ak47suk1

Ubat vs supplement

Apr 19th, 2017
109
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.57 KB | None | 0 0
  1. Viral satu gambar beza antara ubat dan supplement
  2.  
  3. Admin tergelak tengok slide yang dibuat tanpa menggunakan fakta. Ia lebih kepada auta seorang yang tidak mengetahui ilmu perubatan. Ilmu banyak jenis ilmu, kau takkan tahu tentang ilmu tersebut sampailah kau belajar dan berkerja dalam bidang tersebut.
  4.  
  5. Ilmu perubatan bukan ilmu cap ayam yang kau dapat tepi kedai ataupun kau google daripada internet dan esoknya kau dah jadi pandai. Ilmu perubatan adalah ilmu yang kompleks. Setakat ilmu penjual supplement, itu level aras2 hujung jari kaki je jika hendak dibandingkan dengan ilmu orang yang pakar dalam bidang perubatan.
  6.  
  7. Kita masuk penerangan dalam gambar tu.
  8.  
  9. 1) Ubat bukan daripada bahan semula jadi
  10.  
  11. Ini adalah alasan orang JAHIL MURAKKAB. Hasil penemuan ubat adalah daripada kajian terhadap tumbuhan. Ubat kencing manis seperti metformin adalah kajian kepada tumbuhan yang bernama Galega officinalis. Dalam Galega ada satu kompaun bernama gunidine. Tetapi disebabkan ia terlampau toksik kepada manusia, maka satu kompaun sintetik yang mengabungkan dua gunidine menjadi satu dihasilkan. Biguanide terbukti selamat kepada manusia jika digunakan dengan dose yang betul. Ko ingat ubat sintetik je ke yang bahaya.
  12.  
  13. 2) Ejen2 kuat mengganggu tindak balas biokimia
  14.  
  15. Tahu tak dalam ubat ia akan ada satu sahaja kompaun yang aktif. Sebagai contohnya jika ubat kencing manis seperti metformin dia akan ada biguanide sahaja. Takkan ada kompaun yang lain. Kita boleh kawal dose dia. Dan kita tahu kat mana dia akan bertindak.
  16.  
  17. Bahkan kita boleh bagi antidote jika kompaun tersebut terlebih dose.
  18.  
  19. Kalau ambil supplement, berapa ratus kompaun yang ada dalam tu. Terutamanya supplement yang campur 3 in 1, 10 in 1 dan sebagainya. Semua nak combine dalam satu botol. Setiap satu kompaun ada cara tindakkan dan mengganggu enzyme yang lain. Dan kalau overdose pun kau tak tahu kompaun mana yang overdose dan antidote mana yang kau nak beri. Free2 je mati macam tu je.
  20.  
  21. 3) Bertindak cepat dan menakjubkan
  22.  
  23. Ini aku tak kisah. Ada ubat yang bertindak lambat dan ada ubat yang cepat. Tapi kita memang dah kaji berapa lama dan berapa banyak dia akan jadi tinggi dalam darah. Dose yang kita bagi pun akan dikawal. Supplement ni kau main telan je
  24.  
  25. 4) Jika disalah guna boleh membawa maut
  26.  
  27. Ini memang betul. Ambil apa2 benda pun kalau lebih boleh membawa maut. Ambil air lebih pun boleh bawak maut
  28.  
  29. 5) Merawat kesan penyakit bukan punca penyakit
  30.  
  31. Ini adalah kenyataan yang paling salah di dunia. Hanya orang yang jahil dalam bidang perubatan sahaja akan mengeluarkan kenyataan ini.
  32.  
  33. Setiap ubat yang diberikan mempunyai alasan tersendiri apabila kita beri.
  34.  
  35. Contoh jika kita beri antibiotic. Maksudnya kita beri atas alasan untuk membunuh jangkitan bakteria yang boleh mengancam pesakit. Ini adalah ubat yang menyembuhkan. Tipu kalau tidak ubat dalam perubatan moden yang tidak menyembuhkan
  36.  
  37. Ubat kencing manis pula diberi atas kapasiti untuk mengawal kencing manis. Jika seseorang pesakit kencing manis boleh mengawal makanan dan bacaan gula dapat dikawal dengan baik, maka, ubat tidak perlu diberikan. Tetapi orang Malaysia nih nak senang. Makan tak kawal, ubat tak makan. Tapi nak kencing manis sembuh 100%. Tu yang bodoh2 kena tipu dengan penjual supplement. Dia ingat kencing manis dia boleh disembuhkan dengan supplement tu ke. Pastu salahkan ubat hospital tak mengubati. Hanya tahan sakit sahaja
  38.  
  39. Kau tengok dulu cara kau mentedarah macam mana. Kau tu yang salah. Semua benda manis kau nak makan. Bila kena kencing manis dan kena makan ubat, mulahlah malas dan percaya benda2 mengarut.
  40.  
  41. Dah. Admin malas nak tulis lagi.
  42.  
  43. -DHA-
Add Comment
Please, Sign In to add comment