ak47suk1

wahhabi bermazhab 2

Feb 29th, 2016
238
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 2.62 KB | None | 0 0
  1. #‎Wahhabi‬ di Mekah mengaku mereka bermazhab Hanbali. Wahhabi di Malaysia mereka mengaku bermazhab syafie. Ternyata mereka sedang menipu. Mereka ingin menyembunyikan identiti mereka di atas nama mazhab. Jika mereka bermazhab dengan mana-mana mazhab atau sekalipun mereka tidak terikat kepada satu mazhab (mazhab rojak) maka ia bercanggah dengan slogan mereka kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
  2.  
  3. ‪#‎Mana‬ mungkin untuk berpegang dengan pandangan mazhab atau ulama' dan dalam masa yang sama menyeru berijtihad terus kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Melainkan mereka akan mencari pandangan mazhab yang selari dengan mereka untuk mempertahankan fahaman mereka dalam satu-satu hukum hakam agama.
  4.  
  5. ‪#‎Sebenarnya‬ manhaj Wahhabi tidak boleh terikat kepada mazhab atau terikat kepada mana-mana pandangan ulama' kerana pada mereka ulama' tidak maksum dan Islam tidak menyuruh untuk mengikuti para ulama tetapi menyuruh untuk mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka mewajibkan untuk berijtihad kepada semua orang. Nama je ijtihad tapi sebenarnya mereka taqlid kepada kefahaman tokoh-tokoh mereka terutama Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim.
  6.  
  7. ‪#‎Manhaj‬ Wahhabi adalah tidak bermazhab atau disebut alla mazhabiyyah. Ini dapat difahami melalui kitab Prof Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti yang menulis kitab menolak fahaman mereka berjudul اللامذهبية أخطر البدعة تهدد الشريعة الإسلامية {Tidak bermazhab bid'ah yang paling bahaya akan menghancurkan syariat Islam}.
  8.  
  9. ‪#‎Tujuan‬ mereka adalah untuk mengelaburi mata masyarakat Islam bahawa mereka juga bermazhab dan mengikuti para ulama. Mereka sedar bahawa masyarakat Islam umumnya tidak dapat menerima aliran tidak bermazhab kerana para ulama kita yang besar-besar tidak sunyi daripada bermazhab. Bahkan golongan ini yang dikenali sebagai kaum muda pada zaman dahulu ditolak oleh masyarakat Islam Tanah Melayu.
  10.  
  11. ‪#‎Saya‬ kongsikan Fatwa Imam al-'Allamah al-Sheikh Muhammad ibn Abdullah ibn Humayd al-Najdi al-Hanbali, Mufti Mazhab Hanbali di Mekah al-Mukarramah (w1295h). Beliau menyatakan bahawa pengasas aliran Wahhabi tidak menerima pendapat melainkan dua orang sahaja iaitu Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim.
  12.  
  13. ‪#‎Akhirnya‬ dapat difahami fahaman Wahhabi berdasarkan pemahaman dua tokoh ini kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Maka kita menolak mereka bukan bererti kita menolak Al-Quran dan As-Sunnah tetapi kita menolak kefahaman mereka dan memilih pemahaman jumhur (majoriti) Para Ulama' Mujtahidin Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.
  14.  
  15. Mazhab fiqh benteng syariat,
  16. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  17. Usuluddin Akidah dan Falsafah
  18. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment