ak47suk1

#KerajaanGagal #KerajaanBodoh #KerajaanBangsat

Jun 27th, 2021
65
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.89 KB | None | 0 0
  1. Megat Abdul Rashid
  2. Stupid is knowing the truth seeing the truth but still believing the lies!
  3. Ya, kebodohan kadang kala boleh diwarisi, iman pula tidak dapat diwarisi. Bercakap hal ini, bukanlah untuk kita melabel orang tertentu itu bodoh mahupun bijak. Tidak juga saya mengaku diri ini bijak pandai. Kebodohan tidak perlu dilabel kerana kebodohan mudah terlihat dari tindak tanduk, percakapan mahupun kesetian dalam mengIYAkan sesuatu perkara.
  4. #KerajaanBodoh telah menjadi trending diMedSoc dek kerana gagal nya pemimpin mengawal kes Covid-19 di neraga tercinta. Terkini #KerajaanBangsat juga turun menjadi trending bagi marhaen meluahkan rasa kecewa mereka terhadap Kerajaan Malaysia. Terdahulu #KerajaanGagal dengan perkataan yang agak sopan digunakan.
  5. Bercakap mengenai tahap bodoh seseorang adalah suatu perkara yang sangat sensitif kebanyakan orang. Kerana tidak ada seorang manusia yang mahu digelar bodoh. Bodoh itu tersangatlah meluas untuk ditafsirkan.
  6. Bodoh Politik.
  7. Kita rakyat Malaysia harus membuka mata seluasnya agar tidak termasuk dalam kumpulan 'bodoh politik'. Ya benar ada sesetengah pihak mengatakan "apalah kau ini, semua benda nak dipolitikkan". Hakikatnya memang semua yang dilakukan di sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpalimen itu ada kaitnya dengan politik.
  8. Contoh:
  9. 1. Harga petrol naik melambung terpekik terlolong, kenaikan tersebut berkait dengan cara kerajaan (politik) mengawalnya. Sedangkan orang politik isi minyak pun tak reti bagaimana, sesen pun tidak dibelanjakan kerana ada peruntukan tersedia.
  10. 2. Peluang kerja yang sangat tipis serta sengit, akibat kerajaan (politik) gagal sediakan peluang kerja yang secukupnya. (kemasukan pelabur dan lain-lain). Sedangkan orang politik gerak kerja tak seberapa tapi terjamin kedudukan peluang kerjanya.
  11. 3. Gaji minima marhaen tidak dilaksana dengan kesungguhan, kerana gagalnya kerajaan (politik) mengurus hal tersebut. Sedangkan orang politik buat kerja dan keputusan teramat dangkal dan bodoh tetapi gaji dna elaun puluhan ribu masuk setiap bulan.
  12. 4. Banyak lagi contoh yang menunjukkan politik sangat berkait dengan kita. Sendiri fikirlah ya.
  13. Oleh yang demikian, rakyat marhaen jangan kita bodoh politik mahupun buta politik kerana kesannya amat buruk kepada negara malah diri kita sendiri sedangkan orang politik serta golongan kayangan yang celik politik terus menerus menjadi kaya dan maha kaya meninggalkan kita yang disangka kaya walhal miskin dinegara yang melimpah ruah hasil buminya. Selalu saya tekankan rakyat adalah tuan kepada pemerintah, kerana mereka hanya diberikan amanah untuk menguruskan negara ke arah yang menyenangkan rakyat.
  14. Jika masih adanya marhaen yang mencuri untuk memberi makan kepada anaknya, jika masih ada marhaen yang merempat tidur beralas kotak, itu adalah perkara nyata bertapa ramainya antara kita yang masih tergolong dalam kumpulan 'bodoh politik'. Kerana adanya marhaen yang membuta tuli serta bodoh politik membuang undi kepada mereka yang nyata gagal membela nasib marhaen.
  15. Rakyat wajib bijak politik untuk memastikan nasib kita terbela serta dapat hidup aman dan harmoni dalam neraga tercinta. Bangkit dan bukalah mata agar tidak terus diperbodohkan dan buat-buat bodoh. Berganding bahu lawan virus bodoh politik agar kita dapat bersama basmi pemimpin politik yang angkuh dan berlagak seperti negara ini abah dia yang punya. Jika boleh lawan selumat mungkin dan tinggalkan seorang dua agar generasi mendatang kenal siapa pemimpin yang angkuh dan berlagak bodoh sombong yang dimaksudkan.
  16. Terakhir kata, bodoh politik kah anda? Buka telefon bimbit masing-masing kemudian semak baki akaun bank anda. Jika anda tersenyum sinis maka terimalah hakikat masih ramai orang politik yang ketawa besar mengumpul kekayaan dengan senang lenang. Diharapkan 10 20 30 tahun mendatang, rakyat Malaysia akan terbela dan beralih daripada hamba menjadi tuan kepada pemerintah negara tercinta. Sekian.
  17. #KerajaanGagal #KerajaanBodoh #KerajaanBangsat
Add Comment
Please, Sign In to add comment