Advertisement
ak47suk1

Siri AEFI - ECZEMA: Part 2(pathophysiology)

Jun 21st, 2016
147
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 7.20 KB | None | 0 0
  1. Siri AEFI - ECZEMA: Part 2(pathophysiology)
  2.  
  3. source: https://www.facebook.com/ibn.freena/posts/157302231352627
  4.  
  5. Ada juga yang bertanya, apa pekdah saya tulis panjang2. Satu adalah kerana information(daripada tak tahu jadi TAHU) dan awareness(ingatkan tahu tapi rupanya maklumat salah ataupon berdasarkan sesuatu yang tidak berdasarkan fakta). So saya share apa yang saya TAHU. Sebab kalau saya share tidak berlandaskan adab ilmu tersebut(berguru dan factual), tentu ada balasan untuk saya kelak. Kalau saya share something yang saya sendiri tidak tahu, tidak ahli atau pon tidak mahu bertanggunjawab terhadap perkongsian tersebut, maka tiada bezalah saya dengan golongan2 jahil murakkab yang sentiasa menyesatkan dan menyebarkan ilmu yang boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat(*cough*group*Masyarakat*Kena*Tahu*cough). Apa yang saya share ini dipelajari biasanya pada tahun satu dan tahun 3,4 dan 5 ketika posting clinical Internal Medicine(dermatology) jika belajar medic.
  6.  
  7. So to reemphasize, betolkah eczema adalah salah satu kesan AEFI? Untuk membuat tuduhan tersebut kena la berfakta dan secara scientific. The best thing about science is that IT IS TRUE even when you dont BELIEVE in it. As from part 1, kita perlu paham bagaimana hypersensitivity dan atopy diseases(rhinitis atau resdung, asthma dan eczema) itu sendiri terbentuk dan berlaku sebelom nak tuduh apa yang menjadi PUNCA and causes of it. Nak tuduh orang mencuri ke, orang berzina ke, orang terima rasuah ke, semua perlukan bukti dan saksi. Bukan main tuduh sahaja just because thing happens around the same time the eczema happens. Macam mana boleh tuduh kalau anda sendiri tidak faham apakah itu eczema?
  8.  
  9. ***********************************
  10.  
  11. Immune system badan kita terdiri drpd beberapa jenis cell. Byk jenis actually tapi supaya yang pembaca tak muntah darah membaca article ini, saya akan discuss about mainly 2 things yang berperanan dalam eczema:
  12.  
  13. 1) B cell - humoral mediated( cell immune ini bertanggungjawab untuk menghasilkan memory cell dan ANTIBODIES)
  14.  
  15. 2) T cell - cell-mediated( cell immune ini TIDAK menghasilkan antibodi. Ada banyak jenis tapi apa yang kita discuss dalam ni adalah jenis helper T cell yang berfungsi sebagai polis or survailance. Dia akan akan dapat mengarahkan antibodi dan cell2 lain kearah kuman ke, antigen ke, antibodi ke. Haa keje dia order orang suruh pergi buat kerja. Dia pon circulate dan pusing dalam badan kita)
  16.  
  17. T cell ini pula dihasilkan didalam sum2 tulang(bone marrow) dan akan develop and mature in the thymus(organ dalam badan kita - Abu Hannah selalu paste fakta ini as if macam dia yang buat the discovery lol). Ia juga circulate(pusing) dalam darah mcm polis. So dia akan melalui proses development and maturity(matang utk bertugas). Sebelom dia matang dia dikenali sebagai Th° sebab dia belum mature untuk bertugas.
  18.  
  19. Berdasarkan 'hygiene hypothesis' yang kita bincangkan dalam Part 1, setiap kali badan kita exposed to kuman ke, antigen ke, microbes ke(mahkluk2 kecil yg tidak dpt dilihat dengan mata kasar), immune system kita akan bertindak terhadap microbes tersebut. Disini Th° tersebut akan develop, mature and differentiate. Seseorang yang diexposed setiap hari dengan 20-30k microbes sudah tentunya reaksi badan mereka berbeza dengan mereka yang hanya diexposed dengan 1-2k microbes setiap hari. Maka development T cell itu sendiri akan berubah.
  20.  
  21. Contoh 1: Bila biasa diexposed dengan pelbagai microbes 20-30k sehari, Th° tersebut akan akan differentiate to Th1. Th1 ni bagus sebab sila ingat semula function T cell tersebut. Kerja dia cari microbes, dah tu panggil cell2 immune lain utk lawan microbes, bgtau B cell buat antibodies untuk lawan then bila dah abeh lawan dan settle kerja tersebut, dia juga yang akan suruh cell2 tu balik rumah. Jangan lepak situ dah atau jangan buat keje takde pekdah kat lokasi tersebut. A good differentiated type of cell.
  22.  
  23. Contoh 2: Bila hanya exposed tiap2 hari dgn 1-2k microbes(walaupon berkemampuan nak handle 20-30k), T cell yang akan melawan akan differentiate into Th2. Th2 ni kasar skek. Dia buat juga apa kerja Th1 tapi bila dah abeh kerja, dia tak halau cell2 tu balik umah atau dia biar je cell2 tu lepak situ. Th2 juga akan panggil cell2 immune lebih byk, lebih ganas dan lebih cepat berbanding Th1 walaupon kuman yang dtg tu 2-3 ekor je. Tapi dia bawak satu kampung. Haa. Nakal dia ni. Dia ni juga lah yang menyebabkan hypersensitivity disorder tersebut sebab tak dapat nak stop cell2 immune lain drpd over reacting atau sensitive sangat. Dalam eczema ini lah yang berlaku!
  24.  
  25. ***********************************
  26.  
  27. Remember about thymus dgn Abu Hannah? Haa thymus ni pulak(yang merupakan dimana T cell mature) akan mula mengecut dan tidak berfungsi menjelang kanak2 tersebut akil baligh(puberty). T cell selepas umur itu mostly akan develop dan lepak dalam lymph node yang terdapat diserata tubuh badan kita. So dia takkan senang2 develop drpd Th° kepada Th2 berbanding ketika mereka mature didalam thymus. Sebab itu jugalah kebanyakan mereka(90%) yang mengalami eczema tiada lagi eczema selepas mencapai umur puberty tersebut. Ya memang bukan semua(100%). Masih ada segelintir yang mempunyai condition tersebut hinggalah dewasa atau even adulthood. Itu adalah kerana masih terdapat lagi development dan role of Th2 in promoting the hypersensitivity reaction.
  28.  
  29. Another part of the 'hygiene hypothesis' tersebut adalah dimana older siblings ataupon anak tunggal lebih tinggi risiko mempunyai eczema macam dalam gambar bwh. Ianya disebabkan anak pertama atau anak tunggal, environment mereka jauh terlalu bersih atau tidak exposed(parents yang dah ada anak sendiri boleh lihat phenomena ini). Anak pertama ditatang bagai minyak penuh so everything will be made proper, sterile and hygienic. Sama mcm anak tunggal. Berbanding pula mereka yang ada adik beradik dimana anak pertama dilindungi, anak kedua atau ketiga pula diexposed kepada sibling mereka sendiri yang belom tentu bersih(sebab dah besar) maka mereka lebih diexposed dengan enviroment dan manusia sendiri yang jauh lebih byk microbes berbanding mereka yang merupakan anak pertama ataupon anak tunggal.
  30.  
  31. Sebab itu kita dapat lihat anak pertama dan anak tunggal mereka yang mempunyai lebih banyak kes atopy. Terutamanya eczema. Tetapi benda ini disalah faham oleh golongan antivax. Mesti pernah dengar mereka berkata:
  32.  
  33. "Anak first full vacc ada eczema"
  34. "Anak second separuh vacc takde eczema"
  35. "Anak ketiga tak vacc langsung takde eczema. Kulit putih licin bak Mira Filzah"
  36.  
  37. Pernah baca kan? Mereka wrongly associate vaccine and the onset of eczema walhal perkara itu sudah pon dikaji dan dibuktikan scientifically. Sebab kenapa onset at that particular age pulak saya akan cover in Part 3, dimana kita akan discuss Eczema itself, macam mana nak kenal, macam nak bezakan, macam mana nampak mcm eczema tapi yang buat teruk tu bukan kerana the hypersensitivity itself. The whole thing.
  38.  
  39. JazakAllah.
  40.  
  41. References:
  42.  
  43. Nelson's Paediatrics 20th Edition
  44.  
  45. http://www.innerbody.com/image_endoov/lymp04-new.html
  46.  
  47. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2841828/
  48.  
  49. http://m.ije.oxfordjournals.org/content/33/1/199.full
  50.  
  51. http://www.npr.org/…/kids-allergies-and-a-possible-downside…
  52.  
  53. http://www.nature.com/cr/journal/v22/n8/full/cr201265a.html
  54.  
  55. http://www.medscape.org/viewarticle/452170
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement