SHARE
TWEET

Allah menetap di langit bukanlah akidah Islam

ak47suk1 May 7th, 2016 (edited) 63 Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
  1. 1. Hadith jariah riwayat Imam Muslim رحمه الله تعالى yang selalu dijadikan hujjah oleh wahhabi untuk menetapkan Allah di langit adalah hadith مضطرب maknanya kerana bersalahan dengan riwayat Imam Malik رحمه الله تعالى di dalam Muwatto'nya dan Imam Ahmad رحمه الله تعالى di dalam musnadnya yang lebih menepati prinsip akidah Islam. Rujuk matan hadith di dalam scan kitab di bawah.
  2.  
  3. 2. Bahkan Imam Muslim رحمه الله تعالى sendiri tidak meletakkan hadith ini dalam kitab al-iman atau bab-bab yang berhubung dengan keimanan dan pegangan aqidah tetapi beliau meletakkannya dalam bab fiqh berhubung hukum hakam sembahyang iaitu kitab al-masaajid wa mawaadhi` ash-sholaah, bab tahriim al-kalaam fi ash-sholaah wa nasakha maa kaana min ibaahatih (kitab mengenai masjid-masjid dan tempat-tempat sembahyang, bab haram berkata-kata dalam sembahyang serta menasakhkan riwayat yang mengharuskan berkata-kata dalamnya)
  4.  
  5. 3. Namun begitu, Imam Nawawi رحمه الله تعالى telah mensyarahkan hadith ini dengan jelas di dalam kitab syarah sahih Muslim dan beliau telah menukilkan kata-kata Qadhi Iyadh (W 544 H) seperti berikut ;
  6.  
  7. "لا خِلافَ بَيْنَ الْمُسْلِمِيْنَ قَاطِبَةً فَقِيْهُهُمْ, وَ مُحَدِّثُهُمْ, وَ مُتَكَلِّمُهُمْ, وَ نَظَّارُهُمْ, وَمُقَلِّدُهُمْ, أَنَّ الظَّوْاهِرَ الْوَارِدَةَ بِذِكْرِ اللهِ تَعَالَى فِي السَّمَاءِ كَقَوْلِهِ تَعَالَى: ((أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ)) وَنَحْوُهُ لَيْسَتْ عَلَى ظَاهِرِهَا بَلْ مُتَأَوِّلَةٌ عِنْدَ جَمِيْعِهِمْ".
  8.  
  9. "Tiada khilaf antara kaum muslimin dari kalangan ahli fekah, ahli hadith, ahli kalam, ahli fikir dan ahli taklid, bahawa nas-nas yang zahirnya menyebut Allah Ta'ala itu di langit seperti firman-Nya ((Adakah kamu merasa aman dengan yang dilangit, dia akan menggulung bumi bagi kamu)) dan nas-nas yang seumpamanya, maka ia tidak diambil mengikut zahirnya bahkan ianya ditakwil di sisi mereka semua. [Syarah Sahih Muslim (1996), Dar al-Makrifah, Beirut Lubnan, c. 3. J. 5. h. 26]
  10.  
  11. 4. Secara aqliyyah, seseorang menjadi Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah (rukun Islam) bukan dengan beriman Allah di langit. Tidak ada satupun perkataan samada daripada salaf atau imam mazhab empat atau Imam-Imam khalaf Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah yang mengatakan syarat untuk memeluk Islam dengan berkata Allah di langit.
  12.  
  13. 5. Akidah Allah di langit dengan makna menetap di langit bukanlah akidah Islam bahkan akidah yahudi dan mereka yang mengikuti jejak yahudi seperti karamiyyah dan musyabbihah.
  14.  
  15. 6. Semoga Allah memelihara akidah umat Islam di atas akidah tanzih (menyucikan Allah Ta'ala daripada menyerupai makhluk).
  16.  
  17. Tulisan asal oleh ;
  18. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  19. Universiti Al-Azhar Mesir
  20. Jumaat, 6 Mei 2016
  21. Kota Bharu, Kelantan.
RAW Paste Data
We use cookies for various purposes including analytics. By continuing to use Pastebin, you agree to our use of cookies as described in the Cookies Policy. OK, I Understand
Not a member of Pastebin yet?
Sign Up, it unlocks many cool features!
 
Top