ak47suk1

zikir tarian sufi

Jan 25th, 2016
270
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 1.60 KB | None | 0 0
  1. 1) Diskusi berkaitan zikir tarian sufi. Saya bawakan fatwa Ibn Hajar Al-Haitami yang memfatwakan ada asal berdasarkan perbuatan Ja'far bin Abi Tholib di hadapan Nabi dan Baginda tidak mengingkarinya.
  2.  
  3. 2) Kemudian mereka membawa perkataan Sheikh Izuddin Bin Abdissalam yang membid'ahkannya dan saya membawa perkataan Ibn Taimiyyah dan Az-Zahabi yang menghuraikan perkataan Syeikh Izuddin Bin Abdissalam.
  4.  
  5. 2) 'Ala kulli hal, Saya tidak ada masalah untuk menerima perbezaan pandangan ulama dalam masalah ini. Pada hemat saya ia adalah khilaf muktabar. Saya bukanlah ahli sufi yang mengikuti majlis zikir seumpama itu tetapi saya tidak akan menuduh saudara saya sebagai sesat kerana di sana masih ada fatwa dan sandaran pada mereka.
  6.  
  7. 3) Saya hanya mintak kepada ikhwah pendokong wahhabi untuk menerima pandangan Ibn Hajar Al-Haitami dengan ertikata berlapang dada meraikan perbezaan pandangan para ulama' di dalam satu-satu perkara.
  8.  
  9. 4) Apa yang berlaku? Mereka tetap juga menolak untuk menerima pandangan yang tidak selari dengan ideologi dan pemahaman mereka dan tetap akan membid'ahkan (baca menyesatkan) orang lain.
  10.  
  11. 5) Maka inilah yang kami maksudkan sikap Wahhabi. Mereka Wahhabi bukan kerana mereka tidak buat tahlilan, yasinan, qunut subuh, zikir menari tetapi mereka digelar wahhabi kerana sikap mereka di dalam berinteraksi dengan khilaf ulama'.
  12.  
  13. 6) Kita Ahlul Sunnah Wal Jama'ah berjalan di atas kaedah ulama kita iaitu ;
  14.  
  15. الاجتهاد لا ينقض بالاجتهاد
  16.  
  17. "Ijtihad (ulama' mujtahid) tidak akan dibatalkan dengan ijtihad (ulama' mujtahid yang lain)"
  18.  
  19. Saudaramu,
  20.  
  21. Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment