Not a member of Pastebin yet?
Sign Up,
it unlocks many cool features!
- {1} Padu dan jelas akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah. Kalau makhluk kita tidak mampu fikir di mana tempatnya bagaimana Wahhabi boleh berfikir keberadaan Allah bertempat di langit dan di atas arash dan kedua kaki Allah di atas kerusi.
- {2} Saya pernah berdebat dengan Wahhabi. Mula-mula wahhabi kata Allah bertempat dan saya mintak satu perkataan di dalam Al-Quran atau Al-Hadith atau kalam salaf yang menyebut secara soreh ولله مكان (dan bagi Allah tempat) tetapi mereka merubah statement Allah di langit bukan bertempat.
- {3} Kecelaruan akidah Wahhabi bukan hanya pada aqal bahkan pada naqal. Sekali bertempat sekali tidak. Sekali di langit tapi tidak bertempat. Sekali bertempat tapi bukan jisim. Sekali di arash. Sekali di langit. Akidah apakah ini?
- {4} Pegangan akidah wajib jazam (yakin secara putus) tidak boleh kluk klek (tidak tetap pendirian). Akidah adalah perkara terpenting di dalam agama. Ia adalah simpulan mati iman kita kepada Allah. Mana boleh buat macam chipsmore sekejap ada sekejap tiada.
- {5} Menetapkan Allah bertempat di langit atau di arash adalah khayalan Wahhabi sepertimana khayalan kepada dewa-dewa. Akidah sebegini membawa kepada kekufuran. Nauzubillahi min zaalik. Jangan main-main. Semoga Allah pelihara kita daripada tipu daya tanduk syaitan untuk mensyirikkan Allah tanpa kita sedar dan akhirnya menjadi pengikut "Tuhan" versi dajjal berkaki bertangan, bermata, naik turun, bertempat.
- Pejuang Akidah Salaf dan Khalaf,
- Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
- Akidah dan Falsafah
- Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment