Advertisement
ak47suk1

approach dan usul wahhabi

Feb 24th, 2016
92
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 4.51 KB | None | 0 0
  1. 1. Ramai orang yang tidak dapat membezakan di antara pendekatan (approach) dan usul Wahhabi sehingga mereka melihat tokoh-tokoh yang disebut Wahhabi lebih baik penampilan dan gaya bahasanya.
  2.  
  3. 2. Pendekatan seseorang individu bukanlah hujjah dalam kita mengenali kebenaran sesuatu manhaj. Kerana yang didokong adalah kebenaran bukan individu-individu tertentu.
  4.  
  5. 3. Sebagai contoh pendekatan Wahhabi mengajar kitab-kitab mazhab syafie dan memetik pandangan ulama' syafi'iyah dijadikan hujjah mereka bermazhab dan tidak menolak ulama'. Sedangkan pada usul mereka haram taqlid kepada sesiapapun termasuk ulama' dan terikat dengan mazhab bahkan ada yang sampai mengsyirikkan mereka yang bermazhab.
  6.  
  7. 4. Usul mereka kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan ijtihad sendiri sekalipun tidak mempunyai kelayakan berijtihad. Pandangan mazhab hanya digunakan untuk menyatakan pandangan mereka tidak menyalahi Imam-Imam mazhab. Mereka akan memilih mana-mana pandangan yang mereka rasa (baca kononnya) dekat dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Hakikatnya mereka bukanlah berijtihad tetapi bertaqlid sekalipun mereka mengatakan kami berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah kerana mereka mengambil pandangan yang telah dikeluarkan oleh Imam Mujtahid atau syarahan Ustaz Wahhabi sedangkan mereka sendiri tidak ada kemampuan memahami Al-Quran dan As-Sunnah dan disiplinnya.
  8.  
  9. 5. Ini dapat dibuktikan ketikamana mereka menggunakan kitab Fath al-Bari karangan Amir al-Mukminin fi al-Hadith al-Imam al-Hafidz Ibn Hajar al-'Asqalaani di dalam menentukan status hadith atau makna hadith yang bertepatan dengan ideologi mereka dan dalam masa yang sama mereka menolak pegangan akidah Imam Ibn Hajar kerana mengikut akidah takwil 'Asyaairah. Mereka juga menolak pandangan Imam Ibn Hajar di dalam masalah menyambut maulid Nabi.
  10.  
  11. 6. Begitu juga ketikamana mereka mengambil pandangan Imam al-Nawawi, dalam masa yang sama mereka menolak akidah Imam al-Nawawi yang bermanhaj 'asyaairah. Mereka juga menolak pandangan Imam Nawawi di dalam masalah maulid, beramal dengan hadith dhaif, qunut subuh, pembahagian bid'ah dan etc.
  12.  
  13. Peringatan! Fatwa Imam al-Nawawi jika menyalahi pandangan mazhab syafie maka selayaknya kerana beliau sampai kepada level mujtahid untuk menentukan hukum bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah tetapi beliau masih mengikat kepada kaedah-kaedah Imam Syafie. Inilah kaedah semua imam-imam mujtahid mazhab.
  14.  
  15. 7. Islam tidak pernah menutup pintu ijtihad kerana setiap zaman akan ada perkara baru yang perlu untuk ditentukan hukumnya. Namun ijtihad terbuka kepada yang layak. Bukan semua orang. Di sinilah authoriti para ulama' mujtahid sangat penting untuk dipelihara daripada dicerobohi Wahhabi.
  16.  
  17. 8. Jika pintu ijtihad dibuka kepada bukan ahli maka ia ibarat pisau yang boleh membunuh. Golongan liberalsm, anti-hadith, pluralism dan ajaran-ajaran sesat akan menyusup masuk untuk menghalalkan ideologi mereka.
  18.  
  19. 9. Di dalam masalah fiqh dan ijtihadiyyah ia sangat luas. Tidak mungkin untuk kita memaksa orang lain untuk mengikut apa yang kita faham. Masing-masing mempunyai dalil dan sandaran di dalam agama. Maka sikap menyalahkan orang lain kerana tidak sama pendapat apalagi membid'ahsesatkan adalah sikap tercela yang boleh meruntuhkan perpaduan dan keharmornian bermasyarakat.
  20.  
  21. 10. Di dalam perbezaan mazhab tidak ada istilah yang lebih sunnah seperti Wahhabi mengatakan tidak qunut subuh itu lebih sunnah kerana kaedah mengatakan ;
  22.  
  23. الاجتهاد لا ينقض بالاجتهاد
  24.  
  25. "Ijtihad seorang mujtahid tidak akan membatalkan ijtihad mujtahid yang lain"
  26.  
  27. 11. Pandangan Para Imam Mujtahid semuanya berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Hanyasanya kita sahaja tidak mampu menilai tempat ambilan mereka sehingga kita menyangka pandangan seorang mujtahid bersalahan dengan sunnah.
  28.  
  29. 12. Sikap Wahhabi yang hanya mengatakan pandangan mereka sahaja yang sunnah dan selain mereka tidak sunnah akan melahirkan pertembungan di dalam menerima pandangan dan praktikal orang lain.
  30.  
  31. 13. Sebagai contoh apabila mereka mengatakan meletakkan tangan di dada itulah yang sunnah secara tidak langsung mereka menafikan pandangan Imam-Imam mazhab yang berpandangan selain di dada. Maka mereka akan menyeru (baca memaksa) orang lain untuk mengikuti apa yang mereka faham.
  32.  
  33. 14. Justeru, ketikamana kita menolak fahaman Wahhabi, kita bukan menolak pandangan ulama' yang mereka pilih tetapi kita menolak usul ideologi mereka yang mengatakan hanya pandangan mereka sahaja yang sunnah dan tepat.
  34.  
  35. Saya bukan mujtahid,
  36. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  37. Usuluddin Akidah dan Falsafah
  38. Universiti Al-Azhar Mesir.
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement