Advertisement
ak47suk1

ikut mazhab ikut nabi

Mar 1st, 2016
103
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.04 KB | None | 0 0
  1. #‎Kalau‬ Wahhabi kata mereka juga bermazhab tuan-tuan boleh tanya dengan mereka soalan-soalan berikut ;
  2.  
  3. 1) Apa dalil wajib bermazhab?
  4.  
  5. 2) Sebenarnya Wahhabi ikut Rasulullah ke ikut mazhab?
  6.  
  7. 3) Bukankah Wahhabi kata kita wajib ikut Al-Quran dan As-Sunnah bukan mazhab?
  8.  
  9. 4) Wahhabi ikut mazhab Imam mana?
  10.  
  11. 5) Kenapa sifat solat Nabi versi al-Albani ikutan Wahhabi ada yang menyalahi empat mazhab?
  12.  
  13. Soalan-soalan ini akan membuatkan Wahhabi berpusing 360 darjah kerana ia akan menunjukkan sebenarnya mereka tidak bermazhab dengan mazhab mana-mana pun.
  14.  
  15. ‪#‎Soalan‬ 1 : Ini adalah soalan mereka ketikamana mereka ingin mengatakan tidak wajib ikut mazhab. Di sisi ulama kita ada dalil yang kuat kewajiban mengikut ulama' bagi orang awam yang tidak sampai kepada maqam mujtahid.
  16.  
  17. #Soalan 2 : Jawapan spot mereka. Kami ikut pandangan mazhab yang betul dengan sunnah. Soalan balik kepada mereka. Jadi ada juga pandangan imam mazhab 4 yang bercanggah dengan sunnah? Bukankah Wahhabi menyuruh mengikut salaf dan ternyata keempat-empat Imam ini adalah salaf.
  18.  
  19. #Soalan 3 : Di sini mereka susah untuk menjelaskan kerana ia ada percanggahan pada manhaj mereka. Bila ikut ulama' atau mazhab maknanya mereka terikat dengan pandangan ulama dan mazhab dan jika mereka mengatakan kami ikut Rasulullah maknanya mereka menolak ulama' dan mazhab.
  20.  
  21. #Soalan 4 : Jawapan spot mereka. Kami tidak terikat dengan mana-mana mazhab. Hakikatnya sekalipun mereka tidak terikat dengan mana-mana mazhab secara total tetap juga mereka terikat dengan pandangan Imam Mazhab. Mazhab ialah aliran ulama' di dalam satu-satu perkara. Mengikut satu pandangan ulama juga dikira mengikut kepada mazhab Imam tersebut.
  22.  
  23. #Soalan 5 : Jawapan spot mereka. Kerana sifat solat Nabi versi al-Albani mengikut sunnah. Maka kita jawab itu sunnah pada pemahaman al-Albani dan tidak semestinya tepat dengan kehendak sunnah Nabi. Kita katakan al-Albani bukan ulama mujtahid yang diiktiraf oleh para ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah dan kami lebih suka untuk mengikuti ulama' mujtahid mazhab kerana mereka diakui oleh para ulama' lain pada zaman mereka dan kemudian daripada mereka.
  24.  
  25. ‪#‎Menolak‬ sunnah Wahhabi bukan bererti kita menolak sunnah Nabi tetapi kita menolak KEFAHAMAN sunnah mereka. Maka kefahaman mereka tidak maksum sepertimana mereka menolak pandangan ulama' mujtahid yang lain di atas alasan tidak maksum.
  26.  
  27. ‪#‎Benar‬ ulama' tidak maksum tetapi authoriti mereka diakui (muktabar) di dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah. Maka mengikut mazhab atau pandangan para ulama' mujtahid yang muktabar itulah sebenarnya mengikuti kefahaman sunnah Nabi yang sebenar.
  28.  
  29. ‪#‎Inilah‬ dalil yang digunakan oleh para ulama kita untuk mewajibkan bermazhab bagi orang awam ;
  30.  
  31. فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
  32.  
  33. Bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. {al-Nahl:43}
  34.  
  35. Ikut Mazhab sebenarnya Ikut Nabi,
  36. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  37. Usuluddin Akidah dan Falsafah
  38. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement