SHARE
TWEET

BOOK REVIEW - AMANI Birth. Assisting Mothers for Active, Nat

ak47suk1 Apr 20th, 2017 68 Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
  1. BOOK REVIEW - AMANI Birth. Assisting Mothers for Active, Natural Instictive Birth.
  2.  
  3. Sungguh subjective tajuk buku ni. Takde cerita pun pasal selamat ke tidak. LANGSUNG. Apsal AMANI? Sebab tu nama anak ke-4 founder tersebut. Itu je. Tiada maksud mendalam mana punnnnn.
  4.  
  5. Nak jadi doula WAJIB kena baca buku ni. Buku lain tak kesah tapi kena habiskan jugak semua dalam masa 6 bulan. So kalau anda mengeja mahupon membaca masih merangkak rangkak lagi tetap tiada masalah! Siapa cakap takde berkiblatkan dan berimankan buku text?
  6.  
  7. Tetap kena baca! Walaupon ianya hanyalah 100% theory! Ada 4 bahasa(arab, indonesia, german, english). 118 mukasurat je. Anda boleh jadi pakar kelahiran semudah itu. Nak lagi best? Kalau tak dapat habiskan baca 3 buku tu pon takde masalah, Google je review pasal buku2 tersebut, bersepah dalam internet. Sebab itu yang anda kena submit. Wakakakaka.
  8.  
  9. Ramai doula ni datang daripada Mazhab Amani Birth(ada banyak). Dimomokkan dan di war warkan sebagai Islamic approach. Walhal Amani Birth ni sebenarnya 100% ciplak sejenis childbirth approach yang diasaskan oleh seorang doktor bernama Dr Bradley yang dipanggil sebagai the Bradley's Method.
  10.  
  11. Amani ni pulak diasaskan oleh oleh seseorang bernama Aisha Al-Hajjar. Orang puteh mualaf. Based di Saudi Arabia. Dia modify benda2 kurafat(bertafakur didalam gelap) dalam Bradley's Method tersebut, includekan zikir dan doa seterusnya tepek nama anak dia sendiri sebagai approach kelahiran tersebut.
  12.  
  13. Kalau anda perasan, ramai doula terutamanya masseuse Yatt akan berulang kali sembang kelahiran alami mengambil contoh macam lembu, rusa dan kuda. Nak tau sebab apa? Sebab Dr Bradley ni masa dia kecil dia membesar dalam farm. So dia cuba approach yang sama kepada patient2 dia. Sebab Amani Birth ni cedok silibus bulat2, mereka pon dok cuba sebarkan perkara yang sama.
  14.  
  15. Tapi apa yang Dr Bradley tersebut tekankan dalam method beliau adalah peranan support system(tak kira siapa2 pon) dan peranan suami sebagai asas kepada proses kelahiran. Nak kurangkan medical interventions tu bukan fokus dia. Tapi bila sampai kat Amani Birth terus jadi medical interventions itu jijik, Yahudi dan menjatuhkan nilai seorang ibu yang melahirkan.
  16.  
  17. Malahan kalau kalau anda pergi kelas Bradley's Method dan pergi kelas Amani Birth, kalau keluarkan unsur Islamic dalam ajaran Amani tersebut, kalau letak dua2 doula ajaran childbirth tersebut bersebelahan berdua dan mereka sembang pasal childbirth mereka, anda memang tidak boleh agak mana satu actually yang Amani mana satu yang Bradley. Sebab apa semua kandungan buku ini akan direcycle dalam kelas2 Amani Birth so admin huraikan itu sekali la senang cerita.
  18.  
  19. Untuk hanya RM700, anda boleh join kelas sebyk 10 kali yang biasanya 2 jam setiap kelas. Kelas dia tu pulak kita boleh rumuskan:
  20.  
  21. 1) Lebih daripada 50% masa kelas tu, mereka hanya kutuk medical interventions. SEBAB ke, INDIKASI ke, PATUT ke tidak, dia TAK BINCANG kenapa pon. Kutuk tibai kutuk tibai walaupon tiada kelulusan atau kelayakan berbuat demikian. Yang ni dia menyimpang betol2 daripada Bradley's Method.
  22.  
  23. Yang paling KEJAM SEKALI, kalau anda terpaksa menerima medical intervention seperti episiotomy atau pembedahan czer contohnya, itu adalah kerana kelemahan anda sebagai seorang ibu. Sebab tak amalkan petua mereka la, sebab tak cukup berdoa dan berzikir la, sebab si ibu tidak memahami konsep kelahiran la, sebab anda tak cukup Islamik la. Semuanya salah ibu itu sendiri. Kalau case emergency yang berlaku ketika proses kelahiran itu sendiri tanpa boleh dijangka seperti shoulder dystocia(bahu bayi sangkut), itu PON SALAH ANDA JUGA(tak mengamalkan exercise dan diet mereka contohnya)
  24.  
  25. 2) Sikit je dia akan cerita pasal proses kelahiran dari physiology tapi dari tahap level matriks/sains hayat je. Itu pon tak mendalam. Barely scratching the surface. Benda basic. Kalau tanya anatomy lebih sikit semua gerenti melingkup dan melopong.
  26.  
  27. 3) Dia akan sentuh pasal diet, supplement, macam mana nak get ready sebelom mengandung dan juga bersalin.Walaupon tidak bertauliah. Ada boleh dapatkan khidmat ini PERCUMA di klinik kesihatan/hospital. Bertauliah. By KKM.
  28.  
  29. 4) Dia akan cerita pasal breastfeeding. Sama jugak tidak bertauliah. Servis ini juga disediakan percuma oleh KKM macam no. 3 tu.
  30.  
  31. 5) Untuk seseorang yang TIADA asas atau ilmu dalam BASIC SCIENCE(belom cerita MEDICAL SCIENCE), anda memang akan mudah untuk terpengaruh dengan cerita cerita yang indah bertemankan pelangi dan unicorns sahaja. Nak ikutkan banyak perkara yang boleh ditegur berdasarkan kesalahan basic physiology yang diterangkan. Yela nak buat macam mana dah mereka tak bertauliah takkan nak expect mereka tahu serba serbi.
  32.  
  33. 6) Akan cerita pasal zikir, berdoa, pasang lagu, makan kurma itu semua si Aisha yang added on. Takyah pergi kelas berbayar pon anda BOLEH dan PATUT buat itu semua.
  34.  
  35. *********
  36. Situasi di Malaysia ni skrg hakak2 doula lebih sudu daripada kuah. Itu je. Tak perlu membongak berlebihan untuk bisnes haram itu berkembang. Tak perlu memburukkan perkara mereka sendiri tidak berpengalaman mahupon berkelayakan(kelahiran di hospital dan sebagainya). Ramai juga doula douli cikebum ni orang suruh ambil basic certificate dalam perbidanan pon depa tak mau. Sebab buat apa nak diperTANGGUNGJAWABKAN atas segala apa yang mereka kata dan sebarkan walau mengarut macam mana pon? Membongak tanpa batasan, duit masuk masyuk, apesal nak kisah pasal liability?
  37.  
  38. All the money, none of the responsibilities!
  39.  
  40. -entonox-
RAW Paste Data
We use cookies for various purposes including analytics. By continuing to use Pastebin, you agree to our use of cookies as described in the Cookies Policy. OK, I Understand
 
Top