Advertisement
ak47suk1

Siri Pendidikan Skim Piramid - MLM ramai rugi

Jan 31st, 2017
261
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 1.83 KB | None | 0 0
  1. Siri Pendidikan Skim Piramid.
  2.  
  3. Dalam sesebuah MLM, walaupun yang sah dan bergerak secara konvensional (bukan skim piramid atau ponzi), peratusan mereka yang memperolehi untung besar adalah kecil berbanding mereka yang di bawah (tiada atau kurang downlines).
  4.  
  5. Bagi sesebuah MLM yang berlandaskan penjualan produk secara telus, ia tidaklah menjadi satu kerugian yang besar pada ahli2 di bawah, kerana yuran keahlian adalah pada kadar minimum... Cuma mereka tidak menjana keuntungan sahaja. (dan biasanya rugi sikit sebab harga produk MLM kebanyakannya agak mahal dari produk non-MLM, tapi itu personal choice la).
  6.  
  7. Tapi pada sesebuah skim piramid, atau MLM yang mengamalkan pembelian pukal atau harga barangnya terlalu mahal sehingga kena buat Loan, maka masalah akan timbul. Ini kerana mereka yang di bawah akan mengalami kerugian. Mereka tidak mampu menjana keuntungan, dan pada masa yang sama terbeban kerana telah menghabiskan duit yang banyak untuk menyertai MLM/Skim terbabit.
  8.  
  9. Jangan nak sembang kata semua orang dalam skim tu akan kaya kalau berusaha. Hanya segelintir sahaja, kerana model MLM itu sendiri membenarkan hanya segelintir untuk untung besar, kerana ia bergantung pada jumlah downlines dan group volume sales.
  10.  
  11. Di dalam gambar adalah contoh dari herbalife. Pada tahun 2012, hanya sekitar 21% ahli yang layak terima incentive dari keseluruhan ahli yang ada. Dan hanya 0.47% yang boleh untung besar.
  12.  
  13. So, jangan hairan la kalau ada nampak geng MLM atau skim piramid ponzi ada yang untung banyak. Sebab memang ada... Cuma bilangan mereka amatlah kecil berbanding yang rugi.
  14.  
  15. -Leman-
  16.  
  17. Sumber dalam gambar:
  18. Journal of Historical Research in Marketing.
  19. Multilevel marketing and pyramid schemes in United States: An historical analysis
  20. By William W. Keep Peter J. Vander Nat
  21.  
  22. http://www.emeraldinsight.com/doi/abs/10.1108/JHRM-01-2014-0002
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement