Not a member of Pastebin yet?
Sign Up,
it unlocks many cool features!
- {WASIAT SHEIKH ABDULLAH FAHIM TENTANG WAHHABI KHAWARIJ DI MALAYSIA}
- بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أما بعد
- # Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se-Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga ke peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri hingga raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab Al-Imam As-Syafi`ie ijma`an (secara ijma') tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi`i (يحرم خرق الإجماع / diharamkan menyalahi ijma`).
- # Ambil mereka itu hukum-hukum fiqh Syafi`ie daripada kitab Tuhfah dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasoratnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabilal Muhtadin, Bughyatut Thullab dan Mathla`ul Badrain dan lainnya.
- Usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari diambilkan daripada syuruh dan hawasyi Ummul Barahin dan Jawharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu.
- # Ilmu tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhajul 'Abidin, Ihya` Ulumiddin dan terjemahnya kepada Melayu seperti Siyarus Salikin.
- # Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya segala hukum dalamnya kesemua mustanbath(yg di ambil/dikeluarkan hukum) daripada Quran dan hadis yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-u ajilla` (ulama yang terkemuka) diamal dengan dia sudah lebih daripada 1000 tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.
- # Sekarang sudah ada timbul di Malaya MAZHAB KHAWARIJ yakni mazhab yang KELUAR dari mazhab 4 mazhab AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH. Maksud mereka itu hendak mengelirukan fahaman awam yang sebati dan hendak MEROBOHKAN pakatan Bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakkan bangsa melayu.
- # Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim Al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlussunnah wal jama'ah.
- # Tuan-tuan bangsa melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.
- Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seseorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia. "INTAHA(Tamat).
- Petikan daripada buku tokoh-tokoh ulama' Melayu dan buku tokoh-tokoh ulama' Semenanjung Melayu (2)
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment