Advertisement
ak47suk1

Steven Sim 20200229

Feb 28th, 2020
200
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 1.19 KB | None | 0 0
  1. Watan ini ada warisan,
  2. Dari azali tersohor namanya,
  3. Angin yang merentas lautan,
  4. Membawa siasah dan budaya.
  5.  
  6. Dari kerajaan purba Tanah Merah,
  7. Sang pelayar Buddhagupta
  8. Menjelajah dunia Nusantara,
  9. Dibawa angin yang sama.
  10.  
  11. Dari Gunung Valavati sana,
  12. Dinaung Raja Dewa Cudamani,
  13. Dharmakirti mengarang kitabnya,
  14. Mencerah minda menyuluh rohani.
  15.  
  16. Dari Rom, angin membahtera,
  17. Merong Mahawangsa dilanggar Garuda,
  18. Lalu mendiri tahkta Langkasuka,
  19. Kerajaan adil kebaikan bertambah-tambah.
  20.  
  21. Angin yang sama membawa,
  22. Dari benua jauh Sang Pencerah,
  23. Agama Dewata Mulia Raya,
  24. Memahat syariah mentadbir ummah.
  25.  
  26. Dari Seguntang Mahameru,
  27. Termaktub bai'ah pusaka,
  28. Menjunjung daulat ke anak cucu,
  29. Zuriat Yamtuan Tiga Dunia.
  30.  
  31. Watan ini hebat
  32. Bukan sebab kudrat semata,
  33. Hebat kita kerana muafakat
  34. Kerana angin takdir mengikat kita.
  35.  
  36. Bagai ditempa kursani dan baja
  37. Dibakar bahang api bara
  38. Disepuh air tiga kuala
  39. Menjadi keris Laksamana.
  40.  
  41. Ku sambut tangan-mu sahabatku,
  42. Oleh takdir dikimpal kita,
  43. Oleh angin ketemu kita,
  44. Sejak bahari kita bersama,
  45. dalam Bahasa, Budaya, Cara dan Warna
  46. sebenarnya, kita berjumpa.
  47. -- Steven Sim
  48. Kepada saudara saudari seMalaysia-ku.
  49. #SayangiMalaysiaku
  50. #KekalHarapan
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement