Advertisement
ak47suk1

MANHAJ SALAF & KHALAF BERKAITAN AYAT-AYAT MUTASYABIHAT

Feb 21st, 2016
111
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 5.69 KB | None | 0 0
  1. {MEMAHAMI MANHAJ SALAF DAN KHALAF BERKAITAN AYAT-AYAT MUTASYABIHAH}
  2.  
  3. [1] Apabila kita menyatakan akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah salaf dan khalaf menafikan Allah bertangan, berkaki, ada dua mata, ada betis, turun naik, bertempat di arash atau di langit, maka Wahhabi akan mendatangkan perkataan ulama’ salaf seolah-olah salaf mengjisimkan Allah seperti akidah mereka.
  4.  
  5. [2] Kami berlepas diri dengan fitnah ke atas Nabi dan salafussoleh. Jika Nabi membawa akidah sebegini sudah pasti orang kafir musyrikin Mekah akan mentertawakan Nabi kerana Allah yang diperkenalkan Muhammad tiada beza dengan Tuhan-Tuhan berhala yang mereka sembah. Bertangan, berkaki, bermata, duduk dan menetap di satu tempat. Mahasuci Allah daripada apa yang disifatkan oleh musyrikin Mekah.
  6.  
  7. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
  8.  
  9. “Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka sifatkan” {al-Shofaat:179}
  10.  
  11. [3] Kalau salaf tahu hakikat makna lafaz ayat mutasyabihah maka tidak timbul perbezaan yang ada sekarang. Bukankah Wahhabi juga yang mengatakan tidak ada yang tahu maknanya kecuali Allah sepertimana Allah nyatakan ;
  12.  
  13. وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ
  14.  
  15. “Dan tidak ada yang mengetahui takwilnya/maknanya kecuali Allah”. {Ali Imran:7}
  16.  
  17. [4] Tiba Wahhabi dengan confident mengatakan tangan ialah tangan, kaki ialah kaki, mata ialah mata, duduk ialah duduk yang tidak sama dengan makhluk.
  18.  
  19. [5] Perkataan tidak sama dengan makhluk merupakan cara bagaimana Wahhabi cuba menyorokkan akidah mujassimah mereka. Tetapi apabila ditanya makna tangan maka mereka akan mengatakan tangan dengan makna tangan. Tangan zahir tiada maksud lain melainkan ia anggota makhluk mengikut bahasa arab sekalipun rupa dan bentuknya berbeza. Perkataan Wahhabi yang mengatakan tangan tidak serupa dengan makhluk dapat difahami seumpama “Dia jisim tetapi tidak seumpama jisim”. Imam Ahmad RA telah membatalkan fahaman mereka dengan berkata;
  20.  
  21. من قال الله جسم لا كالأجسام كفر
  22.  
  23. “Sesiapa berkata Allah jisim tidak seperti jisim-jisim maka telah kafir ia”. {Diriwayatkan daripada Imam ahmad oleh Abu Muhammad al-Baghdadi tuan punya kitab al-Khisol min al-Hanabilah sepertimana diriwayatkan daripada Abi Muhammad al-Hafidz al-Faqih al-Zarkashi di dalam kitab tasynif al-Masaami':4/684}
  24.  
  25. [6] Daripada manhaj salaf yang disebut sebagai tafwidh (serah) sudah memahamkan kita bahawa salaf menyerahkan makna lafaz ayat kepada Allah dalam masa yang sama mereka mengtakwilkan secara ijmali (ringkas) iaitu memalingkan lafaz zahir nas dan menyerahkan (tafwidh) makna yang mewahamkan Allah menyerupai makhluk. Salaf dan khalaf sepakat pada takwil ijmali sepertimana di jelaskan di dalam kitab-kitab akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah seperti Tuhfat al-Murid oleh Imam al-Baijuri yang mengsyarahkan matan jauharat al-Tauhid:104.
  26.  
  27. [7] Justeru, manhaj salaf dan khalaf tidak berbeza di dalam menafikan makna lafaz zahir dan mentanzihkan Allah daripada bersifat dengan sifat makhluk. Perbezaan salaf dan khalaf dalam menetapkan makna yang lain sahaja. Ini disebut takwil tafsili. Sebab itu kedua-dua manhaj ini diterima di dalam akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah.
  28.  
  29. [8] Manhaj salaf disebut aslam (lebih selamat) kerana tidak menentukan makna lain yang boleh jadi bukan kehendak Allah. Adapun methodologi khalaf ahkam wa a’lam (lebih jelas dan lebih faham) kerana menetapkan sifat yang layak bagi Allah.
  30.  
  31. [9[ Kedua-dua methodogi ini berdalilkan kepada Al-Quran cuma berlaku perbezaan dalam meng’athofkan ayat di dalam surah ali imran ayat 7;
  32.  
  33. وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ
  34.  
  35. “dan tidak ada yang mengetahui takwil/makna yang sebenar (ayat mutasyabihah yang samar-samar) melainkan Allah dan orang-orang yang mendalam di dalam ilmu” {Ali Imran:7}
  36.  
  37. [10] Ironinya, wahhabi yang mengaku di atas akidah salaf tetapi mereka menetapkan makna zahir kepada ayat-ayat mutasyabihah seolah-olah Allah bertangan, berkaki, ada dua mata, duduk di langit, di arash, dua kaki di atas kursi dan lain-lain akidah yang mewahamkan mereka mengjisimkan Allah.
  38.  
  39. [11] Imam Syafie RA berkata ;
  40.  
  41. المجسّم كافر
  42.  
  43. “Orang yang mengjisimkan Allah maka ia kafir” {al-Hafidz al-Suyuthi di dalam kitab al-Ashbah Wa al-Nadzoir:488}
  44.  
  45. Berkata al-Imam Muhammad b Badr al-Din al-Dimasyqi al-Hanbali [w1083h] ;
  46.  
  47. فمن اعتقد أو قال إنَّ الله بذاته في كل مكان أو في مكان فكافر
  48.  
  49. “Maka sesiapa yang beriktiqad atau berkata bahawasanya Allah dengan zatnya di setiap tempat atau pada satu tempat maka kafir ia”. {Mukhtasor al-Ifaadaat:489}
  50.  
  51. [12] Mengapa kita ingin mengikut akidah yang cenderung kepada kesesatan di hati bertujuan mencari fitnah dengan ayat mutasyabihah sepertimana firman Allah ;
  52.  
  53. فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ
  54.  
  55. "Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya"
  56.  
  57. [13] Kita nasihatkan kawan-kawan Wahhabi cukup-cukuplah menipu atas nama salaf secara secara sedar atau tidak. Kembalilah kepada akidah tanzih di mana kita menyucikan dan mengtauhidkan Allah daripada menyerupai makhluk dalam apa jua keadaan. Inilah akidah Nabi kita, Para Sahabat dan Salafunassoleh.
  58.  
  59. Pejuang akidah salaf dan khalaf,
  60. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  61. BA (Hons) Usuluddin Akidah dan Falsafah
  62. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement