Advertisement
ak47suk1

menjawab hujah pro-disease: vaccine shedding

Jul 18th, 2016
213
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 5.25 KB | None | 0 0
  1. Seperkara mengenai shedding yang perlu kita tegaskan,
  2.  
  3. Shedding bukanlah cara semulajadi jangkitan merebak. Jangkitan, tetap terbaik merebak secara semulajadinya.
  4.  
  5. Saya ambil contoh, measles. Jangkitan measles berlaku melalui titisan udara, bersin, pernafasan. Ini cara natural measles merebak.
  6.  
  7. Shedding melalui MMR? Secara teori possible. Tetapi rare, malah tidak pernah dibuktikan pun.
  8.  
  9. Jika kita meneliti hujah golongan antivaks, kita akan dapati mereka cenderung nak highlight perkara yang rare. Tak kira lah sama ada bab AEFI ke, bab carrier ke. Begitulah juga bab shedding ini.
  10.  
  11. Logik kita mudah. Kalau benarlah shedding ini significant, maka tentulah dari awal kita gunakan vaksin MMR ini, makin BERTAMBAH kes measles? Sebab bila vaxx je, shed. Cucuk je, shedding. Hakikatnya itu tak berlaku.
  12.  
  13. Selalu bila sembang bab shedding ni, saya suka petik sejenis lagi vaksin yang dah tak digunakan sekarang. Iaitu vaksin Smallpox. Untuk pengetahuan, vaksin smallpox juga adalah live vaccine. Malah lebih kuat dari vaksin measles.
  14.  
  15. Vaksin smallpox, terbukti akan shedding. Malah dikira, seseorang yang divaksin smallpox, boleh shedding sehingga 14 hari selepas divaksin.
  16.  
  17. Tapi?
  18.  
  19. Tapi, alhamdulillah, vaksin smallpox tetap berkesan. Kita tetap dapat ERADICATE smallpox.
  20.  
  21. Kita mesti ingat (termasuk tips kepada tuan tanah), apabila kita membaca mengenai shedding, ianya sebenarnya adalah umpan golongan antivaks untuk mempertikaikan keberkesanan vaksin.
  22.  
  23. Mereka cuba "tukar topik" (shift the goalpost) iaitu dengan cara membuatkan kita pula ragu-ragu mengenai vaksin.
  24.  
  25. "Ala, kalau vaccine pun boleh shedding juga", kata mereka.
  26.  
  27. Saya nasihatkan, jangan mudah terpedaya dengan sentimen mereka. Fahami dengan betul bagaimana sains berfungsi, bagaimana jangkitan terjadi.
  28.  
  29. Tahniah kepada tuan tanah kerana cepat merujuk kepada orang yang betul. Semoga anda mendapat penerangan dan kefahaman. Jika ada yang tak clear, jangan segan tanya, k?
  30.  
  31. engok kat atas, ada orang cuba highlight mengenai "sistem imun tak kuat" pula.
  32.  
  33. Kita cuba fikir baik-baik, berapa ramai yang sebenarnya "sistem imun tak kuat", dibandingkan dengan anak kita yang sihat?
  34.  
  35. Kita terbayangkan sistem imun tak kuat tu macam anak yang selalu demam, kerap batuk, tak makan sayur, etc.
  36.  
  37. Itu tidak betul.
  38.  
  39. " sistem imun tidak kuat", atau "immunocompromised state", adalah keadaan yang sangat teruk yang seseorang alami.
  40.  
  41. Contohnya kanak-kanak yang menjalani kimoterapi. Atau berpenyakit leukemia.
  42.  
  43. Keadaan yang, usahkan nak shedding, nak cucuk vaksin pun doktor tak berani!
  44.  
  45. So, harap clear ye. Jangan lah kejap lagi terfikir "anak saya kerap demam lah..tiap2 bulan demam...entah2 dia sistem imun tak kuat". Ini tidak bermaksud ianya immunocompromised. Jangan salah faham ye.
  46.  
  47. Ini belum masuk bab geng antivaks pertikai "kenapa doktor tak test dulu sistem imun anak saya sebelum bagi vaksin?"
  48.  
  49. Selalu kepada geng ini saya tanya balik sahaja, "kalau kita test dan normal, awak nak ke vaccine anak awak?" hakikat tetap tak jugak..kerana sebenarnya itu semua hanyalah alasan..
  50.  
  51. Bagi saya, pemahaman puan betul dah tu.
  52.  
  53. Batuk, demam, itu adalah simtom. Bila kita sebut simtom (gejala), bermaksud ianya tidak khusus kepada sesuatu penyakit.
  54.  
  55. Batuk sendiri, boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Kalau kita belajar dari awal, dari bidang fisiologi, batuk itu sendiri adalah defense mechanism. Sejenis refleks. Tersedak makanan, batuk. Sesuatu yang mengganggu trkak/kerongkong, boleh menyebabkan batuk. Perubahan suhu seperti udara sejuk, air sejuk, pun menyebabkan batuk. Ada yang dipanggil histamine-mediated. Ada yang disebabkan jangkitan, sama ada bacteria ataupun virus.
  56.  
  57. Demam, pun sama. Malah baaanyak mekanismanya. Ada sesetengah orang, mudah untuk jump to conclusion, mereka kata "demam adalah tindakbalas badan untuk bunuh kuman, jadi jangan makan ubat demam. Kalau makan ubat demam, lambat nak sembuh." ianya tidak semudah itu. Demam, walaupun adalah response badan, tetapi jika tidak dikawal ianya boleh menyebabkan lebih banyak kesan buruk.
  58.  
  59. Kenapa ada kanak2 yg selalu demam, selalu batuk?
  60.  
  61. Wallahua'lam. Sebabnya pelbagai. Saya sendiri pun ada anak kecil. Airis baru berusia setahun dua bulan. Ini tips yang saya amalkan,
  62.  
  63. Untuk elakkan jangkitan kuman, hadkan exposure anak dengan orang lain. Elakkan bawa anak ke pasar malam, ke bazar dsb. Tambah2 kalau anak dalam keadaan stress. Maksud stress tu, contohnya baru lepas travel jauh, atau baru introduce surrounding baru dll.
  64.  
  65. Dari segi makanan, kena sentiasa aware apa makanan yang hendak diberi. Jangan tergesa2 introduce sesuatu yg baru. Cuba dengan kuantiti kecil dahulu, tengok elok2 respons seluruh badan baby macam mana.
  66.  
  67. Begitu juga perubahan lain seperti tukar pampers atau tukar jenama susu dsb. Jangan terus drastik. Contoh sekarang heboh pampers brand Diapers baru menyebabkan ruam. Sebab tu kena slow2. Hihi.
  68.  
  69. Saya sendiri pun masih banyak belajar. Ada yang saya belajar di lapangan (tempat kerja), ada yang saya belajar di rumah (dari anak sendiri).
  70.  
  71. Apapun, bab kesihatan, always boleh rujuk kepada orang yang ahlinya. Nak bawak ke klinik mungkin susah, mungkin doktor klinik tak banyak masa nak terangkan. Sebab itulah adanya MKT(O). InsyaAllah kita cuba bantu setakat termampu.
  72.  
  73. Maaf jika tak banyak menjawab soalan. InshaAllah rakan2 lain boleh menambah input yang ada.
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement