use Pastebin, you agree to our use of cookies as described in the Cookies Policy. OK, I Understand
 
Top