Advertisement
ak47suk1

batal wuduk menurut imam syafi'i

Mar 5th, 2016
108
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.61 KB | None | 0 0
  1. #‎Di‬ bawah adalah contoh komen pendokong aliran Wahhabi yang menjadi bukti mengapa fahaman Wahhabi dianggap aliran ekstrimis kerana ketikamana mereka memilih satu pandangan, mereka akan memperlekeh dan menidakkan pandangan orang lain sekalipun Imam Besar semisal Imam Syafie رضي الله عنه
  2.  
  3. ‪#‎Sebab‬ itu saya katakan fahaman Wahhabi bukan dilihat kepada pandangan siapa yang mereka pilih tetapi mereka digelar Wahhabi ketikamana mereka tidak dapat menerima perbezaan pandangan orang lain di dalam beragama.
  4.  
  5. ‪#‎Sebagai‬ contoh ketikamana mereka memilih pandangan Imam selain Imam Syafie di dalam masalah batal wudhuk menyentuh isteri mereka akan mengatakan seperti berikut ;
  6.  
  7. 1) Sebenarnya pandangan Imam Syafie lemah.
  8. 2) Pandangan Imam Syafie tidak tepat di dalam masalah ini.
  9. 3) Pandangan Imam Syafie menyusahkan.
  10. 4) Pandangan Imam Syafie bid'ah dholalah.
  11. 5) Kita mesti ikut pandangan yang paling kuat dan tidak boleh mengikuti pandangan Imam Syafie dalam hal ini kerana ia tidak kuat.
  12. 6) Sebenarnya sentuh isteri tidak batal wudhuk dengan erti kata lain pandangan Mazhab Syafie tidak benar dalam masalah ini.
  13.  
  14. ‪#‎Perkataan‬-perkataan ini bukan hanya datang daripada orang awam yang mendokong Wahhabi bahkan mufti Wahhabi dan tokoh-tokoh rujukan mereka. Maka di sinilah bermulanya usul golongan Wahhabi iaitu "menganggap hanya mereka yang paling benar dan menidakkan pandangan orang lain lalu memerangi orang lain untuk mengikuti apa yang mereka pegang".
  15.  
  16. ‪#‎Tuan‬-Tuan! Pandangan Imam Syafie di dalam isu batal wudhuk bukan pandangan Imam Syafie seorang bahkan ia pandangan para sahabat dan para tabi'ein yang besar-besar. Ini dapat difahami melalui kenyataan di bawah ;
  17.  
  18. ‪#‎Berkata‬ Imam Ibnu Jarir Rahimahullah:
  19.  
  20. وقال آخرون: عنى الله بذلك كلَّ لمسٍ، بيدٍ كان أو بغيرها من أعضاء جسد الإنسان وأوجبوا الوضوءَ على من مسَّ بشيء من جسده شيئًا من جسدها مفضيًا إليه.
  21.  
  22. “Berkatalah ulama lainnya: makna ayat Allah tersebut adalah semua bentuk sentuhan, baik dengan tangan atau selainnya, dari anggota jasad manusia. Maka, wajiblah berwudhu bagi siapa saja yang anggota tubuhnya menyentuh isterinya.” Rujukan: Imam Abu Ja’far bin Jarir Ath Thabari, Jami’ul Bayan fi Ta’wilil Quran, Juz. 8, Hal. 392. Al Maktabah Asy Syamilah
  23.  
  24. ‪#‎Inilah‬ tafsir dari Ibnu Mas’ud, Abu Ubaidah, Ibnu Umar, Said bin Jubeir, ‘Atha, Ibnu ‘Aun, Hammad. Rujukan : Imam Abu Ja’far bin Jarir Ath Thabari, Jami’ul Bayan fi Ta’wilil Quran, Juz. 8, Hal. 393-395. Al Maktabah Asy Syamilah.
  25.  
  26. ‪#‎Secara‬ sedar atau tidak mereka telah memperlekeh dan menghina pandangan sahabat Nabi seumpama Ibnu Mas'ud, Abu Ubaidah, Ibnu Umar dan menghina pandangan pembesar tabi'ein semisal Said bin Jubeir, 'Atha, Ibnu Aun dan Hammad رضي الله تعالى عنهم أجمعين
  27.  
  28. ‪#‎Kita‬ yang mengikuti mazhab Syafie tidak pernah mengatakan pandangan mazhab lain salah, lemah atau tidak betul kerana kita diajar dengan disiplin ilmu ;
  29.  
  30. الاجتهاد لا ينقض بالاجتهاد
  31.  
  32. "Ijtihad seseorang mujtahid tidak akan dibatalkan dengan pandangan mujtahid yang lain".
  33.  
  34. #Kita tidak akan marah orang yang ada 10 biji kereta kerana itu hak dia tetapi kita akan marah apabila dia parking di dalam kawasan rumah kita sehingga menganggu kita.
  35.  
  36. ‪#‎Fahaman‬ Wahhabi adalah fahaman ekstrimis. Jom tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi. Berlapang dada dengan perbezaan pandangan para ulama muktabar.
  37.  
  38. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  39. Usuluddin Akidah dan Falsafah
  40. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement