Guest User

Ramada Kali Ini

a guest
Jun 3rd, 2020
525
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.13 KB | None | 0 0
  1. Bismillahirrahmanirahim,
  2.  
  3. Tulisan ini bukan sahaja dinukilkan oleh persona untuk menyempurnakan penglibatannya dalam pertandingan yang dianjurkan tetapi tulisan ini juga merupakan sebuah luahan singkat persona yang musnah ditelan waktu. Nukilan ini juga membicarakan soal keluarga, agama, alam dan semuanya berkait dengan takdir. Judul diberikan oleh pengkarya adalah ‘Ramadan Kali Ini’.
  4.  
  5. Baca dengan hati yang terbuka kerana apabila penulis menulis, mata dan hatinya tidak pernah tertutup.
  6.  
  7. Setiap tahun, ramadan akan berlalu pergi. Tidak seperti kita bila pergi akan selama-lamanya pergi. Namun, ramadan kali ini sungguh berbeza. Ramadan kali ini menyepikan kiblat agama (Masjidil Haram), menyuramkan pelukan, membencikan salaman, memudarkan adat, mengelamkan suasana ramadan seperti mana yang kita sudah terbiasa bahkan yang selalu kita ternanti-nanti. Ramadan kali ini juga hadir dengan jutaan jeritan, ribuan tangisan dan ratusan kasih yang mati terkapar. Jalan seharian ditempuh dengan penuh ujian.
  8.  
  9. Jalan belok ke kiri menuju ke kampung sejenak terbayang di mataku. Di mana tempat kami sekeluarga berkumpul sejak puluhan tahun dahulu. Pucuk padi menari dengan lemah gemalai ditemani daun nyiur yang melambai-lambai dialun sang angin. Masih lagi aku terbayang keindahan di malam hari tatkala cengkerik bersahutan berbunyi. Irama yang sungguh merdu, pengubat sunyi dan penghilang rasa sepi. Saat paling indah ialah apabila berbuka puasa. Sayur lemak berpasangkan ikan goreng. Itulah hidangan yang menjadi kegemaran nenda. Tambah gembira lagi apabila anak-anaknya berkumpul sepertimana pada ramadan-ramadan yang lalu. Namun ramadan kali ini membuatkan perkara itu dimustahilkan. Pudarlah satu kebiasaan yang dilakukan oleh semua keluarga di bulan ramadan, iaitu berbuka puasa di kampung bersama orang tua mereka. Sambil duduk di atas kerusi malasnya, nenda menghitung hari-hari menunggu ketibaan anak cucunya di kampung. Namun hari-hari itu tidak tiba, gugurnya harapan nenda untuk bergurau senda bersama cucu sepertimana gugurnya dedaun kering di halaman rumahnya yang usang itu.
  10.  
  11. Seperti yang kita tahu, ramadan adalah bulan di mana kita mencari keredha-Nya. Soalku dalam nurani bersama tempias dosa-dosa hitam yang melata. “Adakah sujudku sempurna? Dan Adakah taubatku diterima?”.Takdir telah ditulis oleh sebaik-baik Perancang dan Penentu. Ramadan kali ini mengajar kita supaya menjiwai lukisan alam. Mendidik kita untuk menghayati agar jiwa ini bisa tunduk untuk mengakui bahawasanya semua ini adalah kiasan cinta yang tiada tandingi. Allahuakbar, betapa besarnya keagungan Ar-Rahman. Indah, terhampar, walau bisu tanpa kata, namun bermakna. Yang paling dalam di dasar hati adalah cinta dan kasih sayang kepada Pencipta. Bukan dunia. Wabak coronavirus mewujudkan satu keadaan dimana semua individu perlu menjarakkan diri antara satu sama lain. Namun jarak inilah yang mendekatkan kita dengan-Nya.
  12.  
  13. Sesungguhnya, Ramadan Kali Ini mengenangkan aku pada ramadan yang lalu. Namun, Ramadan Kali Ini lebih bermakna dari ramadan-ramadan yang lalu.
  14.  
  15. Terima kasih Allah, pinjamkan nurbisa. Salam literasi.
  16.  
  17. Sebuah catatan dari kamar seni,
  18. Kubang Kerian,
  19. 3 Jun 2020
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment