Advertisement
ak47suk1

PENGENALAN KAUM MUJASSIMAH

Feb 25th, 2016
98
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 4.43 KB | None | 0 0
  1. {PENGENALAN KAUM MUJASSIMAH}
  2.  
  3. # Wahhabi Malaysia selalu mencanangkan bid'ah baca yasin malam jumaat, tahlil arwah, sambutan maulid, talqin, hadiah pahala kepada si mati dan lain-lain perkara yang bersifat khilafiyyah fiqhiyyah ijtihadiyyah tetapi mereka seolah-olah melupakan kewujudan satu aliran akidah yang sesat lagi menyesatkan yang berasal daripada sebahagian besar Ulama' Mazhab Imam Ahmad Bin Hanbal yang dikenali sebagai Al-Hanabilah Al-Mujassimah. {Rujuk Thobaqat al-Syafi'iyyah al-Kubra, Imam Taj al-din al-Subki} {Rujuk Sir A'laam al-Nubala', Imam al-Zahabi} {Rujuk Tarikh al-Mazaahib al-Islamiyyah, Abu Zahrah}.
  4.  
  5. # Saya tidak pasti kenapa mereka melupakan bid'ah yang dholalah ini sedangkan bid'ah di dalam akidah akan membawa kepada kekufuran. Nau'zubillahi min zaalik. Adapun bid'ah di dalam ibadah paling tinggi pun membawa kepada dosa besar dan tidak akan mengeluarkan seseorang daripada Islam.
  6.  
  7. # Adakah kerana mereka ingin menyembunyikan kaitan fahaman Wahhabi dengan aliran Al-Hanabilah Al-Mujassimah ini atau mereka sebenarnya tidak mampu untuk berhadapan dengan kekuatan pegangan akidah sifat 20 al-'Asyaairah yang berakar umbi di negara kita sejak dahulu lagi. Bahkan kaitan ini telah diketahui umum oleh Ulama' Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah dan penuntut ilmu di Malaysia dan Arab.
  8.  
  9. # Di sini saya kongsikan pengenalan kepada aliran mujassimah yang dipetik daripada kitab I'tiqad Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah oleh seorang ulama' besar di Indonesia, Kiyai Haji Sirajuddin Abbas (1905M-1980M).
  10.  
  11. {1} Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
  12. {2} Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
  13. {3} Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
  14. {4} Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
  15.  
  16. {5} Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam Ahmad bin Hanbal tidak berkeyakinan dan tidak beraqidah sebagaimana mereka.
  17. {6} Imam-imam dan guru-guru besar kaum musyabbihah di antaranya adalah;
  18. 1. Abu Abdillah bin Hamad bin 'Ali al-Bogdadi al-Warraq (meninggal 403H). beliau ini pengarang kitab usuluddin yang bernama “syarah usluddin”, di mana dihuraikan banyak tentang tashbih, yakni keserupaan Allah dengan makhluk.
  19. 2. Qadhi Abu Ja'la Muhammad bin Hussein bin Khalaf bin Farra' al-Hanbali (meninggal 458H). beliau ini banyak mengarang kitab usuluddin yang banyak memperkatakan tentang tashbih. Ada ulama' mengatakan bahawa : “aib yang dibuat oleh Abu Ja'la ini tidak dapat dibersihkan dengan air sebanyak air laut sekalipun”.
  20.  
  21. 3. Abu Hassan Ali bin Ubaidillah bin Nashar az-Zugwani al-Hanbali (meninggal 527H). beliau pengarang sebuah buku usuluddin yang bernama “al-Idah”, di mana banyak menerangkan soal tashbih dan taklim.
  22.  
  23. 4. Ja'ad bin Dirhan.
  24.  
  25. 5. Bayan bin Ismail.
  26.  
  27. 6. Muhammad bin Kiram (meninggal 256H).
  28. 7. Hisyam al-Juwaliqi.
  29. 8. Yunus bin Abdirrahman.
  30.  
  31. 9. 'Ali bin Mansur.
  32. # Nombor (6) sampai (9) ini memfatwakan bahawa Allah itu bertempat, dan tempatnya di atas, boleh ditunjuk dengan telunjuk ke atas.
  33. 10. Muaz al-Anbari yang memfatwakan bahawa Allah lelaki.
  34. 11. Daud al-Jawarihi yang memfatwakan bahawa Allah itu mempunyai anggota serupa dengan anggota manusia seluruhnya.
  35.  
  36. 12. Dan ramai lagi.
  37.  
  38. # Seorang ulama' Islam daripada kaum Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah bernama Jamaluddin Ibnu al-Jauzi al-Hanbali (ini bukan Ibnul Qayyim al-Jauzi) telah mengarang sebuah kitab untuk menolak fahaman kaum musyabbihah ini yang diberi nama “Daf'u Syubahit Tashbih war Rad 'alal Mujassimah” (penolak syubhah tashbih dan penentang kaum mujassimah).
  39.  
  40. # Saya mengesyorkan kepada sahabat-sahabat yang ingin mendalami prinsip-prinsip akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah untuk mendapat buku ini. Bahasanya mudah dan penerangannya jelas.
  41.  
  42. Diolah bahasa oleh,
  43. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  44. Usuluddin Akidah dan Falsafah
  45. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement