Advertisement
ak47suk1

Wahhabi ajak berdamai tapi dalam masalah khilafiyyah...

Apr 8th, 2016
116
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 2.11 KB | None | 0 0
  1. 1. Dalam masalah akidah Wahhabi ajak berdamai tapi dalam masalah khilafiyyah bermatian-matian membid'ahsesatkan umat Islam sedangkan tahlil tidak merosakkan akidah. Qunut tidak merosakkan akidah. Talaffuz niat tidak merosakkan akidah. Talqin tidak merosakkan akidah. Baca yasin berjemaah malam jumaat tidak merosakkan akidah.
  2.  
  3. 2. Wahhabi menyeru atas nama perdamaian supaya kita menerima akidah mereka iaitu Allah bertempat, Allah ada tangan kedua-duanya kanan, Allah ada dua mata, Allah duduk atas arasy, Allah ada betis, Allah naik turun dan sebagainya. Jelas sekali akidah mereka menyalahi akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.
  4.  
  5. 3. Hakikatnya apa yang kita dapati di dalam kitab-kitab mereka, Wahhabi menyesatkan akidah asy'ariyyah yang mengtakwilkan makna yang tidak layak bagi Allah SWT. Saya juga berdepan dengan tokoh-tokoh mereka di Malaysia dan ada yang mengeluarkan asyaa'irah daripada Ahl al-Sunnah.
  6.  
  7. 4. Saya melihat ini adalah senjata halus Wahhabi kerana mereka tidak mampu mendepani kekuatan akidah asyaa'irah sifat 20 yang sudah sebati di Malaysia mahupun di negara arab yang menjadi pegangan majoriti ulama' dan umat Islam semenjak dahulu sehingga sekarang.
  8.  
  9. 5. Penentangan mereka kepada akidah majoriti Ulama' dan umat Islam akan mengzahirkan hakikat bahawa mereka menyalahi perjalanan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah. Maka mereka memilih untuk berdamai dan menerima akidah sesat mereka.
  10.  
  11. 6. Semoga kelakuan mereka tidak memperdayakan kita kerana sejarah telah membuktikan akidah mereka telah ditolak semenjak awal sejarah Islam sehingga ke hari ini. Allah telah memelihara umat ini dengan jama'ah sepertimana ijmak menjadi salah satu sumber hukum utama di dalam agama.
  12.  
  13. 7. Benarlah Sabda Nabi SAW ;
  14.  
  15. أن الله لا يجمع أمتي على ضلالة فإذا رأيتم اختلافا فعليكم بالسواد الأعظم
  16.  
  17. Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umat aku di atas kesesatan. Maka apabila kalian melihat perselisihan maka wajib ke atas kalian mengikuti majoriti (al-Sawad al-A''dzom) Riwayat Ibn Majah dan lain-lain.
  18.  
  19. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  20. Akidah dan Falsafah
  21. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement