Advertisement
ak47suk1

Catatan Dhuha Jumaat Ipohmali Sajat

Feb 3rd, 2020
215
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 10.14 KB | None | 0 0
  1. Sehari dua ni heboh pasal Sajat.. Aku mengelak untuk komen sebab yang mencemarkan rumah Allah.. Tempat suci ini bukan hanya pelaku maksiat, hatta kadang kadang datang dari orang Agama sendiri....
  2.  
  3. ada agamawan pendakwah menggunakan nama Allah..Ka'bah baitullah sebagai alat mereka berpoligami tanpa kebenaran.. menjadi kan alasan Ka'bah sebagai penyebab Jodoh mereka....ada pula dikalangan agamawan, yang jadi Baitullah, Ibadah haji dan Umrah sebagai alat Perniagaan mereka.. Berselfie dengan Ibadah mereka..
  4.  
  5. Ada Pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan salahlaku.. Akhirnya Ka'bah dab Baitullah ini menjadi tempat mensucikan segala Dosa dosa mereka.. bukan semua kelompok ini juga mencemarkan tempat suci..
  6.  
  7. dalam melibatkan perbuatan orang jahil yang juga ahli maksiat berbanding orang Alim, aku lebih takutkan orang Alim yang mencemarkan tempat suci dan agama.. Maksiat ni bukan saja menyentuh soal lelaki menyerupai perempuan.. Riya' dan Sum'ah juga maksiat.. Rasuah juga maksiat..
  8.  
  9. Jadi apapun niat mereka.. apapun tujuan mereka.. apapun Dosa mereka..Soal Ibadah mereka Itu antara mereka dan Allah... Kita perlu ingat, jika mereka ada niat buruk pasti Allah akan membalas setimpal bagi mereka..
  10.  
  11. وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا..
  12.  
  13. " dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya.. "
  14.  
  15. bukan urusan kita melaknat mereka.. apa yang penting.. Kita kena yakin apa yang pernah disampaikan Nabi kita akan tanda tanda Akhir zaman..
  16.  
  17. Benarlah sebagaimana Hadis Nabi, akan gambaran Ibadah Haji di akhir zaman menyentuh 4 Golongan ini... hari ini kita dapat lihat dihadapan mata kita ianya berlaku.. sebahagian pelakunya adalah orang agama sendiri.. Dan Dari Sahabat Nabi, Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah ﷺ bersabda
  18.  
  19. يَأْتِي على النَّاسِ زَمَانٌ يحجُّ أغنياؤهُم للنّزْهَةِ وَأَوْسَاطُهُمْ للتّجَارَةِ وَأَغْلَبُهُمْ للرِّيَاءِ والسُّمْعَةِ وفُقَرَاؤُهُمْ للمَسْأَلَةِ ...
  20.  
  21. Akan datang suatu masa, di mana orang kaya/Pemimpin di zaman itu berhaji untuk makan angin, kelompok menengahnya berhaji atas tujuan perniagaan, kebanyakan mereka(orang alim, ahli Qiraat) berhaji untuk riya dan sum’ah, dan orang-orang fakirnya berhaji untuk mengemis..”
  22.  
  23. ولهذا كان عمر يقول : الوفد كثير والحاجّ قليل..
  24.  
  25. Oleh itu telah berkata Saidina Umar RA, Pengunjung (MasjidilHaram) itu ramai, tetapi yang benar benar Haji itu sedikit..
  26.  
  27. Jadi dalam Soal Transgender, Status Sajat ni.. kebenarannya Ia bukan ditentukan dengan salinan IC...atau dokumen diri.. ia sudah dibahaskan oleh Ulama dulu.. membezakan kedudukan Mukhannas dan Khunsa.. ada ketikanya, ia hanya dapat dibuktikan dengan bukti klinikal..
  28.  
  29. bagi aku, Sebelum ini aku membaca laporan...sajat dah adakan pertemuan dengan JAKIM.. dan Ibu bapanya telah melafazkan sumpah yang dianya Khunsa.. jadi aku berpegang dengan dengan pengakuan dia Khunsa.. bagi aku ianya selesai..
  30.  
  31. Bukan jadi urusan kita..atau pun urusan Kerajaan pun untuk selidik.. Itu sebab bila ada kenyataan dari Menteri Agama untuk selidiki status Sajat, aku tak berapa setuju..tapi kalau ada agamawan,atau pegawai JAKIM nak selidik luar dalam Sajat.. Silakan saja..
  32.  
  33. Tapi kita kena ingat, peringatan Nabi kepada pemerintah sebagaimana Sabda Nabi...
  34.  
  35. إِنَّ الأَمِيرَ إِذَا ابْتَغَى الرِّيبَةَ فِي النَّاسِ أَفْسَدَهُمْ.
  36.  
  37. " Sesungguhnya seorang pemerintah, apabila dia mencari-cari kesalahan rakyatnya, bererti dia merosakkan mereka.."
  38.  
  39. Apapun Doa saja yang terbaik..Semoga Allah bagi Hidayah..
  40.  
  41. ..Aku sentiasa berbeza dengan sahabat PH sendiri.. Aku pernah tulis sebelum ini pasal Khunsa dan Mukhannas..
  42. aku copy balik jer lah..
  43.  
  44. ---------------------------------------------------------
  45. Mengapa Perlu Diskriminasikan Transgender ?
  46.  
  47. 2- KEDUDUKAN TRANSGENDER DAN KHUNSA DALAM ISLAM
  48.  
  49. Walaupun takrifan transgender(Mukhannas) dan Khunsa berlainan dikalangan Fuqaha, Bagi mereka yang faham agama, simptom penyakit mereka ini hampir sama..punca perubahan mereka ini sangat kompleks untuk dibezakan samada ia akibat kecenderungan seks atau faktor genitik..ia hanya dapat ditentukan dengan bukti klinikal..
  50.  
  51. Sebelum ini aku dah tulis, di dalam Kitab Feqah telah membahaskan kedudukan kelompok (Khunsa) ini di dalam jenis mereka , perbahasan tentang Khunsa Musykil dan Ghair Mushykil.. telah dibahaskan hak kedudukan mereka di dalam Kitab Feqah, maksudnya kedudukan mereka di iktiraf ?..termasuklah Aurat mereka , kedudukan mereka dalam bab faraid termasuk kedudukan ketika Solat..
  52.  
  53. Bukan kah dalam Hadis Nabi sendiri menceritakan kepada kita keampunan Allah yg di berikan kepada wanita yg dipanggil مُومِسَةٍ Mumisah" iaitu gelaran yang seringkali di berikan kepada wanita penzina dan pelacur.. bukan kah keampunan Allah diberikan kepada seorang pelacur hanya kerana melepaskan seekor anjing dari kehausan dari panas terit matahari.. ? Bukan kah kerja baik mereka diiktiraf oleh Allah ?
  54.  
  55. 3- LELAKI FAJIR MENANGKAN ISLAM ?
  56.  
  57. Bagitu juga kisah Abu Mihjan, Seorang Penagih Arak , yang sering mengulang ulang perbuatannya minum arak yang mana dia bercita cita Syahid dijalan Allah.. ? Abu Mihjan telah membantu tentera Islam dalam perang Qadisiyah memerangi angkatan tentera Parsi .. Bukan terkadang Allah menangkan Islam itu dari kalangan lelaki Fajir ? sebagaimana Hadis Nabi..
  58.  
  59. إِنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَّا نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ
  60.  
  61. "Sesungguhnya tidak masuk syurga kecuali jiwanya muslim dan sesungguhnya Allah akan menguatkan deen(Agama) ini dengan lelakii fajir..."
  62.  
  63. Imam Bukhari didalam Kitabnya meletakkan hadis ini dalam perbahasan Bab Niat " Nilai Amal ditentukan Di Pengakhirannya ".. Bukan kah kisah Abu Mihjan ini akhirnya bertaubat walaupun sering mengulang perbuatan meminum arak..
  64.  
  65. dalam hadis Nabi, bab arak sahaja ada 10 golongan yang dilaknat Allah.. bagaimana kedudukan kerajaan Negeri kelantan yang membenarkan dan mengeluarkan lesen arak ? bukan kah demi Maslahah sebagai pemerintah ? apakah itu satu bentuk pengiktirafan terhadap Dosa arak ?
  66.  
  67. Sebahagian riwayat Hadis tentang lelaki Fajir ini berpunca dari kisah seorang yang gagah perkasa, Pemberani berjihad di jalan Allah.. Sehingga dikalangan Sahabat selalu Memuji keberaniannya.. Lalu selepas matinya, Nabi mengatakan Tempatnya di Neraka.. Kenapa ? hanya kerana dia Membunuh diri akibat dari tidak dapat menahan luka dan sakit akibat perang..dan Akhir hidupnya dia membunuh Diri..
  68.  
  69. 4- LAKNAT ALLAH BUKAN HANYA KEPADA TRANSGENDER
  70.  
  71. Jika kita berbicara soal laknat Allah, Laknat itu bukan hanya kepada kelompok Fajir seperti transgender dan LGBT.. Tetapi Perasuah.. Kata Pemuda PAS, Perlantikan ini mencabar Islam kerana Trangender ini masuk dalam kesalahan Syariah.. kalau begitu logiknya kenapa Sajat, Syafie Elyas sehingga hari ini tidak didakwa, dan ramai diluar sana tidak didakwa ? apakah mereka diiktiraf oleh Islam selama ini ?
  72.  
  73. Pemuda PAS ini cuma acah acah nak jadi hero kepada Ummat Islam sedangkan Sajat bersama kekasihnya bebas ke Kelantan tanpa tindakan pun..
  74.  
  75. Kalau begitu logiknya Azalina yang menyerupai lelaki jika dirujuk kepada hadis Nabi tergolong dalam kesalahan Syariah, diberikan kedudukan istimewa dalam menyokong usul (RUU355), Kenapa kita tidak boleh menyokong usaha membanteras AIDS.. bukan kah itu konsep taawun dalam perkara baik..
  76.  
  77. Ingat, Dalam Islam, dalam hadis dengan lafaz laknat Nabi SAW (لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ ) bukan saja kesalahan itu melibatkan lelaki menyerupai Perempuan(Pondan) الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ Tetapi perempuan yang menyerupai gaya lelaki الْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ.. ketika PAS bersama Azalina dalam Pembentangan RUU 355, apakah PAS mencabar Islam ? ketika itu tidak ada calon lainkan melainkan Azalina ?
  78.  
  79. cumanya kitab Fathul al-Bari, al-Thabari menjelaskan maksud laknat ( لعن ) disini, bermakna tidak harus ( لا يجوز ) iaitu haram..sama kedudukannya hukum mereka yang tidak menutup aurat..
  80.  
  81. Begitu juga perbuatan Syirik itu perbuatan yang Dilaknat Allah, Kalau hanya mahu menggunakan maksud lafaz ayat secara zahir..bukan kah jelas ayat Quran mengatakan
  82.  
  83. إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ
  84.  
  85. Sesungguhnya orang Musyrik itu Najis..
  86.  
  87. Kenapa pula bukan Islam termasuk P Balasubramaniam. mereka yang menyembah berhala diberi ruang sebagai ahli dewan Kelab Penyokong bersama dengan PAS ?
  88.  
  89. Begitu juga perbuatan Rasuah.. Bukan kah laknat Allah juga kepada pelaku rasuah, Kenapa ada Ulama dan Ustaz berbangga dengan Perasuah sehingga dilantik penasihat dan beranggapan dia lebih baik kedudukannya dari Almarhum Tok Guru Nik Aziz..
  90.  
  91. Sedangkan bukan kah laknat Allah kepada kelompok ini juga ? Jika si penasihat ini kita kena bersangka baik kononnya atas tujuan baik, kenapa tidak kelompok Trangender ini ?
  92.  
  93. لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ
  94.  
  95. Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah”
  96.  
  97. ( Riwayat Abu Daud, Tirmizi )
  98.  
  99. 5- JANGAN BERASA MULIA DARI AHLI MAKSIAT
  100.  
  101. Itu sebabnya.. Jangan merasakan diri itu mulia, hatta kamu itu seorang Ulama..Hatta kamu bukan dikalangan Ahli Maksiat.. Pernahkah kita mendengar kisah seorang ahli Ibadat sebagaimana kisah Bal'am Bin Aura yang akhir hidupnya ke Neraka dan ada dikalangan Ahli Maksiat ke Syurga ?
  102.  
  103. selagi masih bernyawa, pintu Taubat masih terbuka.. bukan kah Allah maha pengampun lagi penerima taubat..
  104.  
  105. Sebagaimana firman Allah..
  106.  
  107. نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ ..
  108.  
  109. Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu, bahawa sesungguhnya Aku-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
  110.  
  111. (Al-Hijr-Ayat 49)
  112.  
  113. Ipohmali
  114.  
  115. Catatan Dhuha Jumaat
  116.  
  117. 12 Julai 2019
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement