Advertisement
ak47suk1

MEMAHAMI PINTU PINTU PENDUSTA AGAMA.. MENJAWAB KEJAHILAN HAJ

Mar 9th, 2020
256
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 11.48 KB | None | 0 0
  1. MEMAHAMI PINTU PINTU PENDUSTA AGAMA.. MENJAWAB KEJAHILAN HAJI HADI MENAFSIRKAN QURAN.....
  2. Bila ramai dari sahabat komen pasal pintu pintu.. pada mulanya aku tak faham, mereka ini bicara soal apa..rupanya mereka menyindir tulisan TG Haji Hadi Awang dengan membawakan kisah Nabi Ya'qub menyetuh firman Allah dalam surah Yusuf Ayat ke 67 dan mengaitkan dengan Demokrasi dan rampasan kuasa.. Haji hadi membawakan ayat..
  3. وَقَالَ يَا بَنِيَّ لَا تَدْخُلُوا مِنْ بَابٍ وَاحِدٍ وَادْخُلُوا مِنْ أَبْوَابٍ مُتَفَرِّقَةٍ
  4. " Dan Ya’qub berkata, "Hai anak-anakku, janganlah kalian (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang lain"
  5. Bila aku baca tulisan Haji Hadi.. Jelas lah ia jauh menyimpang dari tafsiran yang sebenar, dalam kaedah Fiqh ia boleh dikatakan perbandingan yang menyimpang “qiyas ma’al fariq ”... Malah Tg Haji Hadi telah menjual ayat ayat Allah dengan harga yang murah...
  6. sebagaimana firman Allah..
  7. وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلاً..
  8. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit....
  9. (Al-Maidah 44)
  10. Timbul persoalan, Apakah begitu Jahil Tg Haji Hadi mengaitkan Ayat Surah Yusuf 67 dengan rampasan Kuasa PAS bersama UMNO terhadap meruntuhkan kerajaan PH yang dipilih rakyat....
  11. Siapa yang membaca Kitab tafsir..tidak kiran tafsir Qurtubi mahupun Ibnu Katsir.. Jelas apa yang ditulis TG Haji Hadi itu adalah satu dari pintu pintu pendustaan oleh para penunggang Agama... iaitu menggunakan Ayat Allah untuk kepentingan Politik peribadi, biarpun rampasan kuasa ini satu perbuatan yang tidak bermoral malah menyalahi Prinsip Islam... Bukan hanya menyalahi Prinsip Islam..Kata Tok Guru Nik Aziz menyalahi prinsip Demokrasi..
  12. 2- TAFSIR IBNU KATSIR AYAT 67, SURAH YUSUF
  13. Jelas kalau kita membaca kitab tafsir.. Ayat ini menceritakan soal tipu helah menghindarkan diri mereka dari dizalimi , dan perbandingan paling tepat dengan mengaitkan sebagaimana dalam Sirah Nabi Ibrahim dan Sarah isterinya..
  14. Ayat ini menceritakan tentang Ingatan Nabi ya'qub itu supaya terhindar dari penglihatan mata orang yang hasad dengki atau mengalami hal-hal yang tidak diingini berlaku kerana ketampanan dan keterampilan anak Nabi yaqub itu seperti kecantikan Isteri Nabi Ibrahim Sarah..Dalam waktu yang sama agar Bunyamin sempat bertemu dengan Yusuf yang terpisah dari saudara-saudaranya yang lain...
  15. Disebutkan dalam satu riwayat tafsir Ibnu Katsir..
  16. " ابن عباس ومحمد بن كعب ومجاهد والضحاك وقتادة والسدي وغير واحد إنه خشي عليهم العين .."
  17. "وذلك أنهم كانوا ذوي جمال وهيئة حسنة ومنظر وبهاء فخشى عليهم أن يصيبهم الناس بعيونهم فإن العين حق .."
  18. Menurut Ibnu Abbas, Muhammad ibnu Ka'b, Mujahid, Ad-Dahhak, Qatadah, As-Saddi, dan lain-lainnya yang bukan hanya seorang, ingatan akan hal itu bagi menghindari 'ain (kesialan).
  19. " Demikian itu kerna mereka adalah orang-orang yang berketrampilan cantik dan mempunyai rupa yang tampan-serta kelihatan berwibawa. Maka Ya'qub Alahisallam merasa khawatir bila mereka tertimpa 'ain "disebabkan pandangan mata orang-orang. Karena sesungguhnya 'ain itu adalah benar.."
  20. dan antara kesimpulan Kebanyakan Ahli tafsir mengenai nasihat Nabi Ya'qub itu..
  21. قالوا.. هي دفع إصابة العين لهم
  22. Menurut banyak ulama tafsir.. Ya'qub melakukan hal itu untuk meng­hindarkan anak-anaknya dari terkena penyakit 'ain
  23. dan antara kesimpuan Kebanyakan Ahli tafsir mereka bersepakat mengatakan ianya disebabkan Penyakit A'in.. Bukan menyentuh Soal Politik dan demokrasi...
  24. 3- PERSAMAAN HELAH DAN TIPUDAYA NABI YAQUB DAN NABI IBRAHIM MENGHADAPI KERAJAAN YANG ZALIM..
  25. Kalau kita amati Ayat ke 67 Surah Yusuf, Ia hampir sama sepertimana tafsiran dalam Surah Al Anbiya ayat ke 62 dan Surah As-Saffat ayat ke 89 yang menceritakan kisah Nabi Ibrahim dan Isterinya sarah...
  26. Dalil inilah digunakan oleh Ulama PAS diperbolehkan Berhong..Sedangkan mereka sekali lagi memperalatkan ayat ayat Allah..sedangkan ianya dalah helah Nabi Ibrahim dalam mempertahankan Aqidahnya... Ia sama kedudukannya seperti taqiyyah atau Tawriyyah.. Sebagaimana firman Allah..
  27. {تَاللَّهِ لأكِيدَنَّ أَصْنَامَكُمْ}
  28. Demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhala kalian.
  29. (Al-Anbiya: 57)
  30. Dalam tafsiran Ayat ke 89 Surah As Saffat dibawakan Satu riwayat berkenaan tipudaya Nabi Ibrahim ini..
  31. حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْب، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، حَدَّثَنِي هِشَامٌ، عَنْ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ؛ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِﷺ قَالَ:
  32. "لَمْ يَكْذِبْ إِبْرَاهِيمُ، عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ، غَيْرَ ثَلَاثِ كَذْبَاتٍ: ثِنْتَيْنِ فِي ذَاتِ اللَّهِ، قَوْلُهُ: {إِنِّي سَقِيمٌ} ، وَقَوْلُهُ {بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ هَذَا} [الْأَنْبِيَاءِ: 62] ، وَقَوْلُهُ فِي سَارَةَ: هِيَ أُخْتِي"
  33. telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah, telah menceritakan kepadaku Hisyam, dari Muhammad, dari Abu Hurairah r.a..., bahwa Rasulullah ﷺ pernah bersabda:
  34. Nabi Ibrahim Alaihissalam tidak pernah berdusta kecuali dalam tiga perkara; dua di antaranya dalam membela Zat Allah, iaitu ucapannya, "Sesungguhnya aku sakit, " dan perkataannya, "Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya.” Dan perkataannya tentang Sarah, "Dia adalah saudara perempuanku...”
  35. dari riwayat ini dapat kita fahami, Bukan berbohong di dalam Politik itu dibenarkan...tetapi dalam diberikan keringanan mealui tipu helah bagi menyelamatkan Aqidah dan kepercayaan mereka..
  36. 4- KISAH NABI IBRAHIM DAN SARAH ISTERINYA ( SURAH AS-SAFFAT AYAT 89)
  37. Sebagaimana kisah dan pesanan Nabi Ya'qub kepada anak nya dalam satu riwayat lain, diceritakan dalam Tafsir Ibnu Katsir menyentuh ayat ke 89 Surah As-Saffat akan kisah ini...
  38. Di dalam kitab Sahihain disebutkan sebuah hadis melalui Hisyam ibnu Hissan, dari Muhammad ibnu Sirin, dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah ﷺ pernah bersabda :
  39. "وَبَيْنَا هُوَ يَسِيرُ فِي أرض جبار من الجبابرة ومعه سَارَةُ، إِذْ نَزَلَ مَنْزِلًا فَأَتَى الْجَبَّارَ رَجُلٌ، فَقَالَ: إِنَّهُ قَدْ نَزَلَ بِأَرْضِكَ رَجُلٌ مَعَهُ امْرَأَةٌ أَحْسَنُ النَّاسِ...
  40. Dan ketika Ibrahim sedang bepergian di suatu negeri yang berada di bawah kekuasaan seorang raja yang Zalim(lalim), saat itu (Nabi Ibrahim)membawa Sarah (isterinya) lalu ia turun untuk beristirahat di suatu tempat. Maka ada seseorang melaporkan kepada Raja Zalim itu..., bahawa sesungguhnya telah singgah di negerimu ini seorang lelaki dengan membawa seorang wanita yang paling cantik...
  41. Lalu Raja yang Zalim itu memanggil Nabi Ibrahim Mengadap... Berlakulah perbicaraan ini...
  42. فَقَالَ: مَا هَذِهِ الْمَرْأَةُ مِنْكَ؟ قَالَ: هِيَ أُخْتِي. قَالَ: فَاذْهَبْ فَأَرْسِلْ بِهَا إِلَيَّ،
  43. فَانْطَلَقَ إِلَى سَارَةَ فَقَالَ: إِنَّ هَذَا الْجَبَّارَ سَأَلَنِي عَنْكِ فَأَخْبَرْتُهُ أَنَّكِ أُخْتِي فَلَا تُكَذِّبِينِي عِنْدَهُ...
