SHARE
TWEET

dalil khusus ibadah

ak47suk1 May 23rd, 2016 (edited) 63 Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
  1. Apakah Dalil-Dalil Ulama' Dalam Mengkhususkan Hari-hari/Waktu/Masa Tertentu Untuk Melakukan Amal Ibadah ?
  2.  
  3. Apakah dalil-dalilnya ?
  4.  
  5. (Dalil 2)
  6.  
  7. Jawapan oleh Ustaz Idrus Ramli
  8.  
  9. Berikut ini dalil-dalil bolehnya menetapkan waktu-waktu tertentu untuk melakukan kebaikan dan ibadah.
  10.  
  11. Hadis Sayidina Bilal radhiyallahu ‘anhu
  12.  
  13. وَعَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِبِلاَلٍ عِنْدَ صَلاَةِ الْفَجْرِ: «يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِيْ بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي اْلإِسْلاَمِ فَإِنِّيْ سَمِعْتُ دُفَّ نَعْلَيْكَ فِي الْجَنَّةِ» قَالَ: مَا عَمِلْتُ عَمَلاً أَرْجَى عِنْدِيْ مِنْ أَنِّيْ لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُوْرًا فِيْ سَاعَةٍ مِنْ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطَّهُوْرِ مَا كُتِبَ لِيْ. وَفِيْ رِوَايَةٍ : قَالَ لِبِلاَلٍ: «بِمَ سَبَقْتَنِيْ إِلَى الْجَنَّةِ؟ قَالَ: مَا أَذَّنْتُ قَطُّ إِلاَّ صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ وَمَا أَصَابَنِيْ حَدَثٌ قَطُّ إِلاَّ تَوَضَّأْتُ وَرَأَيْتُ أَنَّ للهِ عَلَيَّ رَكْعَتَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «بِهِمَا» أَيْ نِلْتَ تِلْكَ الْمَنْزِلَةَ». رواه البخاري (1149) ومسلم (6274) وأحمد (9670) والنسائي في فضائل الصحابة (132) والبغوي (1011) وابن حبان (7085) وأبو يعلى (6104) وابن خزيمة (1208) وغيرهم.
  14.  
  15. “Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada Bilal ketika solat fajar: “Hai Bilal, kebaikan apa yang paling engkau harapkan pahalanya dalam Islam, kerana aku telah mendengar suara kedua sandalmu di syurga?”. Ia menjawab: “Kebaikan yang paling aku harapkan pahalanya adalah aku belum pernah berwudhu’, baik siang mahupun malam, kecuali aku melanjutkannya dengan solat sunat dua rakaat yang aku tentukan waktunya.” Dalam riwayat lain, beliau shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada Bilal: “Dengan apa kamu mendahuluiku ke syurga?” Ia menjawab: “Aku belum pernah azan kecuali aku solat sunat dua rakaat setelahnya. Dan aku belum pernah hadas, kecuali aku berwudhu setelahnya dan harus aku teruskan dengan solat sunat dua rakaat kerana Allah”. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Dengan dua kebaikan itu, kamu meraih darjat itu”.
  16.  
  17. (HR. al-Bukhari (1149), Muslim (6274), al-Nasa’i dalam Fadhail al-Shahabah (132), al-Baghawi (1011), Ibn Hibban (7085), Abu Ya’la (6104), Ibn Khuzaimah (1208), Ahmad (5/354), dan al-Hakim (1/313) yang menilainya sahih.)
  18.  
  19. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam belum pernah menyuruh atau mengerjakan solat dua rakaat setiap selesai berwudhu' atau setiap selesai azan, akan tetapi Bilal melakukannya atas ijtihadnya sendiri, tanpa dianjurkan dan tanpa bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.Ternyata Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam membenarkannya, bahkan memberinya khabar gembira tentang darjatnya di syurga, sehingga solat dua rakaat setiap selesai wudhu' menjadi sunat bagi seluruh umat. Dengan demikian, bererti menetapkan waktu ibadah berdasarkan ijtihad hukumnya boleh. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata ketika mengomentari hadis tersebut:
  20.  
  21. ويستفاد منه جواز الاجتهاد في توقيت العبادة لأن بلالا توصل إلى ما ذكرنا بالاستنباط فصوبه النبي صلى الله عليه و سلم
  22.  
  23. "Dari hadis tersebut dapat diambil faedah, bolehnya berijtihad dalam menetapkan waktu ibadah. Kerana sahabat Bilal mencapai darjat yang telah disebutkan berdasarkan istinbat (ijtihad), lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam membenarkannya.”
  24.  
  25. (Al-Hafiz Ibnu Hajar, Fath al-Bari, juz 3 hlm 34).
  26.  
  27. http://www.idrusramli.com/2014/dalil-tradisi-yasinan-dan-tahlilan/
RAW Paste Data
We use cookies for various purposes including analytics. By continuing to use Pastebin, you agree to our use of cookies as described in the Cookies Policy. OK, I Understand
 
Top