Advertisement
ak47suk1

lawan wahhabi bukan sebab khilafiyyah

Feb 24th, 2016
187
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 2.47 KB | None | 0 0
  1. # Saya lawan Wahhabi bukan semata-mata kerana kecelaruan mereka pada isu tahlil, qunut subuh, baca yasin malam jumaat, talqin, hadiah bacaan Al-Quran kepada si mati daripada perkara-perkara cabang di dalam agama tetapi apa yang lebih penting ialah akidah mujassimah yang mereka bawa.
  2.  
  3. # Mujassimah adalah satu aliran akidah yang mengjisimkan Allah dengan anggota badan makhluk. Aliran ini telah lahir daripada mereka yang bermazhab Imam Ahmad bin Hanbal dan dikenali sebagai al-Hanabilah Al-Mujassimah. {Rujuk Tarikh al-Mazaahib al-Islamiyyah, Sheikh Muhammad Abu Zahrah dan Thobaqah al-Syafi'iyyah al-Kubra, Imam Taj al-din al-Subki}
  4.  
  5. # Saya tidak rela anak cucu saya beriman dengan Allah yang bertangan, berkaki, bermata, bermuka, berbetis, bertempat di atas langit dan menjadi pengikut dajjal ketikamana fitnah dajjal yang dikaruniakan kelebihan oleh Allah mengaku sebagai Tuhan. Begitu juga di saat sakarat al-Maut, fitnah syaitan yang berupa datang mengaku Tuhan untuk mengajak manusia mati di dalam kekufuran. Nau'zubillahi min zaalik. Maka di saat ini, hanya pegangan akidah yang benar akan menyelamatkan kita.
  6.  
  7. # Akidah ialah perkara yang paling penting di dalam agama. Kerana ia tunjang agama. Mengenal Allah adalah seawal-awal daripada agama. Sebab itu ilmu ini dinamakan Fiqh al-Akbar (fiqh yang terbesar) pada zaman salaf dan kemudian dikenali sebagai ilmu tauhid, ilmu kalam, ilmu usuluddin, ilmu ma'rifah, ilmu sifat dan etc.
  8.  
  9. # Akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah ialah akidah yang disusun formulanya oleh Imam Abu Hassan al-Asya'ari dan Imam Abu Mansur al-Maaturidi yang meneruskan akidah salaf dan kemudian diikuti oleh majoriti para ulama' khalaf kita daripada satu zaman kepada satu zaman secara bersambung sehingga kepada kita pada hari ini. {rujuk kitab Thobaqah al-Syafi'iyyah al-Kubra, Imam Taj al-din al-Subki}.
  10.  
  11. # Agama Islam adalah agama tauhid. Tauhid dengan makna mengesakan Allah. Menyamakan Allah dengan makhluk pada zatNya, sifatNya dan af'aalNya melazimkan kita mengsyirikkan Allah SWT.
  12.  
  13. # Adakah kita dikira mengtauhidkan Allah ketikamana kita masih beriktiqad Allah beranggota badan?
  14.  
  15. # Firman Allah SWT ;
  16.  
  17. لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
  18.  
  19. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. {as-Syura:11}
  20.  
  21. Pejuang Akidah Tanzih,
  22. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  23. Usuluddin Akidah dan Falsafah
  24. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement