Advertisement
ak47suk1

BAHAYA FITNAH WAHHABI

Feb 28th, 2016
89
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 4.48 KB | None | 0 0
  1. {BAHAYA FITNAH WAHHABI OLEH SHEIKH 'UTHMAN JALALUDDIN PENANTI}
  2.  
  3. # Perkataan di bawah adalah perkataan asal Syeikh Uthman Jalal al-Din bin Muhammad bin Abd al-Samad al-Kelantani atau lebih dikenali sebagai Syaikh Uthman Jalaluddin Penanti telah merakamkan di dalam dua buah kitab beliau berkenaan golongan Wahabi.
  4.  
  5. # Isu Wahhabi bukan isu baru dan para ulama' kita yang menetap dan mengambil ilmu mereka di Mekah pada zaman dahulu lebih mengenali sejarah Wahhabi berbanding kita pada hari ini. Bahkan ulama' jawi kita telah merakamkan di dalam kitab-kitab mereka.
  6.  
  7. # Justeru, Wahhabi sangat memusuhi guru pondok dan pengajian pondok. Kerena sejarah dan fitnah Wahhabi telah dinaqalkan daripada satu zaman kepada satu zaman sehingga kepada kita pada hari ini secara bersambung sanadnya.
  8.  
  9. # Kealiman dan kewarakan para ulama' dahulu yang jauh daripada kepentingan duniawi sayugia dipegang perkataan mereka berbanding Ustaz-Ustaz kita pada hari ini yang mencari kedudukan dan kemasyhuran dunia dengan agama.
  10.  
  11. # Kita ikuti dan hayati perkataan ulama' jawi kita seperti berikut ;
  12.  
  13. {1} Di dalam kitab al-Durrahal Nafi'ah fi Aysratal Sa'ah, bab Kenyataan Alamat Kiamat Yang Telah Jatuh, beliau telah menyatakan:
  14.  
  15. .......Puak Mariqin (yang mencarikkan dan yang merosakkan agama) dan telah menyuruh oleh Nabi صلى الله عليه وسلم akan bahawa kami berperang bersama - sama dengan 'Ali akan puak Mariqin itu, maka tiada kami lihat akan mereka itu kemudian daripada itu. Maka difaham daripada hadith ini bahawasanya zaman segala sahabat Nabi ada puak yang merosakkan agama, maka istimewa pula pada masa kita ini.
  16.  
  17. Dan diriwayat daripada Abi Sa'id akan hadis yang marfu' (yang berhubung sanadnya dengan Nabi) bahawasanya lagi akan dikeluarkan daripada ahli puak Mariqin ini oleh satu kaum yang membaca ia akan kitab Allah (al-Quran) pada hal otaknya masih basah, maka tiada melampaui ia akan halqum mereka itu (di dalam hati) bahkan pada mulut jua, lagi mencarik oleh mereka itu akan agama sebagaimana mencarik oleh anak panah akan tempat lontar, lagi membunuh mereka itu akan ahli Islam dan meninggalkan oleh mereka itu akan segala kafir yang menyembah akan berhala daripada bunuh.
  18.  
  19. Bersabda Nabi: "Demi Allah, jikalau aku dapat akan mereka itu di dalammasa aku, nescaya aku bunuh akan mereka itu sebagai bunuh kaum 'Aad dan kaum Thamud." Dan dikehendakkan dengan suatu kaum itu ialah kaum yang keluar daripada Ahlus Sunnah wal Jama'ah seperti kaum Wahabi dan kaum Rafidhi dan yang lain daripada mereka itu, kerana diriwayat hadis Ibnu 'Umar daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda ia akan keluar oleh manusia daripadapihak masyriq Madinah, hal keadaan mereka itu membaca oleh mereka itu akan Quran padahal tiada melampaui ia akan segala halqum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya digantikan oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan keluar Dajjal bersama-sama dengan Nabi 'Isa a.s. Kerana puak Wahabi dan Rafidhi itu diam mereka itu pada pihak masyriq Makkah Madinah dan mereka itulah membaca akan Quran tiada melampaui ia akan halqum mereka itu. Bahkan pada mulut jua, tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menyuruh ia akan mereka itu.
  20.  
  21. {Uthman Jalal al-Dinb. Muhammad (t.t), al-Durrah al-Nafi`ah fi Asyrat al-Sa`ah, c. 2, Penang: Zi United Press, h. 15-16}.
  22.  
  23. {2} Di dalam kitab Matali' al-Anwar wa Majami' al-Azhar pada halaman 170, beliau menyatakan:
  24.  
  25. "Sesungguhnya kami mulai belajar furu' syariat dan lain-lainnya padatahun 1311H. Maka dalam masa yang tersebut itu tiada satu perubahan perkaraagama daripada kaum kami bahkan bertaqlid mereka itu bagi salah suatu daripada mazhab yang 4 dan banyak ulama'-ulama' yang besar padanya. Dan tatkala adalah pada tahun 1319H kami mula bermukim dalam Mekah 4 tahun. Maka tidaklah kami mendapatkan padanya suatu perubahan perkara agama daripada kaum kami, maka menimbang oleh kami dengan belajar furu' syari'at dan alatnya 11 tahun. Kemudian pada tahun 1341H kami kembali bermukim dalam Mekah pula.
  26.  
  27. Maka tiada juga padanya suatu perubahan perkara agama. Kemudian tatkala adalah pada tahun 1343H mengambil oleh kaum Wahabi akan Mekah dan Madinah, maka tatkala adalah pada tahun 1351H maka kami turun ke Jawi pula. Maka kami mendapat padanya berpecah-pecah kaum kami beberapa puak dan beberapa perselisihan diantara mereka itu"
  28.  
  29. {Uthman Jalal al-Din bin Muhammad (t.t), Matali` al-Anwar wa Majami`al-Azhar, Patani: Kedai Kitab Ihya’`Ulum al-Din, h. 169-170}.
  30.  
  31. Nukilan,
  32. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement