Advertisement
ak47suk1

AKIDAH SALAF "ALLAH TIDAK BERTEMPAT"

Feb 18th, 2016
90
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 4.62 KB | None | 0 0
  1. AKIDAH SALAF "ALLAH TIDAK BERTEMPAT".
  2.  
  3. [1] Berkata Sayyidina Ali Radhiallahu ‘Anhu (w40h) :
  4.  
  5. .كان الله ولا مكان، وهو الان على ما عليه كان اهـ. أي بلا مكان
  6.  
  7. “Adalah Allah tidak ada tempat dan Dia sekarang seperti sediakala”. [Iaitu tanpa tempat].
  8.  
  9. [2] Beliau berkata lagi :
  10.  
  11. إن الله تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته.
  12.  
  13. “Sesungguhnya Allah Ta’ala menjadikan arash untuk menunjukkan kekuasaannya bukan tempat untuk zatNya”.
  14.  
  15. {al-Farq Baina al-Firaq bagi Abi Mansur al-Baghdadi : 333}
  16.  
  17. [3] Beliau berkata lagi ;
  18.  
  19. من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود.
  20.  
  21. “Sesiapa yang menyangka adalah Tuhan kita terbatas (tempat atau berarah) maka sesungguhnya telah jahil ia mengenali akan Allah Sang Pencipta yang disembah”.
  22.  
  23. {Hiliyyat al-Auliya’:Tarjamah Ali bin Abi Tholib : 1/73}
  24.  
  25. [4] Berkata seorang pembesar tabi’ien, al-Imam Zain al-Abidin ‘Ali bin al-Hussain bin ‘Ali Radhiallahu ‘Anhum (w94h) :
  26.  
  27. أنت الله الذي لا يحويك مكان.
  28.  
  29. “Engkau Allah yang tidak dilingkungi oleh tempat”.
  30.  
  31. [5] Beliau berkata lagi :
  32.  
  33. أنت الله الذي لا تحد فتكون محدودا.
  34.  
  35. “Engkau Allah yang tidak dibatasi maka jadilah kamu terbatas”.
  36.  
  37. {Ittihaf as-Saadah al-Muttaqin : 4/380}
  38.  
  39. [6] Berkata al-Imam Ja’far al-Sodiq bin Muhammad al-Baqir bin Zain al-Abidin Ali bin al-Hussan Ridhwanullahu ‘Alaihim (w148h)
  40.  
  41. من زعم أن الله في شىء، أو من شىء، أو على شىء فقد أشرك. إذ لو كان على شىء لكان محمولا، ولو كان في شىء لكان محصورا، ولو كان من شىء لكان محدثا- أي مخلوقا.
  42.  
  43. “Sesiapa yang menyangka sesungguhnya Allah di dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau di atas sesuatu maka telah syirik ia. Jika sekiranya Allah di atas sesuatu maka jadilah Allah tertanggung dan jika Allah di dalam sesuatu maka jadilah Allah terkurung dan jika sekiranya Allah daripada sesuatu maka jadilah Allah baharu iaitu makhluk”.
  44.  
  45. {al-Risalah al-Qusyairiyyah : 6}
  46.  
  47. [7] Berkata al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nukman bin Thabit Radhiallahu ‘Anhu (w150h)
  48.  
  49. والله تعالى يرى في الآخرة، ويراه المؤمنون وهم في الجنة بأعين رؤوسهم بلا تشبيه ولا كميّة، ولا يكون بينه وبين خلقه مسافة
  50.  
  51. “Dan Allah Ta’ala dilihat pada hari akhirat dan melihat Allah oleh mukmin dan mereka di dalam syurga dengan mata kepala mereka tanpa tasybih, tanpa ukuran dan tidak ada jarak di antara Allah dan makhluknya”.
  52.  
  53. {Tersebut di dalam al-Fiqh al-Akbar. Lihat syarah al-Fiqh al-Akbar oleh Mulla Ali al-Qari : 136-137}
  54.  
  55. [8] Beliau berkata lagi di dalam kitabnya al-Wasiyyah :
  56.  
  57. ولقاء الله تعالى لأهل الجنة بلا كيف ولا تشبيه ولا جهة حق.
  58.  
  59. “Melihat Allah Ta’ala adalah benar bagi ahli syurga tanpa kaifiyyah, tanpa tasybih dan tanpa arah”.
  60.  
  61. {al-Wasiyyah : 4 dinukilkan oleh Mulla Ali al-Qari di dalam syarah al-Fiqh al-Akbar : 138}
  62.  
  63. [9] Beliau berkata lagi:
  64.  
  65. كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق، وكان الله تعالى ولم يكن أين ولا خلق ولا شىء، وهو خالق كل شىء.
  66.  
  67. “Adalah Allah Ta’ala tidak bertempat sebelum menjadikan makhluk dan adalah tidak Allah Ta’ala di mana dan Allah bukan diciptakan dan bukan sesuatu dan Dialah yang pencipta setiap sesuatu”
  68.  
  69. {al-Fiqh al-Absoth bagi Abi Hanifah ditahqiq oleh Imam al-Kauthari : 25}
  70.  
  71. [10] Beliau berkata lagi :
  72.  
  73. ونقر بأن الله سبحانه وتعالى على العرش استوى من غير أن يكون له حاجة إليه واستقرار عليه، وهو حافظ العرش وغير العرش من غير احتياج، ولو كان محتاجا إلى الجلوس والقرار فقبل خلق العرش أين كان الله، تعالى الله عن ذلك علوا كبير.
  74.  
  75. “Kami menetapkan sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas arash istiwa’ tanpa Dia berhajat kepadanya dan menetap di situ dan Dialah yang menjaga arash dan selain daripada arash tanpa berhajat. Sekiranya Allah berhajat kepada duduk dan menetap maka sebelum dijadikan arash di mana Allah duduk? Maha tinggi Allah daripada yang demikian itu maha tinggi dan maha besar”.
  76.  
  77. {Kitab al-Wasiyyah mengandungi kumpulan risalah-risalah Abu Hnaifah ditahqiqkan oleh Imam al-Kauthari : 2}
  78.  
  79. Disediakan oleh,
  80. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  81. BA (Hons) Usuluddin Akidah dan Falsafah
  82. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement