Advertisement
Not a member of Pastebin yet?
Sign Up,
it unlocks many cool features!
- SEJARAH HITAM WAHHABI YANG CUBA DIPADAM
- Pendokong-pendokong aliran wahhabi di Malaysia cuba untuk memadamkan sejarah hitam pengasas aliran wahhabiyyah iaitu Muhammad b Abdul Wahhab. Mereka cuba mengelirukan masyarakat dengan menyandarkan kepada Abdul Wahhab b Rustum dan telah dijawab secara ilmiah kerana aliran ini disebut sebagai wahbiyyah atau rustumiyyah.
- Mereka cuba untuk menafikan kewujudan wahhabi dan memfitnah sesiapa sahaja yang menentang mereka dengan tuduhan syiah dan sebagainya. Hal ini sebenarnya tidak pelik kerana asas aliran mereka ialah "sesiapa yang tidak mengikuti mereka adalah syirik, kafir dan pelaku bid'ah".
- Saya tidak menemui ulama' sezaman Muhammad b Abdul Wahhabi yang memujinya bahkan apa yang saya catitkan di bawah adalah kenyataan ulama' sezamannya yang menceritakan bagaimana dakyah dan fitnah yang telah dilakukan oleh Muhammad b Abdul Wahhab.
- Saya tertanya-tanya mengapa sebahagian daripada kita memilih pandangan ustaz atau syeikh wahhabi pada hari ini sedangkan mereka tidak hidup sezaman dengan Muhammad b Abdul Wahhab lalu mengenepikan pandangan abang kandungnya sendiri iaitu Sheikh Sulaiman b Abdul Wahhab yang menulis kitab الصواعق الالهية في الرد على الوهابية untuk mengtahzir daripada fahaman adiknya sendiri.
- Jika kita mengikuti kaedah ilmu hadith, Imam Bukhari mengsyaratkan perawi hadith bertemu dengan perawi sebelumnya untuk menentukan kesahihan hadith. Jika tidak sekurang-kurangnya atas syarat Imam Muslim iaitu hidup sezaman. Mengapa kaedah ini tidak digunakan di dalam isu wahhabi?
- Saya telah meneliti keseluruhan kitab Muhammad b Abdul Wahhab yang bertajuk كشف الشبهات dan kitab-kitabnya yang lain dan akhirnya memberikan saya satu keyakinan yang putus bahawa apa yang dinyatakan oleh Mufti Makkah merangkap Ketua tenaga pengajar di Makkah ketika pemerintahan Sultan Abdul hamid sebelum kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah, Syeikh Ahmad b Zaini Dahlan Rahimahullahu Ta'ala dan para ulama' yang menolak fahaman ini sangat benar.
- Di dalam kita Muhammad b Abd Wahhab perkataan syirik dan kafir sangat banyak yang ditujukan kepada kaum muslimin termasuk para ulama’. Ayat-ayat Al-Quran yang ditujukan (khitob) kepada orang kafir ditujukan kepada umat Islam sehingga disuruh memerangi kerana halal darah dan harta mereka. Bahkan dia menyandarkan kesyirikkan dengan sangkaannya sahaja bukan dengan kepastian seperti menuduh mereka yang mengziarahi kubur sebagai menyembah kubur dan sebagainya.
- Disini saya datangkan beberapa kenyataan daripada ribuan kenyataan para ulama’ ahlussunah wal jama’ah berkaitan dengan Muhammad b Abdul Wahhab dan gerakan hitam al-wahhabiyyah.
- Berkata Mufti Mazhab Hanbali As-Syeikh Muhammad b Abdullah b Hamid An-Najdi, wafat tahun 1225 H di dalam kitab beliau "السحب الوابلة على ضرائح الحنابلة” muka surat 276 tentang Muhammad b Abdul Wahhab “Sesungguhnya apabila didapati sesiapapun bercanggah dengannya dan menolaknya sedangkan dia tidak mampu membunuh secara terang-terangan, dia akan mengutuskan seseorang membunuhnya semasa tidur atau di pasar pada waktu malam dengan mengkafirkan sesiapa yang tidak mengikutinya dan menghalalkan pembunuhannya.
- Berkata Mufti Mazhab Syafie, As-Syeikh Ahmad Zaini Dahlan di dalam kitab beliau "الدرر السنية في الرد على الوهابية" muka surat 46. Muhammad b Abdul Wahhab telah berkata “Sesungguhnya aku menyeru kalian kepada tauhid dan meninggalkan syirik dengan Allah dan semua yang di bawah 7 petala langit adalah musyrik secara mutlak dan sesiapa yang membunuh orang musyrik maka baginya syurga.
- Muhammad b Abdul Wahhab bersama jemaahnya menghukumkan ke atas kaum muslimin dengan kufur serta menghalalkan darah dan harta mereka. Mereka mecemarkan kemulian Nabi kerana dengan perbuatan mereka adalah bahagian merendah-rendahkan Nabi Muhammad. Mereka secara jelas mengkafirkan umat semenjak 600 tahun. Muhammad b Abdul Wahhab yang memulakan perkara tadi dan berkata “Sesungguhnya aku datangkan kepada kalian agama yang baru”. Dia beranggapan sesungguhnya Islam terbatas hanya padanya dan pada mereka yang mengikutinya dan manusia yang selain mereka semuanya orang yang mengsyirikkan Allah. Lihat "الدرر السنية” mukasurat 42 dan selepasnya.
- Mufti Ahmad b Zaini Dahlan juga menyebut di dalam kitab beliau "أمراء البلد الحرام" mukasurat 297-298 sesungguhnya wahhabiyyah ketikamana mereka masuk ke Thaif mereka membunuh manusia secara menyeluruh merangkumi orang tua, kanak-kanak, rakyat, pemerintah, orang-orang mulia dan orang-orang biasa. Mereka menyembelih anak-anak di dalam pelukan ibu yang sedang menyusu dan membunuh manusia di dalam rumah-rumah dan kedai-kedai. Apabila mereka dapati orang yang sedang bertadarrus Al-Quran maka dibunuh kemudian mereka pergi ke masjid-masjid mereka membunuh lelaki yang sedang rukuk atau sujud. Mereka memijak-mijak dengan kaki-kaki mereka mushaf-mushaf dan menggantikan kitab Al-Bukhari dan Muslim dan kitab-kitab lain daripada kitab hadith, fiqh dan nahu kemudian dibuang dilorang-lorong sempit dan mereka mengambil harta orang islam lalu membahagikannya seperti membahagikan harta rampasan orang kafir.
- Berkata Ahmad b Zaini Dahlan di dalam kitab beliau "الدرر السنية" mukasurat 57 telah berkata As-Sayyid As-Syeikh ‘Alawi b Ahmad b Hasan Al-Haddad Ba’alawi di dalam kitab "جلاء الظلام في الرد على النجدي الذي أضلّ العوام" “Secara pasti pada kami dengan perkataan dan perbuatan Muhammad b Abd Wahhab telah terkeluar daripada kaedah Islam dengan menghalalkan perkara yang telah disepakati haramnya (membunuh kaum muslimin) dan perkara ini adalah perkara yang sudah diketahui di dalam agama disamping itu merendah-rendahkan Para Nabi, Para Rasul, Wali-Wali Allah dan Orang-Orang soleh. Menghina mereka adalah kufur secara ijmak oleh mazhab 4”.
- Maka terang lagi bersuluh sesungguhnya Muhammad b Abd Wahhab bersama pengikutnya telah membawa agama baru lain daripada Islam. Dia pernah berkata sesiapa yang bersama dakwah kami maka baginya jaminan kami ke atasnya dan sesiapa yang tidak bersama kami maka dia kafir, halal darah dan harta.
- Ustaz Mohd Al-Amin b Daud Al-Azhari
- BA (Hons) Usuluddin Akidah dan Falsafah
- Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement