Advertisement
ak47suk1

mujassim menurut Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani

Feb 29th, 2016
103
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 1.63 KB | None | 0 0
  1. # Sheikh Muhammad Yasin b Muhammad Isa al-Fadani Rahimahullahu Ta'ala (1335-1410H) merupakan ulama' Hadith dan Musnid dunia (ulama hadith yang memiliki sanad hadith tertinggi sehingga kepada Rasulullah SAW dan seluruh sanad hadith berkumpul padanya).
  2.  
  3. {Keterangan hukum golongan al-Mujassimah}
  4.  
  5. # Beliau menyatakan di dalam kitabnya Bughyah al-Musytaq : Bahawasanya di antara mereka yang dikafirkan kerana bid'ah mereka ialah golongan mujassimah sekalipun seorang daripada mereka itu yakni al-Mujassimah beranggapan dia sembahyang kepada kiblat (ka'bah) dan beriktiqad dirinya seorang muslim.
  6.  
  7. # Perkataan Sheikh Yasin al-Fadani sepakat dengan ulama' Islam di antara mereka Imam al-Syafie yang mengatakan "al-Mujassim adalah kafir". dinaqalkan oleh Imam al-Suyuthi di dalam kitabnya al-Asybah wa al-Nazoir.
  8.  
  9. # Golongan al-Mujassim ialah mereka yang berakidah Allah adalah jisim atau bersifat dengan sifat-sifat jisim-jisim seperti bentuk, keadaan, tempat dan arah. Maha tinggi Allah Ta'ala daripada yang demikian itu.
  10.  
  11. # Maka sesungguhnya Allah Ta'ala mengsifatkan zatnya dengan firmannya "Bukanlah (Allah) seumpama sesuatupun dan Dia Maha mendengar lagi Maha melihat".
  12.  
  13. {Satu faedah}
  14.  
  15. # Berkata Sheikh Abdullah al-Ghumari, ulama hadith negara Maghribi di hadapan perhimpunan manusia pada musim haji tahun 1410h ketikamana berhimpun dengan Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani kata beliau : "Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani ialah musnid (ulama hadith yang mempunyai rantaian sanad hadith sehingga kepada Rasulullah) pada zaman ini tanpa bantahan". Sepertimana terdapat di dalam kitab Tasynif al-Asmaa'.
  16.  
  17. Terjemahan,
  18. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement