Advertisement
ak47suk1

SURAT PENOLAKAN VAKSIN

Apr 21st, 2017
361
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 5.08 KB | None | 0 0
  1. SURAT PENOLAKAN VAKSIN
  2.  
  3. 1) Benda ni bukan baru. Template surat untuk tolak vaksin ni memang disebarkan dengan meluas dalam lubuk2 antivaks seperti KTAPB(dulu) dan MKT tak ori skrg. Tanya je dalam group nanti adalah sis dgn bro pmkan template. Edit letak nama dgn IC lepas tu print.
  4.  
  5. Yang no 1 semalam. Yang no 2 tu surat daripada 6 bulan lepas. Sebijik kan.
  6.  
  7. 2) Nak tarbiah atau nasihatkan golongan yang macam ni pon tak guna sebab dia memang TAKKAN nak dengar apa2 penerangan pon. Yang dia tahu, anak dia lahir je taknak vaksin. So dia akan buat bodo dan akan menunjukkan surat tersebut kepada semua kakitangan supaya mereka TAHU.
  8.  
  9. 3) Supaya takde la alasan TERvaksin anak tu sebab tak informed/tak tahu(jangan ridau sebelum cucuk gerenti akan tanya semula actually). Dia akan tunjuk pada semua orang daripada consultant, specialist, Matron, Sister, MO, HO, SN, JM, physiotherapist. Silap haribulan makcik Radicare dengan pelawat sebelah katil pon dia tunjuk.
  10.  
  11. 4) Dia juga takkan berminat nak berdebat ke apa sebab realitinya, dia betul tahu ke tidak SEBAB2 dia menolak vaksin seperti didalam surat tersebut pon BELUM TENTU. Dah nama pon template golongan antivaks seluruh Malaysia, so semua sebab2 itu sepesen je.
  12.  
  13. 5) Dia bukan kesah atau tahu semua vaksin dalam jadual Imunisasi Malaysia ni TAKDE pon yang haram atau mengandungi kandungan yang syubhah.
  14.  
  15. 6) Pasal Akta tu pulak, admin copy paste ulasan padat dan menghiburkan dari Admin Lawyer Benggali bagi pihak Tetuan PW:
  16.  
  17. "Ini apa you tulis ini macam? Betul ada baca itu Medical Act 1971?
  18.  
  19. Betul kasi hangguk satu kali.
  20.  
  21. Itu bukan cerita dalam Seksyen 34 itu. Seksyen 34 itu cerita lain lah. Apa la anda ini, tulis mahu bagi bunyi macam itu lawyer tapi lawyer yang serius macam saya pun boleh gelak berguling-gulingan membaca ini surat.
  22.  
  23. Itu takrifan perubatan sistem teraputik tulin Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa mana ada dalam Medical Act 1971.
  24.  
  25. Jadi, untuk takrifan you masih perlu rujuk Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016. Dalam Akta 775 itu masih menetapkan seseorang pengamal perubatan tradisional dan komplementari tidak dibenarkan memberi rawatan untuk kes di luar kepakaran, pengetahuan dan kemahiran mereka.
  26.  
  27. You mahu guna apa untuk ganti vaksin? Jus kurma?
  28.  
  29. Ini surat tiada guna dan tiada kesan di sisi undang-undang. Macam tiada berapa cerdik guna ini surat. Tiada guna punya lelaki. You mahu isteri bersalin di hospital kerajaan tapi anda tidak mahu dengar dan mengikuti arahan pegawai perubatan yang bekerja di sana.
  30.  
  31. Kenapa you tidak bersalin dengan keluarga you yang merupakan pengamal naturopati dan homeopati yang you yakin dilindungi di bawah Akta Perubatan 1971?"
  32.  
  33. 7) Dia tak kenal pon siapa2 yang kena AEFI, apetah lagi jiran atau sedara mara. Yang MUNGKIN dia tahu adalah cerita2 yang disebarkan oleh golongan antivaks(majoriti diagnose sendiri AEFI tu). Takpon Google. Ataupon Youtube.
  34.  
  35. 8) Jaminan memang takde tapi kajian dan evidence(bukti) menunjukkan kebarangkalian untuk kesan AEFI berlaku amatlah kecil sekali. Anda dah kena panah petir TIGA kali baru sama probability untuk kena AEFI. Vaksin bukan ubat ajaib. Bukan buat anak kebal. Bukan tangkal atau claim macam2 seperti kad kurafat la Genius.
  36.  
  37. 9) Kita pulak yang risau kalau organ2 anak dia mereput sebab kena TB, mandul sebab kena mumps, kena orang derma hati(liver) sebab Hep B, dia tak sertakan sekali tapi biasanya akan tolak suntikan vitamin K sekali so anak dia arwah sebab pendarahan dalam otak.
  38.  
  39. Macam mana dia nak tahu sebab tolak penerangan golongan perubatan, dimana anak dia boleh sawan sampai ubat antisawan pon tak lut nak berhentikan sebab jangkitan radang selaput otak H.Influenzae(90% arwah zmn sebelum vaksin). Dimana anak dia boleh cacat(encephalitis), pekak, buta, paru2 mereput dan mati sebab dehydration(measles/campak).
  40.  
  41. Kalau itu semua dia tak tahu sudah pasti dia TAK pernah tahu pasal Iron Lungs yang digunakan untuk pesakit Polio hanya untuk bernafas, atau anak pengsan untuk 100 hari berturut turut sebab penat sgt batuk 30 kali dalam seminit angkara jangkitan pertussis.
  42.  
  43. Sah2 dia tak tahu cerita pasal seorang kanak2 yg disumbat homeopathy bila sakit , yang fungsi jantung anak berusia 3 tahun itu sebijik macam seseorang yang berumur 80 tahun ada kencing manis, darah tinggi dan isap rokok Sampoerna hijau 2 kotak sehari. Akibat komplikasi jangkitan diphtheria(diptheritic myocarditis). Belum masuk cerita bila dia invade tekak tu rasa macam orang cekik tak lepas2.
  44.  
  45. Horror memang horror. Tapi dia tahu ke? Semua tu? Apa SEBABNYA kita tekankan pemberian vaksin untuk KANAK KANAK?
  46.  
  47. 10) Benar. Vaksin itu merupakan satu PILIHAN. Sebab itu buatlah keputusan dengan BIJAK. Berdasarkan ilmu yang SAHIH. Bukan sebab terikut ikut. Bukan sebab nak jadi hipster alami. Bukan sebab berkiblatkan Google atau berimankan golongan antivaks.
  48.  
  49. Jangan dah terhantuk nanti baru nak menyesal. Banyak je kes meraung dan menangis kekesalan dalam pICU. Takde maknanya dah.
  50.  
  51. Yang benar2 terpaksa tanggung akibat semua kedangkalan ilmu ini?
  52.  
  53. Anak kecil yang TIDAK BERDOSA itu.
  54.  
  55. -admin pethidine-
  56.  
  57. souce: https://www.facebook.com/PseudoscienceWatch/posts/270085246782555
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement