Advertisement
Not a member of Pastebin yet?
Sign Up,
it unlocks many cool features!
- #Wahhabi selalu menuduh umat Islam yang mengadakan tahlil, baca yasin malam jumaat, talqin, qunut subuh, sapu muka lepas salam, sambut maulid Nabi dan lain-lain sebagai Ahl al-Bid'ah. Sedangkan semua amalan yang mereka bid'ahsesatkan mempunyai sandaran di dalam agama bahkan tidak menyalahi prinsip-prinsip agama yang disepakati.
- #Hakikatnya, para ulama' Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah menyatakan Wahhabi sebagai Ahl al-Bid'ah (أهل البدعة) atau al-Mubtadi' (المبتدع) di dalam Islam di mana Wahhabi menyalahi prinsip-prinsip Islam di dalam banyak perkara. Mereka membawa kefahaman yang baru yang menyalahi ulama salaf dan khalaf Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.
- Kenapa Wahhabi dikira sebagai golongan al-Mubtadi' di dalam agama?
- 1. Kerana mereka membawa akidah mujassimah atau tajsim di mana mereka berkeyakinan Allah mempunyai tangan, jari-jemari, kaki, mata, muka, betis, bertempat di langit, duduk di arash. Mereka mengikuti ayat-ayat dah hadith-hadith mutasyabihah. Ini menyalahi perjalanan akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.
- 2. Menolak madrasah akidah 'Asya'irah yang menjadi pegangan majoriti ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah yang bersambung daripada satu generasi kepada satu generasi sampai kepada kita pada hari ini melalui tokoh-tokoh ulama' 'Asya'irah yang diakui.
- 3. Membahagikan tauhid kepada tiga iaitu tauhid uluhiyyah, rububiyyah, asma wa sifat yang tidak dikenal di zaman salaf.
- 4. Mengharamkan orang awam bertaqlid kepada mazhab fiqh sedangkan para ulama' besar-besar termasuk ulama hadith tidak sunyi daripada bermazhab dengan mazhab fiqh yang empat.
- 5. Membid'ahkan perkara-perkara yang sunnah di dalam agama seperti zikir, baca Al-Quran dan lain-lain.
- 6. Membahagikan bid'ah kepada ibadah dan dunia yang tidak dikenal pada zaman sahabat mahupun ulama salaf.
- 7. Meninggalkan berhukum dengan hukum agama yang lima iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus.
- 8. Menolak ijmak dan qias sebagai sumber hukum di dalam agama. Bahkan mereka menyalahi ijmak di dalam banyak perkara sepertimana al-'Iraqi menyatakan Imam Ibn Taimiyyah menyalahi ijmak di dalam perkara pokok dan furuk sehingga 60 perkara. (al-Ajwiyyah al-Mardiyyah)
- 9. Menolak ilmu fiqh dan kaedah-kaedah fiqh dan mazhab-mazhab muktabarah.
- 10. Menafikan pengajian ilmu turath bersanad daripada para guru yang muhaqqiqin pada ilmu.
- 11. Menolak pengajian tasawwuf terbukti sudah wujud pada zaman salaf lagi bahkan para ulama' besar-besar tidak sunyi daripada pengajian tasawwuf dan tarekat muktabarah.
- 12. Menolak pandangan para ulama mujtahid salaf dan khalaf yang tidak bertepatan dengan ideologi mereka.
- 13. Bermudah-mudah memalsukan hadith yang masih ada sandaran di dalam agama dan riwayat riwayat Imam-Imam hadith di dalam kitab-kitab mereka.
- 14. Menolak konsep tawassul dan tabarruk dengan para Ulama' Solihin yang hidup mahupun yang telah meninggal.
- 15. Menolak konsep tawassul dengan Nabi selepas wafat tetapi membenarkan semasa hidup Baginda sedangkan hidup dan wafat Nabi tidak membezakan apa-apa kerana hakikatnya Allah yang memberi manfaat dan mudharat.
- 16. Membataskan ziarah kubur hanya kepada mengingati mati. Tiada konsep hadiah pahala kepada si mati sedangkan pandangan jumhur ulama menyatakan ia sampai kepada si mati.
- #Ini sebahagian daripada manhaj mereka yang menyalahi perjalanan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah yang saya kutip melalui kitab-kitab mereka, syarahan guru-guru kami dan kitab-kitab para ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.
- #Menyalahi Ijma' pintu kepada kesesatan,
- Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
- Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement