Advertisement
ak47suk1

#Lawan kenapa demo?

Jul 31st, 2021
84
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 1.49 KB | None | 0 0
  1. Ada kata buka parlimen menyebabkan kes naik.
  2. Ada sebut demonstrasi menyebabkan kes naik.
  3. Dia lupa nak sebut duduk rumah dah hampir 500 hari dah pun kes tetap naik.
  4.  
  5. Malah lebih teruk, kerajaan menunggang peningkatan itu untuk mengetepikan institusi terpenting negara seperti parlimen dan institusi raja-raja.
  6.  
  7. Tak setuju dengan demonstrasi tidak apa. Kami sangat faham dan tidak mengharapkan apa yang kami buat ini akan dipersetujui oleh semua pihak. Kami tidak mendesak dan memaksa orang untuk sama-sama turun. Malah mungkin ada yang turun tak setuju satu atau dua tuntutan kami, tetapi kita sepakat bahawa kerajaan ini adalah #kerajaangagal.
  8.  
  9. Kami juga sedar bahawa dengan berdiam diri tidak mengubah apa-apa. Lebih baik kami mendesak dengan cara ini. Dan desakan ini bukanlah yang terakhir. Institusi negara sedang dirobohkan. Parlimen ditutup selama tujuh bulan. Dibuka empat hari kemudian ditutup semula! Anda ada cara anda, maka silakan. Jika boleh disokong kami akan sokong asal saja pemimpin tidak layak dan kerajaan pekak tidak lagi di puncak.
  10.  
  11. Adakah kami protes hari-hari? Sudah tentu tidak. Kami mungkin maki kerajaan gagal hari-hari. Namun setiap hari lain ada di antara kami yang membantu petugas barisan hadapan. Ada yang malah memang petugas barisan hadapan pun. Ada yang mengagih bahan bantuan kepada mereka yang mengibar bendera putih. Ada yang membantu rakyat dengan cara masing-masing.
  12.  
  13. Tetapi, apabila suara dibungkam dan kritik ditolak tanpa alasan. Maka hanya satu kata; #Lawan!
  14.  
  15. CP
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement