Advertisement
ak47suk1

BERSIH 5 DAN KEMATANGAN KAUM 99%

Nov 16th, 2016
128
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 7.85 KB | None | 0 0
  1. BERSIH 5 DAN KEMATANGAN KAUM 99%
  2.  
  3. Barangkali, ramai diantara kita, lebih-lebih lagi bagi mereka yang petah bercakap soal ideologi dan mengimpikan perubahan dalam lanskap politik-ekonomi-sosial, pasti pernah pernah mendengar kalimat popular Karl Marx, "the task is not just to understand the world, but to change it".
  4.  
  5. Namun begitu, sesakti mana sekalipun sesebuah kalimat itu, ia akan hanya tinggal sebagai sebuah kalimat - andai tiada usaha dari kumpulan manusia mengambil peluang memaknai kalimat itu dengan cara mengambil bahagian melukis warna-warna perubahan.
  6.  
  7. Tahun lepas, seminggu selesai protes Bersih 4 yang beracara selama 48jam, Sosialis Alternatif Malaysia mengadakan forum pasca Bersih bagi membincangkan idea dan hala tuju Bersih sebagai penggerak demonstrasi paling popular di kalangan masyarakat Malaysia.
  8.  
  9. Panelis forum terdiri daripada saudara Yuva Balan selaku wakil Sosialis Alternatif, pensyarah undang-undang prolifik Azmi Sharom dan wakil Bersih, aktivis anak muda Adam Adli.
  10.  
  11. Bersih 4 menyaksikan kehadiran ramai peserta protes yang masih "hijau". Melihat dari sisi positifnya, ia membuktikan semakin ramai individu di Malaysia mula mengimani "turun ke jalananraya" bukan lagi perilaku kriminal, bahkan ianya diakui sebagai antara prinsip kebebasan bersuara/demokrasi yang dipraktis seluruh masyarakat global.
  12.  
  13. Tetapi, setelah 48jam berkumpul dan bermalam di Dataran Merdeka, apakah signal yang berjaya dituju kepada kerajaan Barisan Nasional?
  14.  
  15. Ketika di forum anjuran Sosialis Alternatif itu, antara perbincangan yang hangat dibincangkan ialah tentang idea gerak aksi hartal.
  16.  
  17. Mengapa hartal disebut-sebut?
  18. Ada dari kalangan protester menganggap Bersih sudah tidak menyengat, sudah bukan lagi menjadi aksi subversif yang mampu menggugat hegemoni Barisan Nasional.
  19.  
  20. Jadinya, idea akan hartal timbul sebagai alternatif bagi menghantar mesej yang lebih keras kepada pemerintahan Najib Razak.
  21.  
  22. Masakan tidak, suasana Bersih 4 terlalu aman damai, ruang atmosferanya meriah dengan bunyi bunyian nyaring vuvuzela, selfie stick berlaga laga di udara merakamkan gambar sang "protester" yang berbaju kuning, tidak kurang aksi muhibbah masyarakat dipotretkan - yang berbangsa tionghua menyiram air mineral buat si beragama muslim mengambil wudhuk dan mereka jugalah yang menjadi benteng ketika sahabat muslim mereka bersolat.
  23.  
  24. Sesekali akan kedengaran protester menjerit "bersih,bersih!". Terdapat banyak gambar pemimpin opposisi yang berbaring di atas jalan dimuatnaik di media sosial berserta kapsyen-kapsyen "berjiwa rakyat". Oh ya, Mahathir yang dahulunya menjadi punca anak muda ke jalanraya era reformasi turut hadir memberi sokongan kepada Bersih.
  25.  
  26. 48 jam berlalu dengan ketenangan. Tiada idea, tiada gerak kerja memberdayakan organisasi massa, tiada partisipasi anak muda-kelas pekerja dalam membahas pelan-pelan subversif, pendek kata yang ada hanyalah rakaman gambar-gambar muhibbah peserta Bersih dan politikus pembangkang arus perdana.
  27.  
  28. Pengakhirannya, kerajaan Barisan Nasional masih merajai pemerintahan manakala parti opposisi pula semakin ditimbus selut kecelaruan.
  29.  
  30. Setelah melalui siri-siri Bersih 1.0 sehinggalah bakal memasuki siri yang ke-lima, di manakah tahap kematangan demonstrasi Bersih?
  31.  
  32. Pertama yang perlu kita lihat, mesej Bersih yang manakah benar-benar mengganggu-gugat Barisan Nasional?
  33.  
  34. Adakah kesemua tuntutan Bersih mempunyai nilai vulgar kepada pemerintahan Najib Razak?
  35.  
  36. Apabila Bersih menuntut kerajaan yang bersih dari korupsi, adakah kelas masyarakat hanya merujuk kepada keselingkuhan Kerajaan Persekutuan? Bagaimana pula dengan kerajaan negeri seperti kerajaan PAS Kelantan yang bersama kapitalis merampas tanah orang asal atau kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa negeri yang terkait skandal nepotisme/kronisme?
  37.  
  38. Adakah tuntutan Bersih masih relevan di mana dalam situasi ekonomi sekarang yang semakin meruncing, Bersih masih lagi menuntut hak berhimpun walaupun kini sudah memasuki siri ke-lima? 48jam protes, tiada seorang pun peserta Bersih 4 ditembak gas pemedih mata. Ini maksudnya apa?
  39.  
  40. Dan apabila Bersih menuntut pilihanraya yang adil, semestinya ia mesti melibatkan argumen-argumen elegan bagaimana menarik penglibatan kelas masyarakat. Idea pilihanraya yang bersih tidak semestinya menyingkapi langkah-langkah atau cara cara perlaksanaan sahaja malah ia berbicara soal partisipasi kelas masyarakat dalam membentuk pilihanraya yang lebih demokratik.
  41.  
  42. Soalnya sampai bila penganjuran Bersih mesti digerakkan pada hari minggu? Mengapa hari Sabtu? Mengapa tidak hari Isnin?
  43.  
  44. Beberapa bulan lepas, 60% rakyat Poland tidak hadir ke tempat kerja pada hari Isnin demi mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang pengguguran. Ia berkesan dalam memberi mesej yang jelas kepada pemerintah Poland. Bukankah ini waktunya yang paling sesuai bagi kesatuan kerja di Malaysia memberi didikan kepada seluruh kelas pekerja cara-caranya menjadikan kelas elit pemerintah/pemegang produksi tidak duduk senang?
  45.  
  46. Bersih bukannya satu-satu pintu untuk menjatuhkan Barisan Nasional kemudian digunakan sebagai modal politikal buat parti politik pembangkang arus perdana merampas kuasa. Kita tidak mahu semata mata menumbangkan Najib kemudian kekeringan idea untuk memperbaiki kerosakkan 58 tahun Barisan Nasional.
  47.  
  48. Ini bukannya isu menewaskan Najib dan mengangkat opposisi, ini adalah isu perang kelas, melibatkan kaum 99% yang terdiri dari kelas pekerja, anak muda-mahasiswa melawan kaum 1% (elit pemerintah,kapitalis).
  49.  
  50. Segala kesulitan, malapetaka yang terang-terang berlaku disebabkan kecurangan urus tadbir, rasuah, pengagihan ekonomi yang tidak adil, kronisme, agenda neo-liberal, birokrasi - semua ini tidak boleh diselesaikan dengan peralihan kuasa dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.
  51.  
  52. Kaum 99% mesti mula berani mengambil bahagian, berpartisipasi, merangka pelan-pelan memaksimakan demokrasi. Ini bukannya masa Kesatuan Kerja berperanan menyelesaikan hal remeh temeh masalah ahli, ia mesti mula beroperasi mendidik ahli kesatuan tentang ideologi, tentang kepercayaan untuk mencipta perubahan.
  53.  
  54. Noam Chomsky pernah ditanya seorang peserta Occupy Boston pada 22 Oktober 2011, "I'd like to ask you if, today you would advocate a general strike as an effective tactic for moving forward ; and second would you ever,if asked, allow for your voice to relay the democratically chosen will of our nation?"
  55.  
  56. Beliau langsung menjawab,
  57. "My voice wouldnt help. And besides, you dont want leaders; you want to do it yourselves. We need a representation, but you need to pick them yourselves and they need to be recallable representatives. We are not going to fall into some system of control and hierachy.
  58.  
  59. Chomsky menambah,
  60. "But the question of general strike is like the others. You can think of it as a possible idea at a time when the population is ready for it. We cant sit here and just declare a general strike. Obviously, there has to be approval, agreement, and willingness to take the risks to participate on the part of the large mass of population. There has to be an organization, education, activism. Education does not mean just telling people what to believe. It means learning things for ourselves".
  61.  
  62. Bersih mesti dimanfaatkan sepenuhnya oleh kaum 99%. Ia tidak sekadar menyatakan tuntutan, bahkan seiring dengan kematangannya, ia adalah ruang demokratik yang diterajui oleh kelas pekerja, anak muda dan mahasiswa merangka pelan pelan konstruktif untuk seribu satu perubahan.
  63.  
  64. Mengapa perlu mengharapkan hieraki kepimpinan, jika kita sudah memilki jiwa yang besar untuk bersama sama merebut semula apa yang telah dirampas?
  65.  
  66. Selepas Bersih 5, mungkin ada yang ke-enam, ke-tujuh dan siri seterusnya. Kerana jalan perlawanan menuntut masa yang panjang, yang diperlukan ialah kesabaran dan dedikasi.
  67.  
  68. Namun kita tidak mahu Bersih menjadi siri demonstrasi sekadar pesta di hari minggu, dek kerana hal begitu ia langsung tidak bermakna, membuang masa dan akan dikenang sebagai romantisme palsu sebuah perjuangan.
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement