Advertisement
ak47suk1

kuning bayi jaundice

Apr 9th, 2017
156
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.98 KB | None | 0 0
  1. Ni masalah besar bila bertanya kepada tempat tidak sepatutnya. Hal seperti physiological jaundice/kuning yang berlaku 24jam selepas kelahiran ni kena monitor paras ikut UMUR kanak2 tersebut selepas dilahirkan dan paras dia. Visual evaluation(tekan dan tengok sahaja) TIDAK MENCUKUPI untuk menilai paras kuning tersebut. Sebab itu anda digalakkan untuk TIDAK MEMANDAI MANDAI nilai sendiri. Pergi je klinik atau tunggu lawatan jururawat masyarakat untuk melawat rumah. Tak susah pon.
  2.  
  3. Kalau memandai mandai dan TAK RETI, paras kuning dan bilirubin yang tinggi boleh menyebabkan kernicterus, acute bilirubin encephalopathy dan bilirubin induced neurologic dysfunction dimana semua ini boleh menyebabkan kecacatan dan kelumpuhan kekal. Pergi tanya ntah siapa2 pasal masa depan anak tu dah kenapa. Tak takut ke?
  4.  
  5. 1) Menilai melalui penglihatan ini kita panggil sebagai Kramer's Rule dimana certain paras kuning itu dapat dilihat dari kepala hingga ke kaki. Lagi tinggi paras lagi kebawah turun kuning tu. Secara general not absolute(tak semestinya). Sebab tu bahaya kalau menilai hanya melalui pemerhatian, apetah lagi oleh golongan yang tidak bertauliah.
  6.  
  7. 2) Nak tekan kulit tu bukan boleh tekan sebarang. Kena dekat lokasi2 tertentu yang mempunyai bony prominence(tulang dimana anda boleh tahu lokasi berdasarkan sentuhan). Contohnya frontal bone, sternum, lateral maleollus ataupon lokasi common seperti palmar crease, suprapubic, anterolateral thigh. Tak tahu lokasi2 tersebut tak mengapa gerenti doktor/nurse akan check.
  8.  
  9. 3) Nak nilai melalui penglihatan pon anda tak boleh main sebat tengok dan tekan macam tu sahaja. Kena dibawah DIRECT SUNLIGHT(cahaya matahari) sebab cahaya matahari termasuk juga spectrum wavelength dimana anda boleh lihat kuning tersebut. Lampu kalimantang anda itu tidak mencukupi. Kalau setakat tekan sana sini, apa yang anda lakukan hanyalah blanching(maksudnya tekan nampak putih je sebab takde darah kat kulit tu). Orang dah 20 taun buat benda ni pon serabut nak pastikan kuning ke tidak. Yang tak biasa buat apetah lagi.
  10.  
  11. 3) Manual palpation(tekan2 tu) hanyalah sebahagian daripada penilaian. Kita juga perlu mengambil kira banyak lagi perkara untuk menilai sama ada paras kuning itu tinggi atau tidak. Antaranya kekerapan berak/kencing/menyusu, jenis darah ibu/bayi, ada demam ke tidak, ada G6PD ke tak, berat/umur ketika bayi lahir, ada jangkitan ke tidak, ada masalah ketika lahir ke tidak, ibu ada diabetis ke tidak dan byk lagi. Bukan setakat tekan, tengok dan cakap ANAK TAKDE JAUNDICE.
  12.  
  13. 4) Kalau anak kulit bersih sehingga dipuji bak anak Abu Nanah takpelah nak tekan dan tengok memang boleh buat. Kalau anak kulit gelap atau kemerahan agak2 senang ke nak buat? Itu paling mencabar sekali. Kalau yang dah lama buat pon berpeluh, yang tak biasa buat apetah lagi?
  14.  
  15. 5) Kalau setakat tengok MATA(sclera of the eyes) dan TGN KAKI ada kuning TIDAK MENCUKUPI kerana itu menandakan paras adalah tinggi. Sebab itu kita PERLU nilai TINGGI MANA berdasarkan umur bayi tersebut. Ada paras kita kena direct beri photo therapy. Ada paras kita kena terus buat exchange transfusion(tukar darah). Bukan memandai mandai decide sendiri. Ianya kerana pada umur dan paras tertentu, bilirubin(kuning) tersebut boleh berkumpul dalam otak anak anda. Tak boleh sedut keluar ye.
  16.  
  17. 6) Ambil darah nak cek paras kuning pon bukan ambil berbotol botol. Calit sikit je. Kalau perlu penilaian lanjut baru dalam vials. Itu pon nak selamatkan anak anda daripada komplikasi bukan saja nak pedajal.
  18.  
  19. Tolonglah bertanya kepada tempat yang sepatutnya. MKT (ori) punya lah ramai golongan yang bertauliah. MKT tak ori tu penuh orang yang acah2 expert dan reti Google sahaja. Fikirkan masa depan anak yang tersayang. Benda simple terus jadi complicated bila takde ilmu/kepakaran. Memandai mandai. Komplikasi daripada kuning ni hanya ada dalam negara2 yang tidak ada perkhidmatan kesihatan yang baik, orang yang duduk dalam hutan/gua atau zon perang sahaja. Negara developing macam Malaysia ni kalau ada kes majority sebab IGNORANCE dan memandai mandai.
  20.  
  21. -ARx-
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement