Not a member of Pastebin yet?
Sign Up,
it unlocks many cool features!
- Kisah Ulama Salaf Tulis Di Pintu Rumahnya:
- "TUHE TOK DUDUK ATAIH ARASH"
- Kisah masyhur Imam Tafsir dari kalangan Salaf Soleh Sebenar bernama Imam Muhammad bin Jarir At-Tobary pengarang kitab Tafsir berjudul Jamiul Bayan Fit Ta'wilil Quran ketika beliau berpindah ke Baghdad beliau mendapati puak Mujassimah telah giat menyebarkan ajaran Tashbih menyamakan Allah dengan makhluk melalui hadith2 Nabi yg dipalsukan.
- Maka Imam Tobariy sangat marah dan mengingkari mereka serta menentang puak Mujassimah dengan sangat beria-ria dan bersungguh-sungguh dengan dalil dan hujjah. Kelihatan Imam Tobariy saban hari menolak ajaram Tashbih yg dipelopori oleh puak Mujassimah zamannya di Baghdad.
- Sehinggalah beliau diserang oleh puak Mujassimah ke rumahnya. Imam Tobariy tetap teruskan dakwah akidahnya dalam mengingkari sifat Duduk dan Bertempat bagi Allah.
- Maka demi dakwah akidah Imam Tobariy telah menulis satu Bait Syiir dipahat pada Pintu Utama rumah beliau dengan tulisan yang besar :
- "ALLAH TIADA BERTEMPAT BAGINYA...
- ALLAH TIDAK DUDUK ATAS ARASY".
- سبحان من ليس له أنيس ... و لا له في عرشه جليس.
- Mahasuci (Allah) Yang Tiada BagiNya Tempat Tinggal/Tidak Memerlukan Kepada Pujukan ... Dan tiadalah bagiNya (Allah) duduk pada ArasyNya.
- Bayangkan begini serius dakwah Akidah Imam Salaf ini. Sehinggakan puak Mujassimah menyerang rumah beliau hanya kerana beliau tegas dlm berakidah menafikan sifat Duduk dan Bertempat bagi Allah.
- Jom sama2 kita jadi ASWJ yg tegas dan bersungguh dalam menyampaikan akidah walaupun dalam kawasan pihak musuh (Wahabi dan Syiah).
- سُبْحانَ مَن لَيْسَ لَهُ أَنِيْس
- وَ لاَ لَهُ فِي عَرْشِهِ جَلِيْس
- .....
- Kisah Pahat Kalimah Tauhid Di Pintu Rumah Imam Tobariy itu banyak dinyatakan dalam kitab-kitab ulama apabila menyebut tentang terjemahan/biodata beliau dan disebut oleh Imam Sayutiy dalam Tahzir Khawash Min Ahadith Qassos juga dinyatakan oleh Imam Yaqut AlHamwy dalam Mu'jam Adibba.
- * Imam Tobariy (w310H) seorang ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ulama yg menolak akidah Tajsim/Tashbih.
- Beliau mentafsir Istawa Allah dengan makna Kekuasaan Allah keatas Arasy (rujuk Tafsir Tobariy).
- Beliau sendiri juga yg menyatakan dengan jelas bahawa Allah tidak diliputi oleh mana-mana tempat (Rujuk Muqaddimah beliau dalam kitabnya Tarikh Ar Rusul Wal Muluuk).
- Via ustaz Abu Syafiq.
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment