SHARE
TWEET

KHUTBAH AL-WIDA' RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM

ak47suk1 Apr 27th, 2016 (edited) 62 Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
  1. KHUTBAH AL-WIDA' RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM
  2. pada 6hb Mac 2013 jam 11.32 ptg
  3.  
  4. وأخرج ابن مردويه عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حج النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم حجة الوداع ثم أخذ بحلقة باب الكعبة قال : أيها الناس ألا أخبركم بأشراط الساعة فقام إليه سلمان رضي الله عنه فقال : أخبرنا فداك أبي
  5.  
  6.  وأمي يا رسول الله ، قال : إن من أشراط الساعة إضاعة الصلاة والميل مع الهوى وتعظيم رب المال ،فَقَلَ سَلْمَانُ: وَيَكُوْنُ هَـٰذَا يَا رَسُوْل اللهِ؟ قَالَ: نَعَمْ وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، فَعِنْدَ ذٰلِكَ يَا سَلْمَانُ تَكُوْنُ اَلزَّكَاةُمَغْرَمًا وَالْفَىءُ مَغْنَمًا، وَيُصَدَّقُ الْكَاذَّبُ، وَيُكاذِبُ الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ الْخَائِنُ، وَيَخُونُ الأَمِيْنُ، وَيَتَكَلَّمُ الرُّوبَيْضَةُ، قَالَ: وَمَا الرُّوَبَيْضَةُ؟ قَالَ: يَتَكَلَمُ فِيْ النَّاسِ مَنْ لَّمْ يَتَكَلَّمُ، وَيُنْكِرُ الْحَقِّ تِسْعَةَ أَعْشَارِهِمْ، وَيَذْهَبُ الإِسْلاَمُ فَلاَ بَيْقىٰ إِلاَّ اسْمُةُ، وَيَذْهَبُ الْقُرْآنُ فَلاَ بَيْقىٰ إِلاَّ رَسْمُهُ، وَتُحَلَّى الْمَصَاحِفُ بِالذَّهَبٍ، وَتَتَسَمَّنُ ذُكُوْرُ أُمَّتِي، وَتَكُوْنُ الْمَشْوَرَةُ لِلإِمَاءِ، وَيَخْطُبُ عَلىٰ الْمَنَابِر الصِّبْيَانُ، وَتَكُوْنُ الْمُخَاطَبَةُ لِلِّنسَاءِ، فَعِنْدَ ذٰلِكَ تُزَخْرَفُ الْمَسَاجِدُ كَمَا تُزَخْرَفُ الْكَنَائِسْ وَالْبَيْعُ، وَتَطُوْلُ الْمَنآئِرُ، وَتَكْثُرُ الصُّفُوْفُ،مَعَ قُلُوْبٍ مُتَبَاغِضَةٍ، وأََلْسُنٍ مُخْتَلِفَةٍ، وَأَهْوَآءٍ جَمَّةٍ. قَالَ سَلْمَانُ: وَيَكُوْنُ ذٰلِكَ يَارَسُوْلَ الله؟ قَالَ:نَعَمْ وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، عِنْدَ ذٰلِكَ يَا سَلْمََانُ يَكُوْنُ الْمُؤْمِنُ فِيْهِمْ أَذَلَّ مِنَ الأَمِة يَذُوْبُ قَلْبُهُ فِيْ جَوْفِهِ كَمَايَذُوْبُ الْمِلحُ فِيْ الْمَاءِ مِمَّايَرٰى مِنَ الْمَنْكَرِفَلاَ يَسْتَطِيْعَ اَنْ يُغَيِّرَهُ، وَيَكْتَفِيْ الرِّجَالُ بِالرِّجَالِ، وَالنِّسَآءُ بِالِّسَآءِ، وَيُغَارُ عَلىٰ الْغِلْمَانِ كَمَا يُغَارُ عَلىٰ الْخَارِيَةِ الْبِكْرِ، فَعِنْدَ ذٰلِكَ يَا سَلْمَانُ أُمَرَاٌء فَسَقَةٌ، وَوُزَرَاٌء فَجَرَةٌ وَاُمَنَاٌء خُوْنَةٌ يُضَيِّعُوْنَ الصَّلَوَاتِ وَيَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ، فَإِنْ أَدْرَكْتُمُوْهُمْ فَصَلُّوْا صَلاَتَكُمْ لِوَقْتِهَا.عِنْدَذٰلِكَ يَا سَلْمَانُ يَجِيءُ سَبِيٌّ مِنَ الْمَشْرِقِ وَسَبِيٌّ مِنَ الْمَغْرِبِ جُثَآؤُهُمْ جُثَآؤُ النَّاسِ وَقُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الشَّيَـٰطِينِ لاَيَرْحَمُوْنَ صَغِيْرًا وَلاَيُوَقِّرُونَ كَيْرًا، عِنْدَ ذٰلِكَ يَاسَلْمَانُ يَحُجَّ النَّاسُ إِلىٰ هَـٰذَا الْحَرَامِ َتَحُخُّ مُلُوْكُهُمْ لَهْوًا وَتَنَزُّهًا وَأَغْنَيَاؤُهُمْ لِلتِّجَارَةِ وَمَسَاكِيْنُهُمْ لِلمَسْأَلَةِ وَقُرَّاؤُهُم رِيَاءً وَسُمْعَةً. قَالَ: وَيَكُوْنُ ذٰلِكَ يَا رَسُوْلَ الله؟ قال: نَعَمْ وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ، عِنْدَ ذٰلِكَ يَا سَلْمَانُ يَفْشُوْ الكَذْبُ وَيَظْهَرُ الْكَوْكَبُ لَهُ الذُّنُبُ، وَتُشََارِكُ الْمَرْأَةُ زَوْخَهَا فِيْ التِّجَارَةِ وَتَتَقَارَبُ الأَسْوَاقُ. قَالَ: وَمَا تَتَارُبُهَا؟ قَالَ: كَسَادُهَا وَقِلَّةُ إَرْبَاحِهَا عِنْدَ ذٰلِكَ يَا سَلْمَانُ بَيْعَثُ اللهُ رِيْحًا فِيْهَا حَيَّاتٌ صَفَرٌأ فَتَلْتَقِطُ رُؤُسَاءُ الْعُلَمَآءِ لَمُنْكَرَ فَلَمْ يُغَيِّرُوْهُ قَالَ: وَيَكُوْنُ ذٰلِكَ يَا رَسُوْلَ الله؟ قَالَ: نَعَمْ وَالِّذِيْ بَعَثَ مُحَمَّدًا بِالْحَقِّ – كتب الدُّرُّ المَنْشُوْرزِ.
  7.  
  8.  
  9.  
  10. Ibnu Mardawaih telah mengeluarkan daripada Ibnu Abbas radiallahu anhu, katanya: Rasullullah sallallahu alaihi wasallam telah mengerjakan Haji Perpisahan. Baginda membuat halaqah dihadapan pintu Kaabah, Baginda bersabda: “Wahai Manusia! Mahukah kamu beritahu alamat Qiamat?”, Maka bangunlah Salman radiyallahu anhu sambil berkata: Sila beritahu kami, ayah dan emak saya jadi tebusan Tuan. Baginda bersabda: Setengah daripada alamat (isharat) Qiamat itu adalah:
  11.  
  12. 1. Mencuaikan Sembahyang.
  13.  
  14. 2. Dan menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat).
  15.  
  16. 3. Dan memuliakan hartawan.
  17.  
  18. Salman radiyallahu anhu bertanya: Apakah berlaku perkara ini?
  19.  
  20. Baginda menjawab: Ya demi ALLAH Subhanahu wa Ta'ala yang mana diriku ditanganNya
  21.  
  22. Ketika itu wahai Salman:
  23.  
  24. 4. Dan Zakat menjadi bebanan hutang.
  25.  
  26. 5. Dan Hasil kekayaan yang diambil daripada peninggalan orang kafir atau sebagainya menjadi rebutan.
  27.  
  28. 6. Dan dipercayai kata-kata pembohong.
  29.  
  30. 7. Dan didustakan (ditolak) kata-kata orang benar
  31.  
  32. 8. Dan memberi amanah kepada orang yang khianat.
  33.  
  34. 9. Dan dikhianatkan orang yang amanah.
  35.  
  36. 10. Dan bercakap dikhalayak ramai oleh orang yang tidak sepatutnya bercakap (ruwaibidhah)
  37.  
  38. 11. Dan ditolak akan kebenaran Al-Quran dan Sunnah oleh 9 dari 10 mereka.
  39.  
  40. 12. Dan lenyaplah Islam, hanya tinggal namanya sahaja.
  41.  
  42. 13. Dan Al-Quran diabaikan kehendak dan tuntutannya, Hanya tinggal tulisannya sahaja.
  43.  
  44. 14. Dan dihiaskan Al-Quran dengan tinta Emas
  45.  
  46. 15. Dan kaum lelaki menjadi gemuk(lemah).
  47.  
  48. 16. Dan kaum wanita mengetuai & pendapatnya dipatuhi didalam mesyuarat.
  49.  
  50. 17. Dan anak-anak muda(remaja) membaca khutbah diatas mimbar.
  51.  
  52. 18. Dan akan berkhutbah oleh kaum wanita.
  53.  
  54. 19. Dan ketika itu dihiaskan masjid sepertimana dihiaskan gereja Kristian dan Kuil Yahudi.
  55.  
  56. 20. Dan ditinggikan binaan menara masjid.
  57.  
  58. 21. Dan akan ramai orang yang mengunjungi masjid tetapi hati mereka saling benci membenci.
  59.  
  60. 22. Dan mereka bertengkar/bertikam lidah didalam masjid.
  61.  
  62. 23. Dan mereka berkumpul untuk hawa’.Salman radiyallahu anhu lagi: Apakah perkara ini akan berlaku demikian itu, wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam?
  63.  
  64. Baginda menjawab: Ya demi ALLAH Subhanahu wa Ta'ala yang mana diriku ditanganNya:
  65.  
  66. 24. Ketika itu keadaan orang mukmin lebih hina daripada hamba sahaya perempuan. Hancur hatinya bagai hancurnya garam dalam air kerana terlalu sedih melihat amalan mungkar yang berlaku yang tidak berdaya disekat dan diubahmya.
  67.  
  68. 25. Dan kaum lelaki didalam memuaskan nafsunya pada kaum sejenis (Amalan kaum Lut) manakala kaum wanita juga pada kaum sejenisnya.
  69.  
  70. 26. Dan dicemburui kepada remaja comel bagaimana dicemburui anak dara.
  71.  
  72. 27. Ketika itu wahai Salman, Pemerintah terdiri dari golongan fasik.
  73.  
  74. 28. Dan manakala menterinya pula dari golongan yang jahat.
  75.  
  76. 29. Dan Pemegang amanah pula dari golongan pengkhianat, Mereka mencuaikan sembahyang dan menurut hawa nafsu.
  77.  
  78. Sekiranya kamu berada dizaman itu, maka kerjakan sembahyang ketika masuk waktunya.
  79.  
  80. 30. Ketika itu Salman! Datanglah tentera-tentera upahan dari timur dan barat, Tingkah laku mereka seperti maanusia manakala hati mereka seperti syaitan(sentiasa merancang kejahatan), Mereka tidak kasihan belas kepada golongan muda dan tidak menghormati golongan tua,
  81.  
  82. Ketika itu wahai Salman!,
  83.  
  84. 31. Ramai orang berkunjung ke Baitullah kerana mengerjakan Haji.
  85.  
  86. 32. Raja dan Pemerintah berkunjung ke Baitullah untuk berseronok dan makan angin/melancung.
  87.  
  88. 33. Dan manakala golongan kaya dan korporat pergi ke Baitullah kerana urusan perniagaan.
  89.  
  90. 34. Dan disamping itu golongan miskin pula kerana memohon derma dan sedekah
  91.  
  92. 35. Dan manakala golongan Ulama’ dan Qori mencari nama dan kemegahan.
  93.  
  94. Bertanya Salman radiyallahu anhu dengan perasaan hairan: Apakah berlaku perkara seperti itu?,
  95.  
  96. Baginda menjawab: Ya demi ALLAH Subhanahu wa Ta'ala yang mana nyawaku ditanganNya.
  97.  
  98. Ketika itu wahai Salman:
  99.  
  100. 36. Dusta dan pembohongan menjadi perkara lumrah dan tersebar dengan meluas.
  101.  
  102. 37. Dan akan muncul bintang berekor.
  103.  
  104. 38. Kaum wanita giat membantu suami mereka dalam perniagaan.
  105.  
  106. 39. Pasar dan kedai berdekatan
  107.  
  108. Salman radiyallahu anhu bertanya: Apakah dimaksudkan dengan berdekatan?
  109.  
  110. Baginda menjawab: Merosot perniagaan dan kurang keuntungan,
  111.  
  112. Ketika itu wahai Salman!,
  113.  
  114. 40. ALLAH akan membangkitkan ribut taufan yang didalamnya terdapat ular-ular kuning yang akan menyambar & memenggal kepala Para Alim Ulama’ yang melihat amalan-amalan mungkar dilakukan tetapi tidak menghalangnya dan mengubahnya.
  115.  
  116. Bertanya Salman radiyallahu anhu dengan perasaan hairan: Apakah berlaku perkara yang sedemikian?
  117.  
  118. Baginda menjawab: Ya demi ALLAH Subhanahu wa Ta'ala yang membangkitkan Muhammad yang dengan Agama yang benar.
  119.  
  120.  
  121.  
  122.  
  123.  
  124. Tafsir Al-Durr al-Manthur (Al-Imam Al-Suyuthi RA)
RAW Paste Data
We use cookies for various purposes including analytics. By continuing to use Pastebin, you agree to our use of cookies as described in the Cookies Policy. OK, I Understand
 
Top