Advertisement
ak47suk1

Siri antivaks Malaysia - Part 4 - Mahkamah Vaksin

Jul 27th, 2016
260
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 11.57 KB | None | 0 0
  1. source: https://www.facebook.com/ibn.freena/posts/181733822242801
  2.  
  3. Siri antivaks Malaysia - Part 4 - Mahkamah Vaksin
  4.  
  5. 1) Seringkali kita mendengar golongan antivaks mahukan mahkamah vaksin diwujudkan di Malaysia sepertimana ada di negara US(NVICP - National Vaccine Injury Compensation Program) dimana ibubapa boleh mendapatkan pampasan wang sekiranya anak mereka mendapat kesan2 kesihatan selepas divaksin.
  6.  
  7. 2) Point paling PENTING: Mahkamah vaksin ini TIDAK medically atau secara perubatan MEMBUKTIKAN vaksin merupakan penyebab kepada kesan atau kecacatan tersebut. Maksudnya TIDAK perlu buktikan PUNCA. As long anak itu telah DIVAKSIN, mereka layak untuk memohon dalam program ini. Fokus mereka pula bukan pada vaksin itu sendiri yang merbahaya TETAPI lebih kepada vaccine DEFECT(kemudaratan dari segi penghasilan vaksin itu/kerosakan end product) atau vaccine FAILURE(kemudaratan hasil drpd kegagalan vaksin itu berfungsi seperti yang diwar warkan). So kalau anak dapat vaksin MMR, kena jugak measles dan kena juga complications yang TERUK sampai ada kecacatan atau disabilities, anda TURUT layak mendapat pampasan.
  8.  
  9. 3) Untuk memahami kenapa ada vavcine court ini, kenapa faham dahulu sistem undang2 di US. For starters, US judiciary system tak sama dengan Malaysia. US juga mempunyai bilangan peguam/lawyers PALING BANYAK sekali utk sesebuah negara didunia. Mereka memang kuat sue/saman orang. They even tried to SUE GOD(link dibawah utk bacaan)
  10.  
  11. 4) Pada tahun 1980an, terdapat pelbagai kes dimana syarikat2 yang menghasilkan vaksin telah disaman atas pelbagai sebab, walaupon tiada kaitan. Apa kesemua kes2 tersebut mempunyai persamaan adalah mereka semua pernah divaksin(walaupon 20-30 tahun lepas punya cerita). Oleh kerana syarikat2 ini terpaksa lawyer up dan tanggung liability, mereka mula untuk stop production vaksin2 tersebut(remember orang saman vaccine tersebut so takkan dia nak sambung production kan?). Up to the point dimana bekalan vaksin dipasaran mula berkurangan. Dan menjadi MAHAL(basic supply vs demand scenario). Tak pasal2 orang yang MAHUKAN vaksin sendiri turut terlibat.
  12.  
  13. 5) Sebab itulah Congress di US sendiri membuat undang2 baru iaitu VACCINE ACT, dimana syarikat2 tersebut TIDAK BOLEH BERHENTI BUAT VAKSIN dengan sewenang wenangnya(unless mereka bankrap). Mereka juga tidak dibenarkan untuk memonopoli pengeluaran vaksin(contoh kalau mereka temui vaksin utk penyakit X, mereka TIDAK boleh simpan rahsia macam mana nak produce vaksin tersebut. Memang kena share dengan orang lain. BY LAW). Mereka juga tidak dibenarkan untuk meletakkan harga ikut sesuka hati(ada cap/limit dan price ceiling untuk setiap vaksin). Mereka juga tidak dibenarkan untuk menyimpan stock vaksin dengan banyak dan HANYA jual pada masa2 tertentu sahaja(sebab itu mereka SENTIASA kena produce, tak boleh lebih dan tidak boleh kurang, tidak boleh buat longgokan produk vaksin mereka dipasaran). Mereka juga diwajibkan untuk memberi tahu apa2 kesan yang pernah dialami selepas divaksin didalam vaccine INSERT, tak kesah ada kaitan atau TIDAK(sebab itu dalam vaccine insert vaksin DTAP yang bernama TRIPEDIA dahulu, terdapat LEMAS dan KEMALANGAN JALANRAYA yang turut disertakan sebagai ADVERSE EFFECT).
  14.  
  15. 6) Disebabkan akta tersebut, syarikat2 vaksin DILINDUNGI daripada disaman, dilindungi drpd menanggung liability dan dilindungi daripada sebarang tindakan oleh orang awam(perkara ini disebut sebagai 'no fault approach'). Tak kesah samaada dr segi vaccine DEFECT atau FAILURE. Ini adalah untuk memastikan syarikat2 ini SENTIASA produce vaksin.
  16.  
  17. 7) Contrary to reports, setiap vaksin yang dijual akan contribute kepada satu tabung dimana pengumpulan wang tersebut akan disalur kepada mahkamah vaksin ini(NVICP). Dia actually ada melibatkan tax kepada setiap vaksin yang dijual. Contoh 75 sen drpd setiap vaksin akan disalurkan kepada dana mahkamah tersebut. Perkara ini HANYALAH untuk negara US. Malaysia takde.
  18.  
  19. 8) Antara sebab UTAMA mahkamah vaksin ini diwujudkan actually untuk KEBAIKAN ibubapa. We go through it one by one:
  20.  
  21. A) Kalau parents saman melalui civil court, mereka ada 50/50 peluang untuk kalah. Mereka juga actually perlu melalui mahkamah rendah dahulu. ONLY if the judge dimahkamah rendah allow kes tersebut to proceed/diteruskan, baru lah kes tersebut dapat diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi(mahkamah tinggi/high court/federal court/supreme court). Pihak syarikat pengeluar vaksin TURUT juga terpaksa keluar duit utk bela diri walaupon di peringkat prelimanary. Dengan adanya NVICP, parents tak perlu risau tentang perkara tersebut. As long as reason diberikan adalah munasabah, mereka boleh memohon melalui mahkamah tersebut. So tak payah pikir pasal COST, sebab mahkamah ini yang akan provide segalanya. Sebab kalau melalui civil court, mereka perlu bayar lawyer, buat kajian, panggil expert witness(saksi pakar), ini semua memakan masa dan perbelanjaan yang BESAR. Melalui NVICP, mereka tidak memerlukan semua ini. Engage counsel utk mewakili keluarga tersebut sudah mencukupi.
  22.  
  23. B) Pampasan yang diberikan pula ada ceiling cap(250ribu USD). Ini HANYALAH selepas mereka sudah pon exclude(menolak) segala kemungkinan yang menyebabkan penyakit yang dialami tersebut. Contoh:
  24.  
  25. Ada 10 perkara yang sudah pon diketahui dalam dunia perubatan menyebabkan penyakit/symptom Y. Hanya selepas mengkaji kesemua perkara tersebut dan ianya didapati negative, baru lah dianggap vaksin merupakan salah satu penyebab(vaksin tidak TERMASUK dalam 10 perkara tersebut itu ye). In a way, it is a decision by exclusion.Hanya selepas anda rule out semua benda yang POSSIBLE, barulah vaksin dianggap sebagai PROBABLE factor. Melalui NVICP, anda tak perlu buktikan pon secara medically yang vaksin merupakan PUNCA, anda hanya perlu exclude(membuktikan tiada) perkara2 lain yang MUNGKIN menjadi punca sudah mencukupi.
  26.  
  27. C) Ada statue of limitation(batasan masa). Anda hanya ada 3 tahun MAKSIMUM untuk memohon selepas anak mendapat kesan kesihatan. Kalau ikut civil court boleh ambil masa BERBELAS atau BERPULUH tahun even untuk proceed/progress. Belum lagi decision atau cerita bab pampasan. Sebab setiap peringkat syarikat2 pengeluar vaksin boleh appeal(buat rayuan) so itu ambil masa. Dengan NVICP, tak perlu dan tiada itu semua. Sama ada parents dapat atau tidak pampasan tersebut.
  28.  
  29. D) Undang2 ini juga melarang penggunaan channel utk menyaman. Contoh kalau di US tapi saya kasi nama di Malaysia. Anda saman di Selangor berdasarkan undang2 negeri itu, kalah dan selepas itu anda saman semula menggunakan undang2 negeri Johor(so using state LAWS). Melalui NVICP, ianya merupakan FEDERAL LAW, yang bermaksud seluruh undang2 negeri tidak boleh diguna pakai sebab undang2 negara(federal laws) supercedes(menjangkaui) semua undang2 negeri tersebut. Ini penting sebab state laws di US BERBEZA, so mereka streamline melalui NVICP supaya SEMUA parents dapat memohon tak kira dari negeri mana pon.
  30.  
  31. 9) Sejak diwujudkan, mahkamah ini sudahpon memberi pampasan sebanyak USD 3 Billion. Ini jumlah yang sering dijaja oleh golongan antivaks. Tapi jumlah ini adalah sejak 40 TAHUN YANG LEPAS. Sejak BERATUS RATUS JUTA vaksin diberikan kepada rakyat US. So bila kira balik jumlah duit yang diberikan bahagi dengan jumlah VAKSIN yang telah DIBERIKAN, peratusan yang didapati tidak sampai pon 0.01%. Untuk setiap permohonon yang berjaya dapat pampasan, beratus kali ganda bilangan kes yang TIDAK BERJAYA. Contoh ye:
  32.  
  33. Kita di Malaysia beri vaksin roughly 4 juta vaksin setahun. Kita kena ingat, kita BUKAN sahaja beri vaksin kepada kanak2 SAHAJA, kita turut beri kepada ahli2 kesihatan(hep B), mereka yang ingin menunaikan haji(meningicoccal), golongan mempunyai underlying medical condition seperti COPD, diabetis atau spleen removal (pneumococcal, influenza), voluntary (HPV). So dalam jumlah itu sendiri terdapat pelbagai kesan kesihatan yang boleh didapati. Sama ada BERKAITAN vaksin atau tidak tu hal lain. TETAPI tetap mengalami KESAN. Peratusan itu jugak tidak lebih drpd 0.01%.
  34.  
  35. 10) The reason kena consider peratusan tersebut adalah untuk betol2 memastikan sama ada vaksin ada KAITAN KE TIDAK(baru cerita ada KAITAN ke tidak, bukan sebagai punca). Sebab kita TAK perlu buat study incidence(kes baru) untuk memohon NVICP itu. Saya kasi contoh lagi:
  36.  
  37. Anda isi minyak, lepas 20 minit nak balik rumah kereta anda engine stop. Anda blame minyak tersebut. Tapi dalam satu hari yang sama itu jugak, berpuluh juta orang lain isi minyak jugak DAN engine kereta mereka TIDAK stop. Terdapat juga mereka yang engine stop tetapi TIDAK isi minyak macam anda. Ada juga yang engine stop lepas isi minyak macam anda TETAPI tidak blame minyak itu sendiri.
  38.  
  39. The tricky part is that you need to show sama ada engine stop sebab minyak itu sendiri ke, minyak yang ANDA beli specific di kedai itu ke atau tiada kaitan langsung dengan dengan minyak tersebut dan engine itu stop sebab masalah lain. Same goes with vaccines. You dont even need to prove CAUSATION, as long as you can imply there is a defect or failure of the vaccine to perform, you can get a compensation(pampasan).
  40.  
  41. 11) Kementerian kesihatan dan syarikat2 pengeluar vaksin pula perlu monitor vaksin mereka, sekiranya terdapat any increased incidence(contoh tetiba ada satu time tu byk pulak orang report kesan kesihatan drpd vaksin DTAP), maka mereka mewujudkan sejenis system dimana orang ramai boleh melaporkan kesan kesan SELEPAS divaksin, tidak kira sama ada KAITAN dengan vaksin atau tidak. System passive reporting ini(orang awam yang kena report sendiri) adalah VAERS(Vaccine Adverse Effect Reporting System), sejenis database di US sahaja. Anda tak perlu bukti atau kajian. As long as anda ada kesan selepas divaksin, anda boleh report. Tapi benda ni sebab BUKAN regulatory atau moderated, pelbagai report ntah apa2 pon ada. Contoh ada orang tu cakap dia bercerai kerana vaksin. Ade sorang tu pulak sejak divaksin, dia tiada selera untuk minum alcohol. Ye sila jangan gelak. Anda boleh Google sendiri perkara2 tersebut. Sebab tiada siapa pantau. Just collect data dan report sahaja. InsyaAllah ada masa saya akan tulis pasal VAERS sebab Ammar Rawi pernah acah2 expert menilai hasil database tersebut. Hiks.
  42.  
  43. 12) Sepertimana juga yang sering saya perkatakan, semua tak boleh saman vaccine producer ni HANYALAH di US sahaja. Anda BOLEH menyaman mereka di Malaysia. Alang2 tu saman KKM sekali. Lagi banyak $$$. Sebab nak ikut tort(negligence) susah anda nak buktikan dan menang case. Boleh jugak kalau nak try. Nak lagi banyak duit saman through civil court. Saman. Saman la. Jangan cakap je. Dah berapa kali Selasa dan Khamis dah ni. Jangan nafikan hak anak2 anda please. Kalau yakin anda berada dijalan yang benar, silalah saman.
  44.  
  45. Article about the same subject by Mastura MY: https://m.facebook.com/story.php…
  46.  
  47. Another good article by dr Syamirullah regarding the same matter:https://m.facebook.com/story.php…
  48.  
  49. Saya tak mintak izin pon nak reshare links tapi paham2 jela ek hahahah. Saya tulis article ni lama dah actually baru teringat nak edit bila ada orang bertanya semalam. NVICP BUKANLAH seperti yang golongan antivax gembar gemburkan harap maklum. Jazakumullah Khairan Khatira.
  50.  
  51. Reference:
  52.  
  53. http://www.nbcnews.com/…/us_news-weird_news/t/nebraska-sta…/
  54.  
  55. http://www.hrsa.gov/vaccinecompensation/
  56.  
  57. http://www.uscfc.uscourts.gov/vaccine-programoffice-special…
  58.  
  59. http://www.skepticalraptor.com/…/national-vaccine-injury-c…/
  60.  
  61. http://www.nolo.com/…/statute-of-limitations-state-laws-cha…
  62.  
  63. http://www.cdc.gov/vaccinesafety/ensuringsafety/…/index.html
  64.  
  65. http://www.redwineandapplesauce.com/…/guest-post-vaccines-…/
  66.  
  67. http://www.cdc.gov/vaccines/hcp/vis/vis-statements/mmr.html
  68.  
  69. http://www.skepticalraptor.com/…/price-v-hhs-statutes-limi…/
  70.  
  71. https://shotofprevention.com/…/congressional-briefing-atte…/
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement