Advertisement
Guest User

Qatar and Saudi Arabia

a guest
Jun 21st, 2018
220
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 2.16 KB | None | 0 0
  1. JEDDAH – Arab Saudi meneruskan rancangannya untuk membina sebuah terusan di sempadan daratan negara itu dengan Qatar, sekali gus bakal memisahkan Doha daripada Semenanjung Arab, lapor media Timur Tengah, hari ini.
  2.  
  3. Riyadh juga dilaporkan telah menetapkan 25 Jun ini sebagai tarikh akhir tender untuk mengorek ‘Terusan Salwa’ sepanjang 60 kilometer, di mana 5 syarikat antarabangsa telah mengemukakan tawaran masing-masing.
  4.  
  5. Terusan itu akan dibina sepenuhnya di dalam kawasan sempadan Arab Saudi, menyebabkan Qatar tiada hak ke atas laluan itu. Ia akan dibiayai sepenuhnya oleh pelabur tempatan serta UAE. Arab Saudi bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE); Mesir; dan Bahrain sejak lebih setahun lalu telah mengenakan sekatan ke atas Qatar atas tuduhan menyokong pengganas, tetapi Doha menafikannya.
  6.  
  7. Riyadh juga dilaporkan akan mengumumkan syarikat mana yang bakal diberi kontrak membina terusan itu dalam tempoh 90 hari selepas tamat tarikh tawaran, dan firma terbabit dijangka menyiapkan projek berkenaan dalam masa setahun.
  8.  
  9. Pembinaan terusan itu dijangka membabitkan kos sehingga 2.8 bilion riyal, bermula di Salwa hingga Khor Al Adeed, seluas 200 meter lebar dan antara 15 hingga 20 meter dalam, sekali gus membenarkan kapal berukuran 295 meter panjang dan 33 meter lebar melaluinya.
  10.  
  11. Selain memotong Qatar daripada sempadan daratannya yang bakal menjadikan Doha sebuah pulau, Riyadh juga membayangkan beberapa projek lain bagi terusan itu. Resort tepi pantai dirancang di Salwa, Sakak, Khor Al Adeed dan Ras Abu Qamees. Pelabuhan juga akan dibangunan di Salwa dan Aqlat al-Zawayed, serta marina untuk penempatan kapal layar peribadi dan sukan air.
  12.  
  13. Arab Saudi juga merancang membina kem tentera dan pusat pembuangan sisa nuklear. Syarikat dari Mesir yang pakar dalam kerja penggalian juga dilaporkan akan terbabit dalam projek berkenaan.
  14.  
  15. April lalu, pihak berkuasa Arab Saudi mengambil alih sepenuhnya lintasan sempadan di Salwa, sekali gus memotong satu-satunya laluan keluar masuk daratan Qatar dengan dunia luar. Kastam dan imigresen di pusat pemeriksaan itu dipindahkan dan pintu sempadan berkenaan diserahkan kepada pengawal sempadan, sebaik sahaja arahan dikeluarkan oleh Riyadh.
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement