Guest User

Untitled

a guest
Jan 22nd, 2018
56
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 2.98 KB | None | 0 0
  1. 6.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Cheras Perdana, Cheras, Selangor.
  2. I. Perkilangan
  3. a. Kebanyakan kilang perindustrian kecil dan sederhana jarang mempunyai loji rawatan air kumbahan yang lengkap atau tidak ada langsung kerana kosnya yang tinggi. Dengan ini, kadar pencemaran air dari longkang dan terus dibawa ke sungai. Daripada pemerhatian kami, kelihatan beberapa kilang industri melepaskan sisa-sisa bahan buangan terus ke longakng tanpa dirawat dan mengalir ke sungai. Kejadian ini turut dibuktikan melalui rujukan di Internet. Terdapat pengkaji dari UKM yang menjadikan sampel kilang berhampiran di Taman Cheras Perdana yang menjadi punca pencemaran air.
  4. II. Pembinaan
  5. a. Kawasan petempatan di Taman Cheras Perdana mengalami pencemaran bunyi yang berpunca daripada bunyi yang dihasilkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam ke dalam tanah akibat pembinaan pusat perniagaan baru yang dibina berhampiran Taman Cheras Perdana. Selain itu, terdapat juga jentera-jentera besar dan lori-lori yang keluar masuk menghasilkan bunyi bising.
  6. III. Kenderaan Bermotor
  7. a. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa perubahan dan kebaikan pada taraf masyarakat Malaysia secara amnya. Namun, kenderaan- kenderaan persendirian yang banyak di samping kenderaan awam mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga. Kedudukan Taman Cheras Perdana yang berhampiran dengan Lebuh Raya Cheras-Kajang serta Lebuh Raya SILK telah menyebabkan pencemaran bunyi daripada kenderaan yang melaluinya.
  8. IV. Perniagaan
  9. a. Taman Cheras Perdana penuh dengan pelbagai pusat perniagaan dan deretan kedai. Terdapat peniaga yang tidak menguruskan pembuangan sampah atau sisa makanan, terutamanya daripada kedai menjual makanan yang membuang sisa makanan ke dalam sistem perparitan. Perlakuan sebegini menyebabkan keadaan yang menjijikkan kerana parit akan tersumbat dan berbau busuk.
  10. V. Petempatan
  11. a. Petempatan di Taman Cheras Perdana padat dengan pelbagai jenis rumah yang dibina oleh pemaju. Namun, kurangnya tanaman tumbuhan pokok-pokok yang besar menyebabkan suhu di Taman Cheras Perdana agak tinggi berbanding dengan suhu di desa.
  12. VI. Sampah Sarap
  13. a. Pembuangan sampah sarap juga boleh menyebabkan pencemaran tanih. Terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di merata tempat, dan tempat yang tidak sepatutnya. Keadaan ini menyebabkana tanih di kawasan tersebut tidak sesuai untuk tumbuhan hidup. Di samping itu, pemandangan kawasan sampah sarap yang dibuang secara haram menyakitkan mata dan amat memualkan.
  14. Setelah kajian dilakukan, saya mendapati masyarakat harus menyayangi alam sekitar. Saya dan penduduk Taman Cheras Perdana perlu prihatin terhadap alam sekitar dan mematuhi undang-undang demi menjaga alam sekitar. Di samping itu, mereka haruslah bekerjasama bagi memelihara alam sekitar dan memulihara pencemaran alam sekitar yang berlaku di Taman Cheras Perdana. Selain itu, penduduk Taman Cheras Perdana perlulah mempunyai sifat bertanggungjawab supaya alam sekitar dapat dipelihara.
Add Comment
Please, Sign In to add comment