  44. " Berkata Raja itu : "Siapakah wanita yang kamu bawa itu?” Nabi Ibrahim Menjawab, "Saudara perempuanku.” Si raja berkata, "Pergilah kamu dan bawalah dia menghadap kepadaku.” Maka Ibrahim pergi menuju ke tempat Sarah "
  45. " lalu Nabi Ibrahim berkata kepadanya(sarah), "Sesungguhnya si raja Zalim ini telah bertanya kepadaku tentang kamu, saya jawab bahawa kamu adalah saudara perempuanku, maka janganlah kamu mendustakan aku di hadapannya. .. "
  46. Di dalam Hadis ini, Apakah sifat Nabi itu berbohong ? Tidak..Mustahil sifat bagi Nabi itu berbohong atau menipu..ia hanya tipu helah dalam Menyelamatkan Aqidah dan tauhid mereka kepada Allah... Apakah kata Nabi Ibrahim lagi ?
  47. فَإِنَّكِ أُخْتِي فِي كِتَابِ اللَّهِ، وَأَنَّهُ لَيْسَ فِي الْأَرْضِ مُسْلِمٌ غَيْرِي وَغَيْرُكِ..
  48. Kerana sesungguhnya Kamu adalah saudara perempuanku menurut Kitabullah. Dan sesungguhnya di muka bumi ini tiada seorang muslim pun selain aku dan kamu...”
  49. Jelas Nabi Ibrahim itu bukan berbohong.. tetapi ia dipanggil Taqiyyah dalam kefaham kelompok Syiah, dan Tawriyah dari kalangan kelompok Sunnah.... iaitu menyembunyikan Kebenaran dalam mempertahankan Nyawa dan Aqidah... Ia dibenarkan dalam Islam..
  50. 5 - BEZA ANTARA BOHONG(DUSTA) DAN TAWRIYAH..
  51. Dalam Ilmu Balaghah pun, Tawriyah difahami sebagai permainan kata kata.. maksudnya menyampaikan sesuatu perkataan dengan pelbagai makna.
  52. التّورية أن يذكر المتكلمُ لفظا مفردا له معنين..
  53. Penyebutan suatu kata yang mufrad, yang mempunyai dua makna...
  54. Jelas maksud Nabi Ibrahim mengakui sarah sebagai هِيَ أُخْتِي saudara itu,membawa maksud Saudara sesama Islam...lalu menyembunyikan kebenaran yang sarah itu adalah isterinya..
  55. Apa yang dilakukan Nik Abduh dan Ulama PAS sebelum ini menghalalkan pembohongan atas nama Nabi..itu sama seperti perbuatan Taqiyah kelompok Takfiri dan Rafidhah, iaitu mereka yang berdusta atas nama Nabi dengan membawa hadis2 Palsu..
  56. sebagaimana kata kata yang dinisbahkan kepada Imam Syafie..
  57. لَم أرَ أحدًا أشهدَ بالزُّور من الرافضة
  58. " tidak pernah aku melihat yang paling gemar bersaksi palsu melebihi orang Rafidhah.."
  59. Manakala Taqiyyah dan Kebohongan atas sebab ancaman nyawa dan Aqidah, ianya dibenarkan ..jika tidak wujud ancaman ini kita tidak diperbolehkan berbohong.. hatta kita hari ini bukan lagi dalam situasi menghadapi Kerajaan atau raja yang Zalim yang memerangi Aqidah dan kepercayaan kita..... Sebagaimana firman Allah..
  60. إلا من أكره وقلبه مطمئن بالإيمان..
  61. kecuali bagi orang yang dipaksa (untuk mengatakan kekafiran) namun hatinya tetap kukuh dalam iman.."
  62. Surah An Nahl ayat 106
  63. 6- ULAMA YANG BERBOHONG ATAS NAMA AGAMA
  64. Bagaimana perbuatan Mungkar rampasan kuasa dikaitkan dengan kisah Nabi ya'qub... kalau itu Hujjahnya, Israel menzalimi Palestine dan menganggap Tanah Suci itu hak mereka.. Maka mereka Bani Israel lebih berhak keatas Nabi Ya'qub..
  65. Begitu juga rampasan kuasa Asisi terhadap kerajaan FJP sayap Politik Ikhwanul Muslimin....Asisi merampas kuasa dari Morsi, Hatta rampasan kuasa di Perak dulu mereka menggunakan Pintu pintu yang sama seperti Haji Hadi.. Ini satu pengkhianatan ekpada amanah Rakyat..
  66. Memang benar Ungkapan di dalam Khutbah sheikh said ramadhan Al Bhuti mengingatkan Ummat Islam akan kemunculan kelompok Islamis yang akan mejadikan Syariat Allah sebagai khadam atau alat bagi mencapai cita cita Politiknya...
  67. Hari ini Allah perlihatkan dihadapan kita akan kebenaran kata kata Sheikh said RamadhanA Bhuti itu..Berkata Sheikh said Ramadhan di dalam Khutbahnya..
  68. يتخذون من شرائع الله وأحكامه خادماً لإيصالهم إلى مبتغياتهم السياسية المختلفة..
  69. Mereka ini(Kelompok Islamiyyin) menjadikan hukum dan Syariat Allah , sebagai Khadam(Alat) bagi mencapai pelbagai tujuan tujuan Politik.."
  70. Ipohmali
  71. Tazkirah Petang Isnin
  72. 9 MAC 2020
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement